KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Jumaat, 29 Mei 2009

KURSUS KEJURULATIHAN ICTL SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK 2009

Kursus Kejurulatiahn ICTL Negeri Perak 2009, di Bukit Jawi Golf Resort
(27 - 29 May 2009)...

ICTL.... Kursus... JU... hmm... 3 hari aku kat sini... pening gak... bukan pening apa.. membayangkan satu lagi bebanan yang perlu aku pikul... adusss!!! Boleh ke aku buat ni??? Lepas ni, nak kena buat kursus pulak untuk cikgu-cikgu kat daerah LMS... Bila? Encik Mohd Ravi kata, nanti kita tetapkan...

Selasa, 26 Mei 2009

PHD

Assalamulaikum,
Sama-sama kita hayati sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Hadis riwayat dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :

“Jangan kamu saling dengki mendengki, jangan kamu menipu pada jual beli, jangan kamu bermusuh, jangan kamu saling tidak bertegur sapa dan jangan kamu berjual beli di atas jual beli orang. Jadilah kamu semua hambah Allah yang bersaudara, jangan menzaliminya dan jangan menghinanya dan jangan memboikotnya. Takwa itu terletaknya di sini, sambil baginda menunjukkan ke dadanya 3 kali, mengikut kejahatan seseorang yang menghina saudara Muslimnya. Setiap individu Muslim ke atas Muslim yang lain itu diharamkan nyawanya, hartanya dan kehormatan saudara seagama dengannya..” - Riwayat Muslim

Berdasarkan maksud hadis di atas dapat kita mengambil “istimbat” atau pengajaran yang amat berguna yang menunjukkan bahawa ikatan persaudaraan itu bukanlah semata-mata ikatan atau tali persaudaraan yang berdasarkan hubungan kekeluargaan semata-mata. Rasulullah s.a.w telah menjelaskan kepada kita bahawa konteks persaudaraan yang sebenarnya ialah yang berdasarkan kepada ikatan agama Islam atau sesama Muslim. Ikatan yang berdasarkan IMAN dan TAKWA merupakan ikatan persaudaraan yang paling kukuh dan mantop mantap.


Hadis di atas juga melarang kita dari melakukan beberapa perbuatan yang boleh menjejaskan kestabilan hubungan sesama Muslim seperti hasad dengki, iri hati, marah, berdendam, menipu, membeli atas belian saudaranya sendiri dan sebagainya. PHD amat terkenal di kalangan masyarakat kita hari ini dan penyakit yang paling sukar untuk dibuang (Wal ‘iyazubillah). Tahukah anda PHD ini merupakan penyakit yang pertama timbul di kalangan Bani Adam dan seterusnya virus PHD ini berterusan tersebar dan menyerang Umat Islam dari dulu sehingga sekarang dan menyebabkan Umat Islam dan Kerajaan Islam itu sendiri telah beberapa kali menghadapi perpecahan akibat penangan PHD ini.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :


” Kamu telah diserang oleh penyakit yang pernah menyerang Umat sebelum kamu, hasad dengki dan marah. Ianya merupakan pencukur, bukan aku maksudkan mencukur rambut tetapi mencukur agama.” -Riwayat At-Tirmizi
Oleh itu hasad tersangat merbahaya kepada manusia terutama sesama Muslim dan penyakit ini akan membawa kerugian yang amat besar kepada diri kita, masyarakat, negara dan agama itu sendiri.-- Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat mela'nati, (QS. 2:159)

Sabtu, 23 Mei 2009

KAWAN....

KAWAN....

  • kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
  • kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...
  • kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
  • kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
  • kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
  • kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
  • kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit, jual.. ambik kereta baru..
  • kwan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
  • kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
  • lagi..... kawan tu mcm ape ye???? Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.

Jumaat, 22 Mei 2009

PERASAN TAK???

Perasan tak.....
Assalammualaikum wahai sahabatku; Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

  • Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
  • Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
  • Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
  • Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
  • Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
  • Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
  • Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
  • Anda seorang yang istimewa dan unik.
  • Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
  • Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
  • Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
  • Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
  • Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
  • Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
  • Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untukmenghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.


Khamis, 21 Mei 2009

TUJUH AYAT CINTA

Tujuh ayat cinta: Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan....
1. Bismillahhirrahma nnirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk...
4. Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquatai llahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Isnin, 18 Mei 2009

Sambutan Hari Guru 2009....





Hari ni, 18/05/2009, Isnin... sambutan Hari Guru Peringkat sekolah... pakai baju batik sekolah yang baru... ok la... cantik gak kot... pagi2 keje aku mcm biase lah kalu dah ada perhimpunan mcm ni... siap sedia p.a. system... siap sediakan lagu-lagu... . beres...
Hadiah... kekdang rasa x tergamak jg nak terima hadiah drpd budak2 ni... tp, aku tau, depa ikhlas... setakat yang mampu... walaupun hanya sekadar ucapan lisan.. atau sekeping kad ucapan.. atau sebatang pen... apa saja... ku terima dengan ikhlas... tanda aku masih disayangi oleh budak-budak tu... terima kasih!!!!
Hmmmm... besday... beberapa org drpd kami, diraikan... yg mana sambut besday dari bulan Januari hingga bulan Mei ni... merasa gak le potong kek... he he he he

Khamis, 14 Mei 2009

DOA CINTA ABADI...


SEANDAINYA TELAH KAU CATATKAN
DIA MILIKKU TERCIPTA BUATKU
DEKATKANLAH DIA PADAKU
SATUKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU
TITIPKANLAH KEMESRAAN DIANTARA KAMI
AGAR KEBAHAGIAAN ITU ABADI
DAN TUHANKU YANG MAHA PENGASIH
SEIRINGKANLAH KAMI DALAM MELAYARI HIDUP
KETEPIAN YANG SEJAHTERA
TETAPI TUHANKU
SEANDAINYA TELAH KAU TAKDIRKAN
DIA BUKAN MILIKKU
BAWALAH DIA JAUH DARI PANDANGAN
KULUPUT DIINGATANKU
DAN PELIHARALAH DIRIKU DAN DIRINYA DARI KECEWA
YA TUHANKU YANG MAHA MENGERTI
BERILAH DAKU KEKUATAN
MELONTAR BAYANGNYA KE DADA LANGIT
HILANG BERSAMA SENJA MERAH DAN DALAM PEKAT MALAM
AGAR AKU RASA BAHAGIA
WALAU TANPA DIRINYA
DAN TUHANKU YANG TERCINTA
GANTIKANLAH YANG TELAH HILANG
TUMBUHKANLAH KEMBALI YANG TELAH PATAH
MESKIPUN TIDAKKAN SAMA DENGAN DIRINYA
JIKA BENAR CINTA INI CINTA SUCI
IA AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA
TETAPI JIKA IA PERGI DAN TIDAK BERKUNJUNG LAGI
MAKA ANGGAPLAH IA TIDAK WUJUD
DARI AWAL LAGI

Selasa, 12 Mei 2009

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA