KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Sabtu, 19 September 2009

MEGANG RAYA....

Hari ni megang raya. Apa tu megang? Jangan tanya aku. Aku pun tak tau apa maksud megang. Satu istilah yang digunakan secara pusaka, warisan dan turun-temurun. Masa kecik-kecik dulu dah dengar perkataan megang ni... Megang posa dan megang raya... yang aku paham tentang istilah megang ni.. macam ni... kalu megang posa... maksudnya, hari esok ni sama ada jadi raya atau tak... bergantung kepada orang yang tengok anak bulan malam ni... macam tu jugak dengan megang raya... esok tak tentu raya, bergantung kepada peneropongan anak bulan... itu la yang aku paham tentang megang tu... anak aku sendiri pun tak tau apa tu megang.....

Apa lagi yang orang buat pada hari megang? Besanya orang dah sembelih dah... pagi-pagi lagi dah bergantungan mangsa-mangsa pembunuhan yang halal... lembu, kerbau, ayam... tak termasuk ikan... berpusu-pusu orang datang beli... kalau-kalau esok posa... atau pun kalau-kalau esok raya... aku tak tau megang ini satu ibadah... atau budaya... atau adat... atau adab? Tapi... itulah yang berlakunya pada hari megang..... dan itulah yang berlakunya di tempat aku ni. Kat tempat lain, tak tau lah...

Malan ni orang teropong nak tengok anak bulan... kalu nak mengikut keadaan cuaca semasa, memang payah la nak nampak... tapi, kata Ustaz Najmuddin, tahun ini kita cuma berpuasa 29 hari saja... maknanya, akan mengikut ru'yah... dan maknanya juga, esok la raya!!!! Hah!! ESOK RAYA????? ESOK RAYA DAH???? ish!!! satnya ya? Rasa macam baru je posa.... hi hi hi hi... Fitrah aku tak pi baya lagi.... laaa... kena pi cepat ni....

Fitrah tahun ini bagi negeri Perak telah ditetapkan sebanyak RM7 seorang... mahal jugak ye... nasib baik lah aku ni 5 orang jer......

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA