KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Rabu, 24 Oktober 2012

Aidil Adha

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1] Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.....

Jumaat, 19 Oktober 2012

Selasa, 16 Oktober 2012

Kesan Makan Cili Berlebihan

Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas.

Ada pula yang suka memakan cili seperti memakan ulam. Amalan memakan cili ini tidak digalakkan dijadikan sebahagian daripada tabiat pemakanan harian terutamanya bagi golongan wanita.

Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.

Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :

Meningkatkan asid perut
Rasa pedas pada cili di makanan pedas itu sebenarnya berasal dari kombinasi asam. Jika masuk dalam sistem pencernaan, dimana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi, maka asam dalam masakan pedas akan menambah jumlah asid di perut.

Gangguan perut akut
Peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus-menerus akan mencetuskan gangguan lambung akut di lambung. Gejalanya mual, muntah-muntah, demam, diare, sakit kepala dan muntah.

Peradangan
Hal ini adalah kelanjutan dari gangguan lambung akut, yang menyebabkan perut terluka. Luka parah di perut ini membuat nanah muncul dan keluar dari luka tersebut.

Sukar tidur atau insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan menyebabkan keluarnya keringat. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.

Untuk menurunkan kadar asam lambung yang meningkat, maka pengambilan susu dan air kelapa muda akan membantu menurunkan, sehingga anda terhindar dari gangguan pencernaan.
 
Sumber: Yahoo

Sabtu, 13 Oktober 2012

BAJU MELAYU : ASAL USUL, JENIS & FALSAFAH

Asal Usul Baju Melayu
Dipercayai telah di gunakan sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) iaitu lebih kurang 700 tahun yang lalu. Mengikut catatan dalam Sejarah Melayu baginda menyarung Baju Melayu (dipakai cara sarung, lengkap destar. Tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin).

Jenis-jenis Baju Melayu
Dalam sejarah Melayu juga dikatakan bahawa Baju Melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar Melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah Baju Melayu seperti sekarang.


Falsafah Baju Melayu
Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 butir kancing. Ada pendapat mengatakan ini diambil sebagai lambang keharmonian rumah tangga, 2 butir di bahagian atas melambangkan ibu dan bapa dan 3 butir di bawahnya melambangkan anak-anak mereka.
Tetapi pendapat ini di sanggah oleh Azah Aziz atau lebih dikenali dengan Mak Engku. Beliau berpendapat bahawa tujuh butir untuk kalangan bangsawan atau raja di istana. Ini bersamaan juga dengan salah satu seni pusaka orang melayu itu sendiri iaitu keris. Dalam rekabentuk keris = berlok 3 – 11. Lok 11 ialah milik Sultan & Ratu, lok 9 (Pewaris), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja.

Falsafah Baju Melayu Dan Islam
Sesetengah Ulama Nusantara menyatakan bahawa falsafah Baju Melayu adalah selari dengan Agama Islam. Ini di buktikan dengan menyatakan bahawa:
- 5 butir kancing melambangkan rukun Islam yang lima,
- 4 butir kancing melambangkan syariat, hakikat, tarikat dan ma’rifat dan
- 3 butir pula ia membawa maksud Islam, Iman dan Ihsan.
Indah sungguh seni pusaka tinggalan nenek moyang kita orang Melayu, cukup indah, berseni dan mempunyai falsafah yang tersendiri. Masih banyak rahsia Baju Melayu yang masih boleh di ungkai seperti mengapa Baju Melayu Johor hanya satu butang? mengapa diadakan pula poket Baju Melayu yang sebelum ini tiada poket ketika zaman kesultanan Melayu terdahulu? Mengapa baju Melayu perlu dipakai dengan sampin?

Namun artikel ini sekadar memberi info serba sedikit tentang pusaka orang melayu agar kita bukan sahaja tidak lupa bahkan tidak akan malu untuk memakai atau mengenakannya. Hendaklah kita berbangga dengan asal keturunan kita.

# hari Jumaat adalah hari berbaju Melayu....

Jumaat, 12 Oktober 2012

Demam....

Sakit... demam... semua orang nak elakkan daripada dapat.... jaga makan, jaga kesihatan dan jaga serba-serbi supaya tak dapat sakit demam... tapi, kalu dah dia nak datang, jagalah sebaik mana pun, dia tetap akan datang... walau diri sekuat mana seklipun, walau imune badan sehebat mana pun, dia tetap akan datang juga..... itu semua kuasa Tuhan, kita hanya mampu merancang dengan menjaga kesihatan....

Dengan sakit ni, biasanya akan buat kita insaf, walaupun hanya untuk seketika.... masa tu lah kita akan terfikir macam-macam..... masa tu jugalah kita akan azam macam-macam.... itu baru demam yang sikit jer... kalau demam lagi teruk punya... lagi kuatlah fikirnya dan azamnya tu.... Tapi, sakit ni adalah ujian dari Allah... nak tengok hambaNya hadapi macam mana....

Aku... memang jarang dapat sakit atau demam... tapi, sekali sakit demam tu datang, memang teruk jugalah aku... sepanjang lebih 20 tahun aku bekerja... boleh aku kira berapa kali jer aku amik cuti sakit (MC)... ya, kadang-kadang tu memang ada juga rasa lemah dan badan tak sihat, tapi biasanya aku gagahkan juga pegi keje.... malas sangat aku nak amik cuti sakit.... mungkin juga sebab aku malas nak pegi ke klinik...

Bila ada kawan-kawan yang tau aku MC sebab demam, macam-macam ayat lawak jenaka antarabangsa dema yang keluar...
- "demam jugak mu akhirnya di?"
- "huduhnya orang tua demam..."
- "orang kuat macam hang ni pun boleh demam ka?"
- "wei.... betoi ka hang demam ni?"
- "abah amik MC???" - ni ayat daripada anak aku sendiri....
(sekurang-kurang, ku tahu... masih ada kawan-kawan yang ambik berat lagi tentang aku)

Pada aku, selagi kita bernama manusia.... bukan perkara mustahil kita akan mendapat sakit demam macam tu.. apa yang pasti, kita tetap juga kena jaga kesihatan.... kalau dapat sakit tu, itu ujian untuk kita... supaya kita akan sentiasa beringat... selalu berjaga-jaga... tidak terlalu leka dengan diri dan dunia....


Isnin, 8 Oktober 2012

Kerja Tinggi....

 
 
 


Kerja... dalam dunia ni macam-macam kerja yang boleh dibuat untuk mendapat rezeki sesuap nasi (tapi budak-budak la ni kata... dapat duit untuk topup pun jadi la...). Ada kerja yang susah... tapi dapat upahnya sikit.... ada juga kerja yang senang, tapi upahnya lumayan.... bergantung kepada kita lah....

Setiap satu kerja tu pulak, perlu ada kemahiran... bukan semua orang boleh dan mampu untuk buat sesuatu kerja, terutama yang perlu kepakaran yang istimewa....

Bila ku tengok keadaan seperti dalam gambar tu.... aku respek sangat kepada si pemanjat tu.... kerja nak tebang pokok supaya tidak merosakkan rumah di sebelahnya tu, bukan satu kerja yang senang... perlukan kemahiran, kepakaran dan kerja yang teliti.... kesabaran sudah tentu sangat perlu.....

Bila aku masukkan gambar-gambar tu dalam FB aku, ada sahabat yang memberi komen macam ni, "Kalau la dia belajar bebetul di sekolah dulu, garenti dia yang duduk di bawah....tunjuk-tunjuk je...."

Mungkin juga ada benarnya.... sudah menjadi kebiasaan orang-orang kita, apabila melihat orang yang bekerja macam tu, tentu dalam fikiran akan timbul ayat-ayat macam tu.... lumrahlah tu....

Tapi, bagi aku... kalaulah benar si pemanjat itu orangnya seperti itu.... itu adalah satu kelebihan kepada diri dia, kerana orang lain tak mampu pun nak buat seperti mana yang dia sedang buat.... agaknya sudah banyak mana la khidmat yang dia telah berikan.... sudah berapa banyak jasa yang dia buat... sudah berapa banyak nyawa yang dia telah selamatkan, dengan memperjudikan nyawa dia sendiri...

Kalaulah dulu dia belajar pandai-pandai... dan jadi macam orang yang di bawah tu... tunjuk-tunjuk dan arah-arah jer.... SAPA PULAK YANG NAK NAIK KAT ATAS TU???? NASIB BAIK DIA TAK BELAJAR BEBETUL...... hehehehehe.....

Rabu, 3 Oktober 2012

SAJAK UNTUK AKU

SAJAK UNTUK AKU

Dikala aku bersendiri, aku termenung,
Termenung akan nasibku ini,
Aku terfikir, mengapa aku jadi sebegini,
Menjadi seorang yang tidak berfungsi.

Aku memerlukan seorang teman,
Seorang teman yang bisa membimbingku ke jalan yang benar lagi lurus,
Aku berdoa,
Memohon kepada-Nya agar memberikan keinginanku itu.

Lantas aku memejamkan mataku,
Membisukan mulutku,
Aku berdoa melalui hatiku kepada-Nya,
Memohon keampunan dan petunjuk daripada-Nya.

Aku melihat bayanganku,
Aku terfikir, adakah dia ditugaskan untuk mengawasi segala tingkah lakuku,
Lalu, aku pergi ke tempat gelap untuk menghilangkan bayangku dari terus mengekoriku,
Namun aku terfikir, kegelapan inilah yang menggelapkan pandangan ku,
Menggelapkan mindaku,
Menggelapkan hati dan perasaanku,
Akhirnya, aku melangkah keluar dari kegelapan itu,
Melangkah menuju ke tempat sinar yang berdiri tegak di situ,
Aku menyedari diriku tidak lagi didustai dengan segala penipuan itu.

Aku bersyukur ke hadrat Illahi,
Kerana memberi kesempatan yang tidak dapat dirasai orang lain.



APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA