KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Jumaat, 30 Oktober 2009

SI MANIS 17

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?
Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.
Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?
Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.
Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?
Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?
Mama : Tak boleh!
Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...
Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick
Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....
Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

MAK TEH LAH....

Nak tau dak ni sape? Ni lah mak menakan aku. Orang panggil dia Mak Teh Lah. Ada yang panggil Kak Lah. Orang yang sama la tu.... Korang tau, nape aku masukkan entri ni pasal dia?
Dia ni, seorang yang periang, happening, rajin, caring... dan memang seronok dengan dia...
Tapi, aku amat-amat terkejut... dan terkedu dibuatnya bila aku dapat berita yang dia mengidap satu penyakit... penyakit yang semua orang tak mau... (aku tak boleh nak bagi tau apa penyakit tu)... Dan esok, Sabtu, 31 Oktober... dia akan mula masuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star dan akan menjalani major operation pada 4 November nanti....
Aku doakan semoga Mak Teh akan selamat menjalani operation. Dan aku mohon kawan-kawan yang baca entri ni juga doakan semoga dia selamat. Insyaallah.
Amin....

KEM... KEM... KEM...

Salam 1 Malaysia... cewahhh....!!!
Pe kaba semua... lama tak update blog ni... bz la... bz sangat-sangat.... jenguk tu, jenguk la, tapi nak update tu je yang tak dan.... tak pe... sekali-sekala update... ok gak kot....
Selepas balik dari Pangkor minggu lepas, minggu ni aku berkampung pulak di Kem PLKN Tegas Mesra, Ijok. Ini program 1 Malaysia. Untuk murid-murid Tahun 6 bagi Daerah LMS ni.
Tak de pe sangat yang ku nak cerita pasal kem ni. Biase-biase jer. Tapi, ada yang menarik. Bukan menarik yang macam mana, bukan menarik yang seronok, tapi pasal kejadian kemalangan yang berlaku kepada satu program yang sama di tempat lain. Di Kuala Dipang, Kampar. Program yang sama macam ni jugalah. Sedih, hiba, simpati.... kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Kesian dan juga simpati... kepada petugas-petugas yang terlibat dengan program tu. Bayangkanlah... bebanan yang terpaksa ditanggung... Kejadian kemalangan yang melibatkan nyawa.... Tentu jenuh nak menjawab... dan segala kesalahan yang tak dijangkakan terpaksa ditanggung... menjawab segala persoalan... dan mungkin juga segala tuduhan....
Inilah risikonya apabila mengadakan program yang melibatkan anak-anak sekolah. Kemalangan sentiasa mengikut. Segala prosedur perlu dituruti. Kemalangan tak berbau. Kalu nak berlaku juga, bagi aku itu adalah takdir....
Teringat aku kepada satu pesanan sebelum aku mula bertugas sebagai guru ni. "NAK JAGA BUDAK-BUDAK KECIK NI, LEBIH KURANG NAK JAGA KAMBING... HANG PI KEPUNG BELAH NU, YANG BELAH NI LARI, HANG PI KEPUNG BELAH NI, YANG BELAH NU PULAK LARI...". Memang betul. Bukanlah menyamakan budak-budak sekolah ni dengan kambing, tapi pe'el tu lebih kurang la....
Al-hamdulillah, kat tempat ni, semua berjalan lancar, tanpa ada apa-apa kemalangan atau perkara-perkara yang tak elok berlaku. Walaubagaimana pun, kami sebagai urusetia dan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program tu, sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan. Tak tido malam dibuatnya. Bukan nak mengungkit, tapi itulah hakikatnya... ada pihak yang memandang kerja yang kami buat ni sebelah mata sahaja, malah ada yang memperlekeh.... tapi tanggungjawab dan risiko yang perlu kami tanggung.... Terima kasih kepada kawan-kawan yang bertanya khabar dan keadaan aku di sana....
Selesai program yang ni... aku cuma dapat balik berehat di rumah sehari jer... Jumaat... berehat daripada program di luar macam tu... tapi, sebaik aku jejak kaki pagi-pagi Jumaat tu di sekolah... bermacam-macam kerja lain yang tunggu... rehat lah tu kononnye.... biase lah....
Sabtu hingga Isnin, aku masuk balik ke kem tu... kali ni untuk Program Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform Daerah pulak.... berkampung lagi aku di situ... tinggalkan lagi anak bini... hu hu hu hu hu hu hu....
Minggu depan pulak, 5 hingga 8 haribulan... dengan Program Indahnya Negeriku... merempat pulak di Ipoh selama 4 hari tu....
Penat!!!! Tapi puas...... Itu lah yang dapat aku katakan.

Isnin, 26 Oktober 2009

HARI NI AKU......

TAK TAU AKU NAK CITE......


AKU BORING...
AKU BOSAN....



AKU TENSION....!!!!!!

AKU MENYAMPAHHHHH...!!!!!!!!!!!!


AKU MARAH....!!!!


AKU GERAMMMMMMMMM...!!!!

AAHHHHHH...!!!!!!

MALAS AKU NAK CAKAP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ahad, 25 Oktober 2009

BETUL KE TAK????


Orang kata, sikap dan pe'el atau pun perlakuan diri kita, boleh kita tengok melalui tarikh lahir... (salah satu cara la... ada banyak lagi cara laik gak...) Mungkin itu semua secara kebetulan. Tak semua yang betul mengikut ramalan atau telekan tu.
Aku tak tau nak sebut apa kaedah yang digunakan ni. Tapi, dengan menggunakan tarikh lahir, kita dapat mengagak sifat seseorang itu. Orang punya, apa aku peduli... tapi, yang ni aku punya... betul atau tak betul.... kita sendiri pun tak tau lah....



  • POPULAR
  • BARAN
  • AGRESIF
  • MUDAH BERKAWAN
  • BERNAFSU TINGGI
  • SUKA MENGIKUT TREND
  • BERSEMANGAT
  • MUDAH TERUJA
  • KREATIF
  • MENARIK
  • ARTISTIK
  • EGOIS
  • KRITIKAL

Tu ada kawan aku yang tengokkan. Tak tau la... tenung air dalam mangkok atau pun dalam cawan.... Tapi, aku rasa, ada yang betul.......




Jumaat, 23 Oktober 2009

%(*&%%##!&^**&^$$@.....!!!!!

*&^%^%#@
@%%)(*&&%%#
^*7*%#@(&^%#&(&%%@

"sir... what hepen?"
"kenape ni sir?"
...............
..................
.................

"hang pon diam lah....!!!"
"aku tengah bengang ni..."
"kang dengan hang aku TAMPAR!!!!!!"
"huh......"


patut ke aku dicakap macam tu??????
di depan orang lain????
salah ke aku?????
nak marah orang lain, aku pulak yang kena!!!!
mak bapak aku sendiri pon tak penah nak cakap macam ni.....

x pe lahhhh..........
aku x pernah nak dendam punnnnn.........

PENAMPAR AKU??????



D' PANGKOR HOLIDAY RESORT


Petang tadi aku baru je sampai balik ke rumah, setelah 3 hari ke Pangkor. Wei...!!!! bukan pegi makan angin tau... pegi buat kerja... (sebenarnya sambil-sambil makan angin le tu gak...) Kali ini aku pegi Pangkor Holiday Resort bermula 20/10 - 22/10... untuk mengendalikan Kursus ICTL bagi guru-guru daerah LMS. Ini ambilan ke-7. Ambilan terakhir.....


Tak ada yang menarik sangat dengan kursus kali ini. Aku mendapat peserta yang "cool" semua. Baik-baik belaka. Tak banyak kerenah... tak banyak soal... tapi selalu nampak happening jer... ok le tu... tak teruk kerja aku dan kawan-kawan JU yang lain....


Sebagai Ketua JU, aku bangga dengan anak buah aku buat kerja... masing-masing dah tahu peranan dan tugas yang perlu dibuat... Senang kerja aku... tapi rasa macam nak pencen je dari kerja ni...


Sepanjang kursus ni, pada aku semua ok jer... penginapan kira ok... cuma yang tak ok pada aku... makanan... aku bagi Gred C lah tentang makanan kat sini... walaupun aku ni bukannye jenis kuat makan... atau cerewet sangat dengan makanan... tapi, ntah lah... hidangan tak sesuai dengan selera aku.... tapi, makan jugalah..... rezeki Tuhan dah bagi....


Nak makan di luar pulak... tak banyak gerai yang ada... aku tak de pilihan... Nak jalan-jalan???? Nak pi tang mana? Tak de la tempat yang menarik bagi aku.... Errmmm... sebab tu lah aku tak begitu berminat kalu dihantar ke Pangkor ni... Lebih baik hantar ke Pulau Jerejak jer...


Pangkor sekarang, tak macam dulu... walaupun banyak pembangunan... yang dapat aku rasakan dalam selang tempoh sebulan lebih aku ke sini, tapi... ada yang masih kurang... baik kat tempat aku lagi... malam-malam banyak tempat yang boleh aku pilih untuk lepak-lepak dan makan-makan.... ini tak... tak de pun macam yang ada kat tempat aku... nak cari gerai malam... pilihannya, cuma yang ada kat depan Coral Bay tu jer... kalu restoren cina tu... banyak lah juga aku tengok bercambah... tak kan la nak gi dok lepak tang tu plak... hisshhhh!!!!!.... dulu ada juga kat depan tu... tapi nampaknya dan tak ade... mungkin depa nak buat yang baru kot.... harap-harap, bila aku datang lagi nnti... akan ada la perubahan itu....

Dan.... sesuatu yang biase aku lakukan apabila datang ke tempat macam ni... dan memang kat tempat ni pun dulu... aku akan tunggu petang untuk snap gambar sunset... tapi, kali ni aku tak sempat... rasa malas... rasa boring... dan tak de rase.... agaknye....



Minggu depan... aku masuk Kem PLKN plak.... KEM 1 MALAYSIA... ermmm....


Selasa, 20 Oktober 2009

WARKAH ADAM UNTUK HAWA


Hawa,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Adam,
teman yang kepinginkan dirimu semasa kesunyian di syurga dahulu.
Kau asalnya dari tulang rusukku yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupmu sentiasa inginkan bimbingan dariku.
Namun begitu Hawa kasihku,
kejadianmu dari tulang rusukku yang paling keras.
Lebih keras dari kerak nasi....


Hawa, kau sinar hidupku.
Penuh cahaya kebahagiaan. .
namun hanya buat seketika,
sebelum kau bosan dengan diriku.
Hawa yang kusayangi,
aku kau salahkan,
atas kesalahan yang kau lakukan.

Aku disalahkan,
tidak menghulurkan tangan.
Aku dipersalah, tidak mendidikmu..
..Namun tidakkah kau terpikir wahai hawa,
bagaimana buntu kami kerna ingin mendidikmu?

Dengarlah kata-kataku ini,
dan sangkallah ia jika kata-kataku tidak benar.
Marahku padamu kau anggap tidak menyayangi,
lalu kau merajuk menjauhkan diri....
Tegurku padamu kau anggap menyibuk, mengongkong, menghalang kebebasanmu.
...Lalu kau meninggikan suara terhadapku.. .
Kasarku terhadapmu,
kau anggap penganiaan kaum wanita,
Lalu kau masukkan ke dalam surat khabar.....
Ku tegur dengan penuh lemah lembut,kau tak dengar, kau buat main-main...
Aku merajuk, kau cakap, "mengada-ngada, buat tu salah, buat ni salah, abg kurung ajelah syg kat dalam botol, baru puas hati abg"


Wahai Hawa yang kuhargai....
Bagaimana lagi harus kami lakukan?
Bila kami berbuat baik,
langsung tidak terlihatpada matamu,
Pabila kami berbuat jahat, cepat saja dikau copy and paste....
Jika ingin kami bimbing dirimu sepertimana Rasul Allah S.W.T membimbing para isterinya,
mahukah kamu mengikuti kami?
Mahukah kamu mengorbankan dirimu demi kami?
Mahukah kamu mengorbankan kebebasan dirimu?


Hawa yang kuhormati...
Janganlah terusan membebani kami,
dengan kedegilanmu. .. dengan keegoanmu, kesombonganmu, dengan keangkuhanmu
apabila dirimu kau anggap berilmu.


Sesungguhnya Hawa,
Kami punya tubuh yang kuat,
namun kami lemahkan sendi-sendi kami,
kami sembunyikan kekuatan kami,
Sesungguhnya Hawa,
Kami punya suara yang kasar, amarah yang kuat,
namun kami lembutkan suara kami, kami sabar dengan amarah kami.
Tidakkah kau terpikir mengapa?


Tidakkah kau hairan dengan layanan kami terhadap kamu?
Tidakkah kau pelik,
harimau yang mengganas dimedan perang, jinak bila berada dipangkuan kamu?
Fikirkanlah mengapa...Dapat jawapannya?
Dapatkah kau lihat bagaimana baiknya layanan kami terhadap kamu?
Sekarang sudahkah kamu lihat apa yang boleh kau pelajari dari kami?
Sudahkah kau lihat bagaimana kami cuba mendidikmu?


Namun sukar untuk kamu faham wahai Hawa yang kusayangi... .
Kerana jarang sekali kau memerhati,
Kebaikan diri kami, jarang sekali kau sedar,
Betapa berhati-hatinya kami cuba mendidikmu, tanpa menyinggung dirimu, tanpa menyakitimu. .. tanpa melukakan hati Hawa yang kami cintai....

Ahad, 18 Oktober 2009

KALU SAKIT KEPALA.....


JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...
"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina ataumencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda.

Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang"biasa"ini ke dalam mulut anda.

DIALOG DI ALAM BARZAKH...

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi."

Ermmmm...................

Jumaat, 16 Oktober 2009

CANTIK.....

aku belek-belek....
aku tilik-tilik....
aku menungggg.....
menung yang panjang...
aku pandang kiri kanan atas bawah...
aku pandang ke depan...
fikiran aku melayang-layang...
berangan-angan...
ahhhh....!!!!!
serabut juga kepala hotak aku ni...
cantik memang lah cantik...
canggih tu memang lah canggih...
aku rasa dia dah cukup sempurna...
menepati apa yang aku nak...
semua ada pada dia...
memang dah lama aku tengok dia...
memang selalu aku usya-usya dia..
indahnya dunia aku kalu dia sah jadi milik aku
tak terbilang puasnya hati andai kau jadi milik ku
indah juga nama mu
indah sangat rupamu
mampukah aku memiliki mu
haruskah aku memiliki mu
bagaimana harus aku memiliki mu....
dan bila??????

Rabu, 14 Oktober 2009

IBU MERTUA....


Ibu, Anak Dan Menantu

Suzana (nama sebenar) dan Razman (nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah.. mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar Kuala Lumpur... mereka bagaikan belangkas yang tak dapat di pisahkan lagi.........tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pan diijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman.......tapi malang telah menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit mukanya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan......

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya......tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan........Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab...... "Penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan." Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.
.........................

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kali itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk riaksi ibu mertua yg sombong iteewwww.....hikhikhik

Gambar ini tiada kena mengena dengan cerita... harap maklum!!!!

Ciaow..
cerita oleh suhaila-ab

Ahad, 11 Oktober 2009

IDOLA...


click to create your glitter text

idola???
idol?
malaysian idol...
amarican idol...

aku selalu terjumpa istilah ni...
juga ayat-ayat yang menggunakan istilah ni..
tak kurang juga cakap-cakap yang menyebut istilah ni...
macam mana sebenarnya...

U MENJADI IDOLA I...
DIA MENJADI IDOLA AKU...
IDOLA SAYA IALAH....

AKU?
pi lah cari orang lain...
tak sesuai sangat aku dijadikan idola..
boleh jadi cuma macam parabola... gula-gula... gila-gila...
idola? janganlah sampai bila-bila....
nak buat malu saja..


click for more

Khamis, 8 Oktober 2009

AL-FATIHAH...

Malan tadi, masa aku tengah dok sedih lagi dengan henpon aku tu, tetiba aku dapat mesej dari kawan aku (kat henpon yang satu lagi...)...

"Salam, sy nak maklumkan bahwa kak ina ydp pibg kita dh kmbali ke rahmatullah. al fatehah"

Aku terkedu.... ulang-ulang aku baca sms tu... biar betol!!!
Aku call balik member yang send sms tu.... betul dia kata...
Innalillahi wainna ilaihirajiun....
Sungguh mengejutkan? Tak dengar pun dia sakit...
Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...
Al-Fatihah....

DAH SAMPAI MASA DIA...

Tak tau aku nak cakap pe lagi...
Perkara dah nak jadi...
Nak salah sapa pun aku tak tau...
Mungkin salah aku sendiri...
Mungkin jugak memang dah ajal dia...
Sudah suratan takdir...
Sebaik mana kita jaga pun...
Kalu nak jadi... jadilah jugak...
Sesayang mana sekalipun kita kat dia...
Kalu dia dah nak pegi... Dia pegi jugak...
Memang selama ni aku jaga dia betul-betul...
Memang aku sayang sangat kat dia...
Dia sakit... dia deman... aku bagi dia jadi baik balik...
Ke mana saja aku pegi... tentulah dia dengan aku...
Jarang benar aku tinggalkan dia...
Tapi hari ni...
Aku tak sedar langsung...
Aku tak perasan langsung...
Aku tak sangka sungguh...
Nak jadi macam ni....
Apa boleh aku buat lagi...
Macam ni lah akhirnya dia yang amat ku sayang...
MOTOROLA V9 aku...
Hu hu hu huhu hu....
Huwaaaaaaa......
Huwaaaaaa....
...................
...........
......
...
.
Jatuh tengah jalan... kena lenyek kereta & lori....

Selasa, 6 Oktober 2009

LEMBU......

Malam tadi, masa TT dengan kawan-kawan... ada satu cerita daripada sorang kawan ni.. biaselah, bila duduk lepak-lepak gitu, macam-macam cerita yang keluar... dan biasenye cerita-cerita yang merapu... tapi aku tertarik dengan cerita ini.... "mesin canggih"... tajuk dia... tajuk ni aku sendiri yang bagi la....


Ade sorang anak ni... pegi belajar kat oversea... nun, kat Amsterdam... kira anak yang pandai le ni... beberapa tahun dia dok sana... selepas beberapa lama di sana... dia pun balik la ke kampung halaman dia... oleh kerana dia ni balik dari oversea... ada la sikit perasaan ek dan belagak kat dia.. ya la.. style musti mau ada.. cerita musti mau hebat....

Jadi, pada satu hari tu... dia dok sembang la dengan bapak dia.. dok bercerita tentang kehebatan dan kecanggihan negara yang di dok tu dulu... tak habis-habis lagi dok cerita... sambil-sambil tu dok kata negara kita ni tak canggih... apa lagi kat kampung tu.... bapak pun naik muak dah.. tapi layan gak la...

"Bapak... bapak nak tahu dak.. di sana kan... ada satu alat yang canggih... saya tak besa lagi jumpa kat tempat lain. Alat tu kan, nak proses lembu. Kita cuma masukkan sekor lembu ke dalam alat tu, nanti siap keluar daging seketul siap proses.." anak bercerita dengan penuh semangat dan bangga...

Bapa cuma mendengar dengan penuh loya... Rasa nak termuntah pun semua ada masa tu...

"Huh! Tak la hebat sangat alat tu. Kalu setakat alat tu, yang ada kat rumah ni lagi hebat la," kata bapak dengan muka selamba...

"Ya ka bapak? Alat apa pulak tu?" anak bertanya dengan selamba jugak.

"Alat ni kalu hang nak tau.... masukkan seketul daging, keluar sekor lembu..." selamba lagi si bapak menjawab..

"Hah???? Ya ka bapak? Bapak ada ka alat tu....????"

"Hmmmmm... lama dah aku ada alat tu... sebelum hang ada lagi..."

"Mana alat tu pak? Saya nak tengok la..."

Dengan memuncungkan mulutnya bapak menunjukkan ke arah alat tu ke dapur. Si anak menjenguk-jenguk dan tercari-cari alat tu. Yang dia nampak hanya emak dia je tengah dok potong sayur...

"Mana dia pak? Ni mak la... "

"Tu la alatnya.... Aku masukkan kan daging aku...... ke dalam mak hang... tekan.. tekan.. tekan.... keluar dah lembu tu..." slow and steady je bapak tu bagi tau...

"Laaaaa.... pak, mak beranak lembu ka? Mana lembu tu la ni?" anak bertanya dengan pelik bercampur heran dan tak pecaya...

"Ni la "lembu" tu... yang dok berdiri depan aku... yang aku hantar ke oversea tu..."
.
.
.
.
.
. . . . .
................................


Moral of the story?????????
Sape nak tulong jawab.......




Ahad, 4 Oktober 2009

DULU UNTUK ANAK... SEKARANG UNTUK CUCU...

Hari ni, sebenarnya aku ada banyak juga program yang terjadual dalam diari aku... tapi, satu-satu terpaksa aku batalkan je sebab ada hal lain pulak yang perlu aku utamakan. Maaf kepada kawan-kawan atau pihak-pihak yang terlibat dengan pembatalan program daripada aku ni... nak buat macam mana, famili aku sendiri perlu aku utamakan....

Pagi-pagi, Si Comey manja aku tu, aku bawa ke klinik... sejak malam tadi demam pulak dia.. badan panas malam tadi... dia ni, biase lah... antibodi tak kuat.. tersilap makan sikit, dah mula la badan tu lemah... tapi, aku tau dia selalu kuat... dalam demam-demam tu pun masih berhajat hati nak ikut ke Kuala Kangsar... Tak boleh Dik... doktor dah kata virus tu... lagi pun, keadaan sekarang yang tak sesuai sangat Adik keluar dok kat tempat awam...

Si Debab, hari ni ada ujian untuk memasuki ke SMA Idrisiah, di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Dulu, Ateh nye dan pernah sekolah kat sini jugak. Udah Comey demam, elok la ibu dia tak yah ikut... dok rumah, jaga Comey.... Tok Wan dan Tok pulak, katanya dan follow pegi sana jugak. Sokongan moral....

Ni yang aku rasa terharu sangat-sangat dengan kedua orang tua aku ni... kalau pasal belajar... memang depa bagi sokongan habis... sanggup pegi kat mana sekali pun... dari zaman aku adik beradik bersekolah dulu lagi... sampailah ke anak cucu dia pulak... bukan tu je.. anak-anak menakan dia pun, sama je dia buat.... Nak pulak, la ni depa dah jadi pengantin baru balik. Ye la... kami adik-beradik semua dan lepas rumah.... lapang la depa... nak pegi mana-mana pun tak dak masalah....

Jadi, oleh kerana dah depa nak ikut, baik pegi dengan satu keta jer... naik keta abah je lah... hi hi hi... jimat minyak keta aku la... Siap boleh dok relax lagi aku... sebab pe tau? aku minta nak drive keta, abah tak bagi... dok je la... dia kata... hmmmm... aku ok jer... tapi yang sebenarnya, aku rasa seriau sangat kalu dia yang bawak... Pemandu F1 looooo..... Aku rasa, aku pun bawak keta laju gak.... tapi... dia lagi laju wooooooooo.... bawak keta ni, apalah sangat bagi dia... kalu nak bandingkan dengan bawak bas...... hu hu hu... aku dok sebelah, walaupun aku tak pegang stereng... tapi, kaki aku selalu dok tekan brek... emergency brek lagi....
Ujian tu, mula pukul 2 petang... di SMA Idrisiah... betul-betul depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Ini ujian bertulis... kalau lulus yang ni, nanti akan dipanggil sekali lagi untuk Ujian Lisan pulak... Si Debab ni, memang minat sangatlah dengan sekolah agama ni... Moga-moga dapat lah nanti.. Bila sampai di sana, punya la ramai juga orang yang datang... selepas ku sembang-sembang dengan beberapa orang yang datang tu... rupanya bukan dari sekitar sini jer... nun.. dari seluruh ceruk negeri ni depa mai... ada jugak yang mai dari Kedah... 2-3 orang juga dari negeri-negeri lain... Hmmmm... zaman sekarang, ibu bapa lebih berminat nak masukkan anak-anak ke sekolah agama... al-hamdulillah..

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA