KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Ahad, 2 Ogos 2009

INFLUENZA H1N1... JANGAN BUAT MUDAH...


Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 2 Ogos 2009

Pada 2 Ogos 2009 sejumlah 39 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 2 kematian dilaporkan. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Daripada 39 kes yang dilaporkan hari ini, 35 merupakan kejadian dari 8 kluster baru dan 4 kes sporadik atau terpencil.
Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 2 Ogos 2009 adalah sebanyak 1,429 kes dengan 6 kematian. Daripada 1,429 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (40%) merupakan kes import dan 855 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,394 kes (98%) telah sembuh, hanya 19 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sepuluh (10) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.
Terdapat sebanyak 8 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, di mana 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(2) dan imuniti rendah(2).
Maklumat berkaitan dengan kes kematian ke-enam, kes adalah seorang budak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 29 Julai 2009 dengan symptom demam selama 1 hari. Tiada simptom batuk dan lain-lain tanda-tanda gangguan pernafasan. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pada 30 Julai 2009. Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 11.00 pagi 1 Ogos 2009. Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30pagi 2 Ogos 2009 semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi.
Maklumat berkaitan 8 kluster baru influenza A(H1N1) adalah seperti di Lampiran 1. Manakala 4 kes sporadik, terdiri daripada 2 kes kematian, seorang wanita hamil 7 bulan, dan seorang pesakit luar.
Merujuk kepada situasi global, sehingga 2 Ogos 2009, sejumlah 183,826 kes dengan 1,301 kematian telah dilaporkan daripada 167 negara. Peningkatan sebanyak 940 kes dengan 95 kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Pertambahan negara adalah Channel Island dan Moldova.
Bagi memastikan rawatan awal dengan antiviral influenza dapat diberikan dengan segera bagi mereka yang berisiko tinggi dan menunjukkan simptom-simptom jangkitan influenza, Kementerian Kesihatan telah membuat ketetapan dengan serta-merta seperti berikut;
bahawa semua kes-kes yang mempunyai simptom jangkitan influenza serta mempunyai faktor risiko(mengandung, obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetik dan golong imuniti rendah), hendaklah diberi rawatan antiviral influenza sertamerta tanpa perlu membuat ujian pengesahan influenza A(H1N1). Ini adalah untuk kes-kes yang dikesan dalam masa 48 jam selepas onset.
Ujian pengesahan jangkitan influenza hanya perlu untuk kes-kes yang dirawat di hospital.
Bagi pelajar sekolah termasuk institusi pengajian tinggi adalah diingatkan bahawa mereka yang bersimptom hendaklah mengelakkan diri daripada menghadiri kelas atau kuliah termasuk aktiviti berkumpulan. Mereka hanya dibenarkan menghadiri aktiviti-aktiviti ini selepas 1 hari bebas simptom jangkitan influenza A(H1N1).
Maklumat semasa Influenza A (H1N1) termasuk aktiviti pencegahan boleh didapati melalui laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my ataupun melalui Talian Hotline influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan 0388810200 dan 0388810300 yang beroperasi antara 8.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am.
Kementerian Kesihatan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, penularan influenza A(H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua.
Sekian dan terima kasih
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 2 Ogos2009
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN H1N1: http://h1n1.moh.gov.my/

PENYAKIT BERJANGKIT....

Sana sini la ni orang dok cerita pasal penyakit ni... Pakat-pakat dok takut dengan penyakit ni.. mudah berjangkit... Tapi, yang takot pun, kaum-kaum Hawa jer... kaum sejenis aku senyum lebar je... tak pun senyum sinis... Mungkin jugak ada yang senyum dengki...

Kalau dalam paper dan TV dok heboh pasal penyakit yang satu ni.. H1N1... yang aku kata ni pulak bukan la penyakit tu... tapi penyakit lain... ada la kawan-kawan aku dok buat lawak... Penyakit ni memang mudah berjangkit... dan memang dok berjangkit dah pun kot kawasan aku.. dan merebak dah kata depa... Kaum Hawa... berjaga-jaga la, katanya... sebab sedang menular di kalangan kita...

Yang sebenarnya, penyakit ni bukan la baru... lama dah... dulu-dulu lagi dah ada dah... ada yang memang tak suka... tapi ramai yang suka... ada yang dok berharap, berdoa siang malam supaya tak terkena penyakit ni (kebanyakkannya orang pompuan la....)... yang laki-laki pulak dok berdoa supaya terkena penyakit ni... hi hi hi hi... ape-ape aje lah.... Zaman P.Ramlee dulu pun dah ada cerita macam ni... "jarang-jarang, kadang-kadang, sikit-sikit... banyak-banyak...." kata P.Ramlee.... Penyakit ni bukanlah penyakit H1N1 yang tengah dok merebak ni... tapi, penyakit ni kawan aku kata virus H1W2..... apa dia tu..daripada babi jugak ka???? Ha ha ha ha... KO PIKIR LA SENDIRI......

LAMBAT PUNYA PASAL... BETUL-BETUL NAYA...


LAMBAT 2... EPISOD 3...



Kami sampai kat PPD lama, tempat aku tinggalkan Ferrari kesayangan aku semalam, selepas hantar Suhairi dan Sifoolan.. dah jam 6.45... ikut jam tangan aku la... Alamak!!!! Pintu pagar berkunci.... macam mana nak ambik kereta aku ni????? Aku jerit-jerit bagi salam panggil jaga... senyap jer... Ketok-ketok pintu pagar besi tu... tak dak sapa jugak pon...Naya ni.... Tak pe la... sat lagi jaga mai la tu... aku pon dok tunggu la depan pagar tu... (aku pulak yang jadi jaga)...


Pukul 7.30 malam... nampak lampu-lampu menyala.. hah!!!! ada dak kot jaga... ku jengok-jengok, tak dak sapa pon... sapa pasang lampu??? Hantu ke.... Owh! Tentu guna timer.....


Pukul 8.00 malam... pi kat K.E Corner sebelah tu... tekak dah haus... minum dulu... satgi jaga mai la tu....


Pukul 9.00 malam... badan aku dan naik belengas... hati dah rasa semacam... nak marah ada... nyesal ada... sakit kepala ada... boring ada... dari tadi dok tunggu depan ni... jadi jaga le pulak aku ni.... Geramnye aku... siap kau jaga... kau datang nanti... aku nak sembor jer...


Pukul 9.30 malam... adoiiiiiiiiiiiiiiii..... mana dia jaga ni... tak kerja ke... ponteng ker... lari ker.... Kalu tak mai jugak... ???? Naya aku!!!


Ntah pukul berapa, aku tak dan nak tengok jam... baru la jaga tu sampai... panas gak hati aku ni... tapi... ntah la... dengan muka bersalah jaga tu tengok aku... macam cemas semacam jer...


"Laaaaa.... cikgu tunggu lama dah ke?"

"Tak la... sat jer... dari pukul 7 tadi" aku jawab selamba...

"Laaaaaaa... cikgu... saya minta maap la... saya ingatkan cikgu nak balik esok... Maap banyak-banyak la cikgu... Saya hari ni masok kerja dari pukul 7 pagi tadi... saya kerja 24 jam hari ni... ingatkan tak dak sapa la nak masuk... saya balik sat nak mandi dengan ambik makanan..."


Kita ni, bila orang cepat-cepat minta maap... hati kita cepat lembut... nak marah yang meluap-luap tadi... langsung hilang macam tu jer.... tak pe la bang... tak kesah la.... Ferrari aku tu pun selamat je... dok ok jer.... tak pe lah....


Sebelum tu... sempat juga la kesej kat kawan-kawan tu... aku pun minta maap pasal janji nak jumpa petang tadi pasal kerja yang nak buat tu.... Sorry ek!!!!

LAMBAT PUNYA PASAL LAGI... KES NAYA...

LAMBAT 2.... EPISOD 2...

Tak habis lagi aku nak cerita kes lambat ni... orang kata, biar lambat, asal selamat... beto la tu... tapi, kadang-kadang kita kena jugak buat cepat-cepat... masa... jangan dok buang masa.. kalu orang meniaga... hancor la bisness... sebab lambat... tapi, bab ni walo pon bukan meniaga, bagi aku bab masa dan ketepatan masa ni... aku ambik berat... (konon)....

Aku dengan Sifoolan kalut check-out... ye la... dah terlewat... dah terlebih masa dok hotel... pukul 2.30 kami berdua check-out... bagi balik kunci hotel... wei... dema lain tak serah kunci lagi.... Laaaaa... dok ingatkan kami berdua yang lambat... Cisss!!! Dema lain lagi lambat... Tak pa la... tunggu je kat lobi....

Selesai semua, naik feri... dema shoping sikit... aku tak pun... Naik keta MPV tu... fuhh... bestnye dok dalam keta tu... nak pulak, orang lain yang bawak... kita dok relax je kat belakang.... hi hi hi... Bleh tido ni....

Aku tengok kawan aku ni, tak ikut jalan biasa... tanya dia, nak pi mana ni... dia kata, kita ikut Sitiawan sat.... dia ada hal sikit.... Laaaaaaaaa.....!!!! Mamat ni buat lagi... !!! Musti lambat lagi la ni..... Dia singgah kat EON... dekat sejam dia masuk situ ntah pebenda yang dia buat.... terkulat-kulat... terkebil-kebil... tertanya-tanya... lagi, apa ter... ter... lagi la.... LAMBAT!!!!!

Aku ada janji dengan kawan, ada 2-3 perkara nak selesaikan bila aku balik ni... dah bagi tau kawan, petang ni aku sampai rumah, aku akan pegi jumpa muma... nak buat keja tu..... Comey & Debab lak dok mesej...

"Abah dah sampai mana......?"
"Abah nak sampai rumah pukul berapa??"
"Agak-agak, pukul berapa abah nak sampai??"

Kita dah menumpang... macam tu lah... memang aku nyesal tumpang... baik la aku bawak Ferrari aku tu semalam.... tentu masa ni pun dah sampai rumah.... Hmmm... xpe la... bukan selalu pun kan? Lan, Suhairi, Nasa... aku tengok memang dah rimas dah... tapi, kawan aku yang punya MPV ni... selamba rock je dia.... Tak pe lah... janji sampai rumah nanti....

LAMBAT PUNYA PASAL LA....


LAMBAT 1... EPISOD 1...

Minggu lepas, aku kena pegi ke Pangkor untuk mesorat Kuiz Bulan ICT Daerah LMS... Khamis dan Jumaat... ikut jadual, pukul 2.30 petang Khamis tu dan mula mesorat dah, kat Coral Bay Resort... Yang kena pegi tu semua 12 orang je termasuk aku... kena pegi sendiri la.. atau kongsi kereta... mula-mula, berpakat nak naik keta kawan aku sorang tu... MPV... buleh naik ramai.. tapi, aku tau dah, pe'el kawan aku tu, selalu lambat....

Jadi, aku ingat nak pegi sndiri je.. bawak keta Ferrari merah aku tu... lagi senang... Tapi, bila call kawan-kawan, pakat-pakat cadang nak tumpang jer kereta kawan aku tu... tak pa la... buat janji pukul 10.30am kumpul kat PPD... Belum jam 10, aku dah sampai PPD.. ada la sorang kawan dari Selama dah sampai... Sifoolan... jadi, aku dengan dia pun tunggu la kawan yang punya MPV tu mai...

Jam 10.30.... dok tunggu... tak nampak kelibat apa-apa lagi pun... air dah habis segelas... rokok dah berbatang-batang... ketiak dah belengas...

Jam 11.00 am... kawan yang punya MPV tu call... tanya aku dah sampai ke belum? Huh! Wei... dari tadi lagi aku tunggu dengan Lan ni... Dia kata, aku on the way.... dalam 20 minit aku sampai... kata dia...
Jam 11.40am... baru la nampak dia dengan En. Nasa mai... hmmmm... singgah dulu kat PPD tu nak ambik barang.... laaaa... ambik masa lagi dia... aku nak letak keta kat dalam PPD tu, tak buleh lak... ya la... kawasan dah sempit... nak letak kat luar tu... takut nanti ada pulak yang berkenan kat Ferrari aku ni... jadi, baik aku letak je kat PPD lama... ada bumbung lagi... ada jaga jugak.. harap-harap selamat la...

Lepas tu, pegi pulak ambik Suhairi kat rumah dia di Simpang... ha ha ha ha ha ha... pakat-pakat dok gelak ke dia... Suhairi dok bersidai di grill rumah.... lama sangat dok menunggu la tu (gaya macam orang dok dalam lokap tu).... Jam dah 12.30 tu..........

Lepas tu, En Nasa kata baik la kita cari makan dulu... perot dah bunyi... jadi, pi singgah kat R&R Simpang... kita makan dulu.... (sepatutnya masa ni dah sampai jeti dah kot!). Pukul 2.40 baru la sampai jeti Lumut dan ambik tiket feri yang pukul 3.00.... Hu hu hu hu hu... sepatutnya mesorat dah mula jam 2.30 tadi... ni, pukul 3 baru naik feri... terserempak lak dengan En Ravi... nampak dia tarik muka.... "Ai..!!!! 2.30 dok sini lagi???? Ape ni korang? Mesorat macam mana?????"

Jam 3.30pm, sampai hotel, check-in... (bayar sendiri beb!!!! Bukan dibayar tau....) En Ravi dengan muka orang atasan cakap.... "Lagi 15 minit jumpa kat bilik meeting"... Laaaa... Penat tak habis lagi ni... Penat tunggu... penat dalam keta.... penat dalam feri.... penat... penat...penat.... Lepas tu... ok la... semua berjalan lancar.....

Operasi memerah dan memeras otak......



Salam semua... kita berjumpa semula... dekat-sekat seminggu jugak aku tak update blog aku ni... ada juga kawan-kawan yang hantar mesej... "wokpa tak update blog mu ni... banyak keja kae.." (sape-sape yang buleh paham... paham la bahasa ni...)... ada juga kawan-kawan yang rindu nak baca blog merapu aku ni... hi hi hi... tima kasih la kepada sapa-sapa yang selalu dok jenguk blog aku ni... ada jugak kawan-kawan yang bagi cadangan nak bagi molek lagi blog ni... tak pa la... aku bukan nak masok pertandingan buat blog pun... blog aku ni, mula-mula ku buat dulu... untuk privacy jer... untuk diri aku sendiri jer... tapi... ada kawan-kawan yang minta nak tengok juga... tak pa la... kita kongsi-kongsi cerita aje la.... hmmm... ada banyak cerita juga la yang aku nak kongsi-kongsi dengan muma semua... tak tahu la... muma suka ke tak... hi hi hi hi hi.....

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA