KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Jumaat, 5 Februari 2010

BUAH KELEKOK


BUAH KELEKOK. Sapa tau macam mana buah kelekok! Sapa besa makan buah kelekok. Mungkin ramai yang tak tau macam mana buah kelekok ni. Dulu-dulu memang banyak jugak la pokoknya. La ni dah payah nak cari. Ada yang baya-baya aku pon tak besa dengar nama buah kelekok. Jenuh la nak cerita macam mana rupanya dan rasanya buah kelekok ni. Ada yang panggil "ceri Malaysia". Setahu aku, nama dbuah ni orang kampong aku panggil "KELEKOK"... tak tau la kot tempat lain orang panggil apa... apa nama saintifik dia, lagi la aku tak tau.

Pokok buah kelekok ni dulu banyak tumbuh kot tepi-tepi sungai. Tapi, dulu ada sepokok tumbuh kat belakang rumah mak aku. Pokok dia batang berduri, jadi tak buleh panjat la...kecuali la sapa-sapa yang kulit tebal tu... panjat la! Buah dia... macam dalam gambar tu la... kalu muda warna hijau... Dah masak ranum, jadi merah... merah menyala... kulit dia licin... merening jer... berkilat.... Rasa dia? Tak manis pon... payah nak jumpa yang manis. Yang tentunya, buah kelekok ni rasa dia kelat... tapi yang buleh jadi sedapnya kalu "melacuk" dengan air belacan. Ada yang cicah dengan garam. Tapi buleh jugak makan terus gitu jer...

Gambar ni aku amik sebab memang dah lama aku cari buah ni nak tunjuk kat anak-anak aku... dan juga tunjuk kat korang semua mana-mana yang tak tau... he he he he... tadi, kat kantin aku tengok ada buah ni... lupa nak tanya sapa yang bawak...



YANG NI BUAH APA PULAK? SAPA YANG TAU?

(nak tau buah ape? letak cursor atas gambar dan sila tengok kat status bar)


APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA