KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Ahad, 21 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA

Orang dok kalut pasal sambutan Hari Bapa... hmmm.. esok... ye ke esok? Agaknye la... aku x tau tarikhnya pun... aku tgk TV, dok promo pasal Hari Bapa ni... apa sebenarnya Hari Bapa ni... ye la, semua orang ada bapa... x kira la... panggil bapa ke, abah, ayah, pak, abi, abuya, baba, papa.... hmmm ape lagi ek gelaran untuk bapa ni... haaa... father... !!! Hanya Nabi Isa yang takdak bapa....
Aku... panggil ABAH... abah aku... YAHAYA... tu ha gambar dia kat atas...
aku tak tau mcm mana nak celebrate Hari Bapa ni dengan abah aku... abah ni... mmg aku respek habis la... aku btl2 kagum dgn dia... ssh la nak cari abah macam dia...
Seorang yang x banyak cakap, tapi tegas yang amat... susah nak tengok dia marah.. walaupun ada sedikit baran la... (macam mana tu ek)... Sabar dia... ya Allah... aku sendiri tak termampu nak buat macam dia... kesabarannya... tak pernah pun keluarkan kudratnya untuk menjentik sekalipun... hanya "deheman" dia... terasa seperti bergegar jantung... Tapi, abah ni sebenarnya seorang yang boleh kata kelakar juga... kelakar dengan cara dia la.... Dia nampak macam serius... kalu orang tak kenal dia, mgkin kata dia mcm tu... tapi, tak... ramah, kalu dah kenal... tak larat nak layan dia cakap... hi hi hi...........
Abah... bukan aku dan adik-beradik aku je yang panggil dia ABAH... kebanyakan anak-anak saudaranya (sepupu-sepupu aku la)... lebih mesra panggil dia abah... abah chik... tak ramai anak-anak sedaranya yang panggil dia "Pak Ndak" atau "Pak Chik"... lebih-lebih lagi anak-anak Mak Su aku... lebih hormatkan abah ini daripada abah dia orang sendiri... lebih mengikut kata abah ini, daripada abah dia orang sendiri... aku pun tak tau nape... tak kesah la tu.... bersopan juga... lebih mesra lagi...
Abah... anaknya cuma 6 orang.... tapi, anak-anak angkatnya... tak cukup jari tangan aku nak kira... sayangnya dia orang kepada abah ni... macam abah dia orang gak... nape ek?
Abah... bergolok-gadai kalau soal pendidikan... Aku harap dia bangga... dah banyak kali juga dia "keluar-masuk" universiti... merasa juga dia memakai jubah konvokesyen... Tahniah abah... walaupun skrol tu tidak tertulis nama abah sendiri, tapi semua skrol itu berbin dan berbintikan abah.... memang abah selayaknya turut memakai jubah konvo tu... abah memang layak... masih aku ingat lagi, abah bawa kami semua, bersusah payah ke konvokesyen adik dia di UPM (masa tu Universiti Pertanian Malaysia).. aku dapat lihat betapa gembira dan bangganya dia bila berpeluang untuk melihat adik dia sendiri menerima ijazah... kami adik beradik dibawanya sebagai pembakar semangat.... abah, abah berjaya bakar semangat kami itu... tapi, aku tahu, disudut hati kecil abah ada rasa keciwa dengan pak cik... tak apa lah abah, kami anak-anak abah kan ada....
Selesai satu-satunya adik dia yang berjaya menjejak kaki ke menara gading, abah berkira-kira tentang kami adik-beradik pulak... terima kasih abah.... sekarang, berkira-kira dengan anak-anak maksu pulak... dia buat seperti mana yang dibuatnya dengan kami adik-beradik, seperti anaknya sendiri... aku betul-betul bangga dengan abah...
Cucu-cucu... sana tokwan... sini tokwan... kejap-kejap tokwan... kejap-kejap tokwan... hi hi hi.. tokwan... cucu-cucu rapat betul dengan tokwan...
Hmmmm... antara kagum dan pelik... abah ada kemahiran berkomunikasi dengan haiwan... betul... tak tipu... lembu-lembu dia, kucing dia, beruk dia... ish... boleh ikut dan faham cakap dia... macam mana dia buat ha? apa ilmu dia ha? nape aku tak buleh buat tu macam dia buat? Bukan anak-anak dia dan anak-anak sedara dia je yang boleh dengat dan ikut dan menurut cakap dia.... haiwan-haiwan tu pun boleh dengar, boleh faham dan boleh akur cakap dia... aku respek la abah!
Hmmm... abah, tak ada kata-kata yang dapat aku nak gambarkan tentang diri abah... abah begitu sempurna bagi aku... pengorbananmu ku sanjung, doaku untuk mu tak kan putus... SELAMAT HARI BAPA, ABAH.....
Ni pun, abah aku juga. Menjadi abahku selepas dia mengizinkan aku mengambil anak perempuan kesayangan dia untuk menyambung zuriatnya.... hi hi hi... Seorang yang cukup berpegang kepada disiplin... al-maklumlah, dia bekas jurulatih askar melayu... semangat ketenteraan masih tebal dalam diri dia... jiwa askar...
Walaupun agak berbeza karektor dia dengan abah aku, dia tetap jadi abah aku...
juga... SELAMAT HARI BAPA, ABAH...

Eh eh.... hmmmm... aku? Wei... aku pun bapa gak! Aku pun abah gak! Kadang-kadang aku dok terfikir gak... hi hi hi... tak sangka, aku boleh jadi bapa gak....
Tapi, anak-anak aku... tak akan ada yang akan panggil BAPA.....

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA