KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Ahad, 15 Disember 2013

Sabtu, 21 September 2013

Khamis, 16 Mei 2013

Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru 2013

Isnin, 6 Mei 2013

BN MENANG LAGI DI BATU KURAU (4 - 0)

Dr Muhammad Amin Zakaria menang di Batu Kurau

Isnin, 29 April 2013

Calun BN N.07 DUN Batu Kurau

DR MUHAMAD AMIN BIN ZAKARIA





Selasa, 23 April 2013

PRU 13 - PERANG REPLIKA

Pilihan Raya Umum Kali ke 13 (PRU13) akan berlangsung tak lama lagi (5 Mei 2013). Calon-calon juga dah tahu sapa yang bertanding. Banyak juga kejutan tentang calon-calon ni. Biasa lah, memang ramai yang kecewa sebab ramai sangat yang teringin nak jadi calon YB.
Makanya, sebaik sahaja selesai Hari Penamaan Calon pada 20 April lepas, maka bermulalah perang (sememangnya pun dah lama berperang). Perang poster, perang mulut, perang kempen, perang replika. Tapi, bagi aku, untuk PRU13 ni, aku rasa macam lebih meriah daripada yang dahulu. Terutamanya perang replika.... seronok pulak bila tengok macam-macam replika yang dibina. Ini menunjukkan bahawa orang Malaysia memang kreatif. Tapinya pulak, balik-balik replika kapal terbang, helikopter, kereta meriam... lebih menjadi pilihan. Ada la juga yang lain-lain... tapi tak banyak sangat.












Sabtu, 13 April 2013

JAM CASIO AKU

Al kisahnya....
Ahad , 7 April lepas, aku dengan lima orang lagi kawan-kawan aku ke Ipoh atas satu urusan.... dengan hanya menaiki sebuah MPV kawan.... bermula daripada R&R Sungai Perak, jalan mula jem.... hinggalah dekat-dekat Terowong Menora...ada bas yang rosak.... patut ler jem.... selepas melepasi tol Jelapang, oleh kerana penat dan dah masuk waktu asar, kami singgah solat di surau tol tu...

Selepas selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke destinasi.... dan ketika di situlah baru aku perasan, Casio kesayangan aku yang sentiasa berada di lengan kiri aku tiada.... baru aku teringat, ketika nak berwuduk, aku buka dan letak di atas tempat wuduk.... padahal, kebiasaannya aku masukkan ke dalam poket.... perasaan kecewa waktu itu susah nak gambarkan.... aku pasrah, mungkin jodoh aku dengan Casio aku tu dah tak dak lagi.... apa nak kata lagi....

Dalam perjalanan balik, kami singgah dan aku bertanya kepada sorang cleaner di situ... tapi jawapan yang amat hampa... dan aku betul-betul pasrah yang jodoh kami sudah tak dak.... mungkin dia sudah bersama dengan jodoh yang baru... aku redha... nak kata apa lagi.... aku betul-betul rasa ralat....

Hampir seminggu.... petang Khamis, Tajul @ Datuk Bandar @ Joe Flywing, sahabat lepak aku... call... katanya ada berita gembira berkenaan dengan Casio tu.... mungkin ada lagi jodoh... rupanya dia dalam perjalanan ke Ipoh lagi dan singgah lagi di situ.... terdetik hatinya untuk bertanya dengan cleaner di situ... dan diberitahu bahawa Casio aku tu selamat berada bersama pegawai PLUS.... tapi malangnya pegawai tu keje shif pagi.... lalu nombor mobile aku ditinggalkan....

Jumaat 12April, sepanjang hari aku menunggu panggilan hangit tu... sampailah lepas solat Jumaat.... tapi hampa... dalam hati aku, sah dah tak dak jodoh. Tapi, dalam perjalanan nak hantar wife aku pi kerja... aku dapat panggilan hangit tu..... waaaaaa... hati aku kembali gumbira berbunga-bunga.... aku diminta datang untuk menuntut semula Casio kesayangan aku tu...

Terus aku ajak Tajul.... tapi dalam hati masih tak berapa yakin, mana tahu kot-kot bukan aku yang punya.... sesampai saja kat tol tu, aku terus bergegas ke pejabat PLUS dan bertemu dengan pegawai bernama Encik Afendi.... lalu aku ditunjukkan benda alah tu.... sah!!!!! Memang Casio aku.... rasa macam nak peluk je pegawai tu.... tapi nasib baik dia dok dalam..... aku bertanya sapa orangnya yang amat jujur dan baik hati, yang telah jumpa dan serahkan Casio tu kat dia....

Selepas mengucapkan beribu-ribu lemon terima kasih, aku keluar dan menuju ke bangunan surau itu untuk mencari minachi cleaner yang jumpa Casio aku tu...... eeeeeeeeeee.... kalu amoi, dah tentu aku pelok-pelok dia sebagai tanda gumbira aku.... dan tanda terima kasih aku.... hahahahahaha.... apa pun, aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kat dia, walaupun aku tengok dia macam terkejut.... sebagai tanda terima kasih aku, sedikut buah tangan yang aku dah beli siap-siap aku bagi kat dia bersama sedikit RM......

Alhamdulillah.... jodoh aku dengan Casio ji masih panjang.... sujud syukur kepada Mu Ya Allah....
Terima kasih kepada sahabat yang perihatin... Tajul dan Jaha...
Terima kasih Encik Afendi, pegawai PLUS....
Terima kasih minachi.... masih ada yang jujur dalam dunia ini...

Rabu, 10 April 2013

CERITA LAWAK : LEWAT 4 BULAN....

Kita senyum-senyum sikit pagi ni... sebelum pegi gantung bendera....

"Lewat 4 bulan"


Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami Saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya....... ...."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

???????????? ???????.. ......... .........

Jumaat, 5 April 2013

PILIHANRAYA UMUM KE 13 (PRU 13)

Parlimen telah dibubarkan pada 3 April 2013...

Khamis, 7 Mac 2013

CERITA LAWAK BUSUKKK...

Cerita yang aku postkan kat sini adalah satu cerita kelakar yang buat aku gelak tak henti-henti bila teringat. Walaupun takde kena-mengena dengan aku, tapi bila teringat dan terbayangkan cerita ni... memang aku gelak sorang-sorang.....

Ceritanya macam ni.... baca la sampai habis....


Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergimengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.

Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

ish x sopannya...nasib baik bapak mertua sporting...hahahahaha



Selasa, 26 Februari 2013

SOLAT.... DI MANA SAJA BILA DAH MASUK WAKTU...

Baru-baru ni ketika aku nak hantar anak aku balik ke asrama SMKA Kerian, Semanggol... ketika melalui jalan menuju ke asrama melalui tepi padang, aku terpandang ke sekumpulan pelajar lelaki yang kebiasannya sedang berlatih di padang tu.... kebiasaannya aku lewat sikit hantar Si Comey aku tu balik ke asrama... selepas Asar biasanya... tapi hari tu kebetulan sebelum Asar....

Mata aku terpandang ke arah padang... dan aku amat rasa tersentuh dengan apa yang aku lihat... mereka sedang berjemaah di pinggir padang dengan pakaian untuk bermain yang menutup aurat... Alhamdulillah... syukur dan bangga aku melihat apa yang sedang mereka lakukan... 

Solat... jangan ditangguhkan... apa lagi ditinggalkan.... sentiasa ingat di kepala aku pesanan ustaz dan juga mak abah aku.... Tapi, kadang-kadang aku sendiri terlewat juga.... 

Dan, aku rasa aku dah memilih tempat yang sesuai untuk anak aku ni... semoga apa yang aku lihat tadi, turut menjadi amalan anak aku... alhamdulillah... setakat ni alhamdulillah... semoga berterusan ye anak ku....




Rabu, 20 Februari 2013

HUJAN DAN AKU...

Dulu masa kecik-kecik, selalu ikut abah pegi ke bendang... yang pasti kena tolong abah bajak bendang.. Kat tepi bendang dah tentu juga ada tempat berlindung yang kami panggil "dango" (dangau).... Dango ni lah tempat nak berehat melepas lelah selepas penat mengerjakan bendang... Kalau panas, pergi ke situ... Kalau hujan pun pegi ke situ....

Waktu hujan, paling aku suka... suka memerhatikan air hujan yang meleleh dari atap rumbia jatuh ke tanah... Meleleh dan menitik... aku suka sangat... tak tau kenapa... sesuatu yang amat indah bagi aku... duduk dengan bertongkat dagu ke lutut... aku akan ralit memerhati lelehan dan jatuhan air hujan tu... indah sangat bila air tu meleleh di hujung atap nipah... bersinar macam berlian... lalu jatuh ke tanah... membuak kecil... indah juga....

Baru-baru ni, susasana melengung dan termenung seperti itu berlaku lagi kepada aku dikala hujan... tapi berbeza tempat dan suasana... kalau dulu di sebuah dango buruk, tapi hari tu di sebuah chalet yang cantik... hujan... aku melengung dan termenung... menunggu orang rumah siap mengemas bilik-bilik chalet... (kenapa aku tak tolong.... hihihihi... malas...!!)

Tititik-titik hujan yang jatuh terus menarik minat aku... teringat DSLR aku dalam kereta... Aku amik dan aku rakamkan detik-detik jatuhan air hujan tu.... wah!!! aku suka....

Tap... tap... tap!!! air hujan tu jatuh.....

Klik.. klik... klik... aku snap gambar....














Ahad, 10 Februari 2013

Cuti.... Dan kenduri...

Setiap kali cuti tentu je ada majlis kenduri kawin. Cuti memang sesuai untuk buat kenduri. Bukan saja kenduri kawin, macam-macam kenduri pun orang buat.
Dalam satu hari yang sama, kadang-kadang lebih daripada tiga kenduri yang dijemput. Tak semua jemputan dapat kita tunai.
Hari ni saja aku dapat 6 jemputan. Tapi cuma pegi 3 jemputan je. Jadilah daripada tak pegi langsung. Bila dah banyak, perut pun full. Kenduri pertama makan nasi... Bila pegi yang lain-lain, tak cari nasi lagi dah. Nasib baik trend sekarang turut sediakan alternatif hidangan lain...

Pekena cendol dan rojak buah....

Lepas tu pekena bihun sup pulak....

Gulai kawah dengan air asam... rugi kalu tak pekena jugak...
Yang ni kira special jugak.... Roti Arab... baru kali ni aku jumpa kat rumah kenduri...

Selasa, 15 Januari 2013

CHALET TERAPUNG SEGANTANG GARAM

 Pertama kali aku dengar nama tempat ni, SEGANTANG GARAM... rasa macam pelik jer. Bila kawan bagui tau yang kami nak pegi ke situ, ingatkan dia saja-saja buat lawak... rupa-rupanya memang betul ada nama tempat ni. Aku pun mula searcj kat internet.

Pada aku, tempat ni boleh dikatakan menarik juga. Tapi lebih sesuai untuk kaki-kaki pancing dan juga untuk bersantai-santai bersama kawan-kawan. Kalau nak datang dengan family yang ada anak-anak kecik tu, aku rasa kurang sesuai, sebab tak ada apa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak kecik. Nak mandi-mandi pun tak dak tempat. Tapi kalau nak relax dan bertenang daripada kesibukan kerja atau hiruk-pikuk bandar, tempat ni agak sesuai.





APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA