KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Isnin, 17 Mei 2010

SAMBUT HARI GURU... SELAMAT HARI JADI...

Hari ni sambutan hari guru di sekolah. Kebanyakan sekolah memang buat sambutan pada hari ni. Hari ni hari untuk cikgu-cikgu macam aku berseronok sendiri... syok sendiri... dari zaman berzaman... he he he he he...

Macam biasa, kalu ada saja hari istimewa, dah jadi trend pun, berderet-deretlah SMS yang masok ke HP. Terima kaseh kepada semua yang sudi menghabiskan kredit HP untuk wish kat aku. Mana yang sempat aku reply, aku reply... mana-mana yang tak dan tu, aku minta maap lah.

Hari ni, cikgu-cikgu sekolah aku pakat-pakat pakai baju batik baru. Aku? Tak upaya untuk aku bersama baju dengan korang. Aku minta maap. Apa nak buat... semuanya tak dan...

Hadiah? Aku masih dihati budak-budak... he he he he... walaupun aku tak nafikan saham dan merudum.... Masih tak cukup aku pondong hadiah-hadiah... walaupun kalu nak dibandingkan dengan jumlah SMS, amatlah jauh bezanya... Lebih banyak SMS daripada hadiah... hi hi hi hi... Terima kasih kawan-kawan... Terima kasih anak-anak murid aku... Terima kasih juga kepada mak bapak dia orang yang mungkin juga hampir-hampir bergolok-gadai nak sediakan hadiah-hadiah tu... aku simpati sebenarnya, tapi apa nak buat... rengekan anak-anak bikin lembek tengkok kita.... Aku memahaminya, kerana aku pun ada anak yang ada cikgu-cikgunya... walaupun abahnya ni pon cikgu gak....

Hadiah... ya... dalam banyak-banyak hadiah yang aku terima tahun ni... ada satu hadiah yang buat aku terkedu. Tobat aku terkedu bila aku bukanya. Hadiah harijadi aku yang terlewat... tapi mungkin belum aku terlewat untuk sedar.... Terima kasih kepada insan yang menyediakan hadiah ini....

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU, CIKGU...!


Aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU, CIKGU.... kepada diri aku sendiri... tahun ni, masuk tahun yang ke-20 tahun aku sebagai guru... pejam celik, pejam celik... rupanya dah lama aku jadi cikgu.... Aku rasa, memang dah sebati jiwa aku dengan bidang ni..

Selangkah demi selangkah aku menapak dalam bidang perguruan ni... setapak demi setapak aku menyelamkan diri aku dalam dunia kecikguan ni... Kalau ditanya tentang perasaan aku, aku akan bagi tahu semua orang yang aku berpuas-hati dengan apa yang telah aku buat dalam profesion ini... Kalau ditanya lagi perasaan aku, aku akan bagi tau juga yang aku sangat sayangkan bidang kerja aku ni, kalau ditanya lagi, aku akan bagi tau juga, yang aku dah terlalu banyak berkorban untuk nama CIKGU...

Mungkin kejayaan aku tidaklah sama macam kejayaan orang lain... tau pun kejayaan cikgu-cikgu dulu-dulu... mungkin juga pengalaman aku tidak sama dengan cikgu-cikgu lain... Tapi, kejayaan, pengalaman dan keseronokan aku selama ini, sukar nak aku gambarkan dengan kata-kata... apa yang aku tahu, aku akan terus jadi CIKGU walaupun kadang-kadang terasa juga untuk beralih arah.....

MANA PAYMENT AKU????

Masa mula-mula nak guna khidmat aku dulu, beria-ria pujuk aku. Berkali-kali talipon. Bertalu-talu mengirim kawan suruh pujuk aku untuk terima kerja tu... walaupun aku tak berapa sanggup. Ok la, demi kawan-kawan aku beralah. Aku terima. Aku nak berkawan. Aku tak mau hilang kawan. Walaupon aku sedar, aku akan ada musuh. Aku terima dan sanggup hadapi risiko itu. Cuma, aku minta apa yang digula-gulakan dan yang dijanjikan kepada aku, akan ditunaikan seperti yang dikata. Aku buat keja ni... aku tak mau rasa rugi... rugi duit.. rugi masa aku.... aku dah cakap tu awal-awal....
Tapi la ni.... mana dia? Keringat aku di kerah dan di perah? Kadang-kadang aku terpaksa mengutamakan yang ini daripada yang kebiasaan aku buat. Dulu siap bagi tau... jangan bimbang... peruntukan ada.. duit ada... bagi tau jer kalu nak guna... siap nak bagi bulanan... Habis tu... sekarang, mana dia? Aku sendiri pulak yang kena keluar dari poket sendiri... aku sendiri juga yang terpaksa korban itu ini... Tak kan la aku nak kena buat tebal muka naktanya selalu. Paham-paham sendiri laaaaa.... Mana ada kerja yang tak perlu modal... aku dah buat kerja korang, tak kan aku jugak yang nak kena keluar modal... Alasan,duit belum sampai... dah 2-3 bulan tak sampai.... Laaaa... kalu dah macam tu, tak payah la suruh aku buat kerja ni... Eh! Tak boleh ke dahulukan? Kalu aku sendiri boleh dahulukan, why not u???? Aaaahhhhhhhhhhhhhhh!!!! Alasan!!! Sekarang aku nak tanya juga...
MANA PAYMENT AKUUUUUUUUUUU????

Isnin, 10 Mei 2010

HANCUSSSSSS.....!!!!!

Hancusss lebussss.... harapan aku... peminat setia Man-U nak tengok Man-U juara EPL lagi... tapi nak wat camna... Si Chelsea dah belasah pulak Wigan 8 butir tanpa belas kasihan... ish ish ish.... Walopon Man-U belasah gak Stoke City 4 butir.... tak pa lah... tahun ni bagi je kat Chelsea dulu.... Tahniah la Chelsea....

Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU

Walaupun aku tau, mak aku tak kan menjengok internet, apa lagi menjengok blog ni, aku nak ucap gak:
SELAMAT HARI IBU....

Sabtu, 8 Mei 2010

BILA GURU TERTEKAN....

Innalillah..... Kesian! Itu yang dapat aku ucapkan.
Mungkinkah ada lagi guru yang akan jadi macam tu?


Isnin, 3 Mei 2010

JANGAN LA BUAT MACAM NI...





Inilah manusia yang dah lupa asal-usul... cakap ikut sedap mulut jer... Kalu ya pon dah tak suka atau malu nak bercakap dalam bahasa dan loghat sendiri, tapi jangan la cakap macam tu... tu dah kira jatuh menghina tu... mengutuk... menghina dan mengutuk bahasa sendiri umpama meludah kepada keturunan sendiri lah juga... hina sangat ker... atau tinggi sangat kah darjat dia... atau... atau apa-apa lagi lah..... Dah la macam menghina bahasa sendiri.... kutuk pulak orang yang masih berminat untuk mempertahankan dan menggunakan serta yang masih sayang dengan bahasa yang unik tu.... memperlekehkan orang... lekeh sangat ker...
Kalu bukan kita generasi baru ni tak mau nak guna bahasa tu... sapa lagi? Memang la keoriginalan bahasa yang asal tu dah tak dak lagi... asimilasi... dah ada perubahan... dah bercampur-campur... tapi bukan semua... banyak lagi tak hilang.. yang masih digunakan dan dicakap setiap hari.......
Tengok macam mamat sorang tu... sebab orang yang macam dialah yang menjadikan dan menyebabkan bahasa (loghat) kita ni seolah-olah semakin pupus... Nasib baik kami ada lagi.....





Sabtu, 1 Mei 2010

SELAMAT HARI PEKERJA - 1 MEI

Lamanya aku tak menjenguk blog aku ni... nasib baik la tak tumbuh lalang... bukan la tak jenguk langsung, jenguk, jenguk juga... cuma tak mengemas jer... tak update... bukan malas... bukan dah tak minat... bukan jugak tak dak cerita... cuma masa... masa yang aku terkejar-kejar dengan segala-galanya.... kadang-kadang, ada cerita yang nak aku kongsikan kat sini... tapi perlu aku utamakan yang lain dulu... ditangguhkan dulu cerita tu, konon-konon nak masukkan kemudian... last-last cerita pun dah jadi basi.... abaikan....

Tapi, aku masih ada masa dalam FB... ya, aku ada kat FB... sapa-sapa nak jumpa aku (he he he he....)... silalah ke FB aku... cari je useri.yus, insyaallah... aku ada di sana... tengok masa juga lah... bukan la sepanjang masa aku di situ.... melampau la....

Hari ni, 1 Mei.. cuti... Sabtu memang cuti pun... tapi sepesel untuk pekerja.. Cuti Hari Pekerja... ada juga yang sebut Hari Buruh... sama ke pekerja dan buruh? lantak la... Apa-apa pun, aku mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja... selamat bercuti... Agak-agak, ada tak berita baik hari ni ye? Mana la tau kan......
Bila sebut "buruh"... teringat pulak aku kat satu benda... yang dah lama aku tak jumpa... Sabun Cap Buruh... ada lagi ka sabun tu.... dulu, buat sental tangan yang berselaput dengan getah sekerap.... sental dengan sabun dan sabut.... Sabun serbaguna tu.... ha ha ha ha... buat mandi pun buleh... buat basuh kain pun buleh.... buat basuh basikal pun ye jugak....
Banyak dah sekarang ni... yang dulu ada, sekarang dah takde.... nanti,aku pun....

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA