KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Jumaat, 26 Jun 2009

ANUGERAH.....

25 Julai 2009 - Dewan MPT Kamunting... Aku adalah antara yang ramai-ramai yang telah sudi untuk diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008. Bermula jam 8.30 pagi kami telah ditempatkan dikerusi-kerusi yang telah sedia ditandakan dengan nama masing-masing... Anugerah kerana telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun lepas, 2008...
Hmmm... cemerlangkah aku...

betul ke... aku yang dapat...

layakkah aku... aku yang terima..

apa kata orang lain...

semua tu bermain-main dalam benak aku...

Ini bukan kali pertama aku terima anugerah ini. Pertama kali ku terima, 8 tahun yang lalu... Kalau betul aku layak... al-hamdulillah... syukur... aku bekerja ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa anugerah... dengan penuh ikhlas... sebagai menunaikan tanggungjawab yang telah aku persetujui ketika aku mula-mula menerima tanggungjawab sebagai seorang pendidik ini... Juga aku bekerja agar keluarga aku menerima rezki yang berkat dan halal... itu sahaja harapan aku.. Dengan anugerah ini, selain sekeping sijil, juga wang tunai RM1000 aku terima sebagai ganjaran. Hmmmm... apa yang aku nak buat dengan duit tu ye.... ???

Rabu, 24 Jun 2009

MUSIM DERIAN...

DURIAN... kita kata derian... orang kata Raja segala buah... sapa yang tak kenal buah durian. Sekarang ni, musim durian. Di sana sini ada orang jual buah durian. Musim durian, memang ditunggu-tunggu oleh orang-orang kampung... ye lah, sebagai pendapatan sampingan selain daripada pendapatan biasa di kampung.

Bila tiba je musim durian, kebun-kebun yang semak-samun jadi cerah lapaang... Pakat-pakat rajin menebas kebun. Moto-moto buruk yang dok tersadai kat bawah rumah, dibawa keluar, hantar ke bengkel untuk direpair. Golok diasah tajam selalu. Tapi, yang dok pulun buat semua tu, tetap orang tua kita jugak... yang dok setia di kampung.
Aku ingatlagi dulu-dulu... masa kecik-kecik dulu bila tiba musim durian... masa durian luruh la.. Bila nak kutip durian di kebun... kebun bukannya dekat... nuh jauh di bukit. Bukit! Buat dangau kat bukit... tido sana... lepas isyak, berderet pegi ke bukit, tido di dangau. Esok pagi-pagi, bangun awal, guna lampu suluh kutip durian, himpun. Lepas tu susun dalam bakul raga keranjang yang diletak atas pelantar basikal... menimbun... Nak bawak turun... keluar dari bukit tu.. huh! Siksa... Sorang jadi driver... sorang lagi kena ada jadi brake... tukang tarik basikal dari belakang, takut nanti basikal terlajak bila turun bukit... Kalu jalan elok, tak pe la... kalu jalan lecah... tayar basikal lak terlekat dalam selut... hu hu hu hu... lagi siksa... itu dulu la...
Sekarang ni, xde lagi dah macam tu. Semua dah guna moto. Kebanyakannya moto scrambler.... Bubuh bakul siam atas moto... (pernah masuh dalam Majalah 3) La ni, dah x payah lagi nak kena tido di bukit... Pagi-pagi lepas subuh dah buleh pergi dah....
Harga! Jadi isu ni... hi hi hi... Dulu... dulu la... bila habis je musim durian, orang kampung ni jadi kaya... mana tak kayanya... harga memang lumayan... sebijik sekurang-kurang RM5... Orang kata, asah golok pun dengan air teh.. hu hu hu... La ni? Huh! Malas nak cakap... kata abah tadi... dah x sampai RM4.... kira okey lagi la tu... harga sekarang... buah x brapa banyak mana... tapi... bila masa musim buah banyak tu... RM1 sebiji... bukan sebiji setangkai, sebiji 4-5 tangkai.... bawa turun dari bukit menimbun dalam raga siam... cuma buleh dapat tak sampai RM30... hu hu hu hu hu... letih la macam tu... apa-apa pun, tetap rezki...
Musim durian... buleh la nak tengok kreta-kreta besar, yang pelik-pelik dan yang x besa tengok dok masuk ke kampung... meriah... sedara-mara, sahabat handai, semua ada.... semua jadi kawan, semua jadi sedara... mari la... makan apa yang ada, setakat mana yang mampu...

DURIAN BATU KURAU... durian ni, kalu kita tengok, semua sama jer... ada duri, ada bau... tapi, rasa... tak sama... Durian Batu Kurau... durian bukit... sapa-sapa yang pernah rasa, dia tau la macam mana bezanya durian sini dengan tempat lain... tak kira la durian siam ka, balik pulau ka, segamat ka, bukit gantang ka, pahang ka... tak sama... lain rasanya... caye tak?



Isnin, 22 Jun 2009

BAPA AKU.... AKU BAPA

Tak tau macam mana nak aku kata... pagi semalam, kakak aku awal-awal lagi kol... biase lah, kakak aku tu, kalu bercakap... kalut je bunyi nye...
"tak balik ker?"
"nape... sat lagi nak balik gak"
"mu dok mana ni?"
"rumah mak la... balik la... abah demam... mak demam...."
GEDEBUM!!!!!!!!!
"ya ka.... teruk ke?"
"abah dah berapa hari demam... mak dok nampak macam tak larat lagi..."
LAAAAAAAAAA......
kenapa aku tak tau ni....
"xpa, sat lg abg balik... mmg nak balik pun"

aku rasa tak boleh duduk... ambik kunci keta, statt terus g rumah mak... sampai di rumah... tgk mak berjalan lesu...
"demam lagi ke mak?"
"tak demam deh... dok rasa tak larat jer... musim panas kot"
"abah mana?"
ku berjalan menuju dapur... abg bersila di pintu dapur belakang....
"mari la dok minum"
"abah macam mana... demam lagi ke?"
"hmmm.... demam ke apa, tak tahu lah... panas kot"
macam tu lah mak dan abh....
"dah pergi klinik ker?"
" gi dah, semalam... gi dengan pak ngah li"
Laaaaaaa.... napa tak bagi tau....
Bersalahnya aku rasa...
"Durian sapa tengok? Abah ke?"
"dak. Nasib baik angah ada lagi...."
Laaaaaaa.... ish....

Abah dan mak demam, aku tak tahu... patut la hati terasa nak balik jer... tapi, tu lah... asik tak sempat... asik tangguh nak balik.... walaupun bukannya jauh... ni lah jadinya...

Hmmm... macam mana pun... aku tak boleh lama ni... nak kena balik juga... dah janji dengan ayong pergi ke klinik... telinga masih sakit lagi...

Ahad, 21 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA

Orang dok kalut pasal sambutan Hari Bapa... hmmm.. esok... ye ke esok? Agaknye la... aku x tau tarikhnya pun... aku tgk TV, dok promo pasal Hari Bapa ni... apa sebenarnya Hari Bapa ni... ye la, semua orang ada bapa... x kira la... panggil bapa ke, abah, ayah, pak, abi, abuya, baba, papa.... hmmm ape lagi ek gelaran untuk bapa ni... haaa... father... !!! Hanya Nabi Isa yang takdak bapa....
Aku... panggil ABAH... abah aku... YAHAYA... tu ha gambar dia kat atas...
aku tak tau mcm mana nak celebrate Hari Bapa ni dengan abah aku... abah ni... mmg aku respek habis la... aku btl2 kagum dgn dia... ssh la nak cari abah macam dia...
Seorang yang x banyak cakap, tapi tegas yang amat... susah nak tengok dia marah.. walaupun ada sedikit baran la... (macam mana tu ek)... Sabar dia... ya Allah... aku sendiri tak termampu nak buat macam dia... kesabarannya... tak pernah pun keluarkan kudratnya untuk menjentik sekalipun... hanya "deheman" dia... terasa seperti bergegar jantung... Tapi, abah ni sebenarnya seorang yang boleh kata kelakar juga... kelakar dengan cara dia la.... Dia nampak macam serius... kalu orang tak kenal dia, mgkin kata dia mcm tu... tapi, tak... ramah, kalu dah kenal... tak larat nak layan dia cakap... hi hi hi...........
Abah... bukan aku dan adik-beradik aku je yang panggil dia ABAH... kebanyakan anak-anak saudaranya (sepupu-sepupu aku la)... lebih mesra panggil dia abah... abah chik... tak ramai anak-anak sedaranya yang panggil dia "Pak Ndak" atau "Pak Chik"... lebih-lebih lagi anak-anak Mak Su aku... lebih hormatkan abah ini daripada abah dia orang sendiri... lebih mengikut kata abah ini, daripada abah dia orang sendiri... aku pun tak tau nape... tak kesah la tu.... bersopan juga... lebih mesra lagi...
Abah... anaknya cuma 6 orang.... tapi, anak-anak angkatnya... tak cukup jari tangan aku nak kira... sayangnya dia orang kepada abah ni... macam abah dia orang gak... nape ek?
Abah... bergolok-gadai kalau soal pendidikan... Aku harap dia bangga... dah banyak kali juga dia "keluar-masuk" universiti... merasa juga dia memakai jubah konvokesyen... Tahniah abah... walaupun skrol tu tidak tertulis nama abah sendiri, tapi semua skrol itu berbin dan berbintikan abah.... memang abah selayaknya turut memakai jubah konvo tu... abah memang layak... masih aku ingat lagi, abah bawa kami semua, bersusah payah ke konvokesyen adik dia di UPM (masa tu Universiti Pertanian Malaysia).. aku dapat lihat betapa gembira dan bangganya dia bila berpeluang untuk melihat adik dia sendiri menerima ijazah... kami adik beradik dibawanya sebagai pembakar semangat.... abah, abah berjaya bakar semangat kami itu... tapi, aku tahu, disudut hati kecil abah ada rasa keciwa dengan pak cik... tak apa lah abah, kami anak-anak abah kan ada....
Selesai satu-satunya adik dia yang berjaya menjejak kaki ke menara gading, abah berkira-kira tentang kami adik-beradik pulak... terima kasih abah.... sekarang, berkira-kira dengan anak-anak maksu pulak... dia buat seperti mana yang dibuatnya dengan kami adik-beradik, seperti anaknya sendiri... aku betul-betul bangga dengan abah...
Cucu-cucu... sana tokwan... sini tokwan... kejap-kejap tokwan... kejap-kejap tokwan... hi hi hi.. tokwan... cucu-cucu rapat betul dengan tokwan...
Hmmmm... antara kagum dan pelik... abah ada kemahiran berkomunikasi dengan haiwan... betul... tak tipu... lembu-lembu dia, kucing dia, beruk dia... ish... boleh ikut dan faham cakap dia... macam mana dia buat ha? apa ilmu dia ha? nape aku tak buleh buat tu macam dia buat? Bukan anak-anak dia dan anak-anak sedara dia je yang boleh dengat dan ikut dan menurut cakap dia.... haiwan-haiwan tu pun boleh dengar, boleh faham dan boleh akur cakap dia... aku respek la abah!
Hmmm... abah, tak ada kata-kata yang dapat aku nak gambarkan tentang diri abah... abah begitu sempurna bagi aku... pengorbananmu ku sanjung, doaku untuk mu tak kan putus... SELAMAT HARI BAPA, ABAH.....
Ni pun, abah aku juga. Menjadi abahku selepas dia mengizinkan aku mengambil anak perempuan kesayangan dia untuk menyambung zuriatnya.... hi hi hi... Seorang yang cukup berpegang kepada disiplin... al-maklumlah, dia bekas jurulatih askar melayu... semangat ketenteraan masih tebal dalam diri dia... jiwa askar...
Walaupun agak berbeza karektor dia dengan abah aku, dia tetap jadi abah aku...
juga... SELAMAT HARI BAPA, ABAH...

Eh eh.... hmmmm... aku? Wei... aku pun bapa gak! Aku pun abah gak! Kadang-kadang aku dok terfikir gak... hi hi hi... tak sangka, aku boleh jadi bapa gak....
Tapi, anak-anak aku... tak akan ada yang akan panggil BAPA.....

Sabtu, 20 Jun 2009

12 SIFAT SAHABAT

Ku petik kata-kata sahabat....
  1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
  5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah. ALLAH HU ALAM

Ahad, 14 Jun 2009

PEJAM CELIK-PEJAM CELIK... DAH HABIS...

Pejam celik-pejam celik... rupa-rupanya dua minggu cuti dan berlalu... dah nak habis cuti... dah nak sekolah balik... ye ke???? ish... tak rasa pun macam cuti dua minggu... cuti pun tak rasa macam cuti jer... hmmmm... tak pe lah... sekurang-kurang, banyak juga perkara yang aku dah buat... tusyen, kenduri, tengok mak abah, keje sekolah anak-anak, masa dengan anak-anak, masa dengan Nor, keje-keje sekolah.... hmmmm... apa lagi ek... macam-macam la....
Rasa macam tak cukup masa je pulak... tapi... masa dok macam tu juga... datang dan pergi... tak pernah patah balik... tak pernah tunggu-tunggu... tak besa tangguh-tangguh... tapi, tu lah... terkejar-kejar ke sana sini... sedar-sedar... DAH HABIS masa...
Itu tentang masa... lum kira tentang FULUS... he he he... pejam celik... ke sana ke sini... tarik itu... tarik ini... hulur sana... hulur sini... sedar-sedar dah kempis... hu hu hu hu... tak pe lah... boleh cari lain... moga-moga semuanya berkat... akan bertambah lagi rezki... insyaallah...

Jumaat, 12 Jun 2009

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

  1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
  2. Sabar apabila mendapat kesulitan;
  3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
  4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
  5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
  6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
  7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
  8. Jangan usik dengan kekayaan orang;
  9. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
  10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
  11. Jangan tamak kepada harta;
  12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
  13. Jangan hancur karena kezaliman;
  14. Jangan goyah kerana fitnah;
  15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
  16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
  17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
  18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
  19. Jangan sakiti anak yatim;
  20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
  21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
  22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
  23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
  24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
  25. Biasakan shalat malam;
  26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
  27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
  28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
  29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
  30. Jangan marah berlebih-lebihan;
  31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
  32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
  33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
  34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak ! ; dapat dipenuhi;
  35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
  36. Jangan percaya ramalan manusia;
  37. Jangan terlampau takut miskin;
  38. Hormatilah setiap orang;
  39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
  40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
  41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
  42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
  43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
  44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
  45. Perbanyakkan silaturrahim;
  46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
  47. Bicaralah secukupnya;
  48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
  49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
  50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
  51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
  52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
  53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
  54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
  55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
  56. Cintai keluarga Nabi saw;
  57. &nbs! p; Jangan terlalu banyak hutang;
  58. Jangan terlampau mudah berjanji;
  59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
  60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
  61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
  62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
  63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
  64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
  65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
  66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
  67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
  68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
  69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
  70. Jangan melukai hati orang lain;
  71. Jangan membiasakan berkata dusta;
  72. Berlaku! lah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
  73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
  74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
  75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
  76. Jangan membuka aib orang lain;
  77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
  78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
  79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
  80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
  81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk ! agama,bangsa dan negara;
  82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
  83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
  84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
  85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
  86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
  87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
  88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
  89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
  90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
  91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
  92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
  93. &nbs! p; Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
  94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
  95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
  96. Jangan memaksa diri untuk m! elakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
  97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
  98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
  99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan ! jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Rabu, 10 Jun 2009

SENYUM....

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin,
yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.

Jumaat, 5 Jun 2009

SANTAPAN JIWA

Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : ' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'
Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.' Sabda Rasullullah S.A.W. : 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
'Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.' Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'
Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.
'Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'
Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu: 1. Dibebaskan dari api neraka. 2. Dibebaskan dari nifaq. Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A..W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'. Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.' Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.' Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. 7 perkara: 1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram). 2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.. 3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. 4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus. 5. Diringan baginya siksa kubur ( siksa yang sangat mengerikan). 6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath. 7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga. '
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.' Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).' Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah : 155)
************ ********* ********* ********* ********* ********* *** Kisah 2 Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU" Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud.
Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati : 1. Para Nabi 2. Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukan Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan : Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru , wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
************ ********* ********* ********* ********* ********* *** Kisah 3 Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga..
Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. "
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh org mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ke 7 tempat: 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." Telah bersabda Rasullullah S.A.W : "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya : 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.

Rabu, 3 Jun 2009

Meja Kerja Ku.........

Ini la meja kerja aku... berselerak... berserabut... ntah bila nak kemas... hu hu hu... bila kemas jer... x lama... bersepah balik...














Ni la tempat lepak aku.. tempat keje aku... tempat nak cari ilham aku... tempat yang ku rasa tenang, relax.... aman... walaupun serabut, bersepah... tu yang buat aku suke kot...(???)

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA