KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Isnin, 8 Februari 2010

AKU TERIMA SIAPA AJE...



Esok, 9 Februari 2010, satu tarikh yang ditungu-tunggu oleh semua rakyat Negeri Perak... aku kata semua, tapi mungkin jugak tak semua. Aku percaya, kalu dibuat tinjauan, aku rasa tentu ramai yang tak perasan pon dang mungkin tak tahu langsung apa yang akan berlaku esok bagi rakyat Negeri Perak. Aku....aku rasa aku ni seorang rakyat Perak yang prihatin jugalah. Walaupun aku bukanlah orang politik, sanggup turun padang dan berjuang untuk pihak-pihak tertentu, tapi aku banyak bergaul dengan golongan yang tu... Jadi, aku sendiri turut berasa bahana dan debarnya... apakah keputusan mahkamah esok... menyebelahi di pihak mana...
Bagi aku, kedua-dua ada kelebihan... kedua-dua ada kekurangan... itu dari pandangan mata aku sendir... yang tak pandai berpolitik... yang hanya kadang-kadang mengambil kesempatan atas platform politik (atau parti politik)... Cuma aku rasa cukup rimas dengan semua permainan politik yang aku tengok setiap hari... cukup-cukup rimas....
Bagi aku juga, apa saja perbalahan... apa saja perebutan yang berlaku di atas sana, semuanya merugikan rakyat... depa tu tadak rugi apa pon... Yang jadi susahnya... kitalah. Yang jadi kelam-kabut pon... kitalah juga. Yang jadi porak-peranda... kita-kita juga... Bermasam muka sesama kawan... putus sedara... putus sahabat.... putus segala-galanya... masing-masing nak pertahankan hak.... hak pemimpin... hak memimpin... habis... hak rakyatnya mana pulak? Ish... bodoh kot aku... tak reti pasal dunia politik... yang aku nampak cuma macam tu jer....
Apa-apa sekali pun, aku berdoa, esok akan ada satu keputusan yang terbaik bagi seluruh rakyat Negeri Perak... sebab aku anak Negeri Perak sejati (bukan asli)... Cuma, harapan aku lagi, kalu sapa-sapa pon yang menang (Zambry atau Nizar)... si balaci-balaci tu pulak, janganlah terlalu emosional... sebab tadi aku dah dengar di hujung-hujung cuping telinga aku... masing-masing dah rangka apa nak buat esok kalu depa menang.... nak pasang mercun la... bunga api la... nak berarak keliling kampong bawa bendera la... nak konvoi moto ramai-ramai... nak hon kuat-kuat dan panjang-panjang.... eeeeeeeeeeeeeeee.... sakit telinga aku dengar... tapi, apa yang boleh aku buat... aku cuma insan biasa... yang tak punya parti apa-apa... hu hu hu hu hu...
Esok... tengok je lah apa yang jadi... aku tetap berharap, semuanya jadi baik-baik... aku nak hidup kat bumi Perak ni dengan aman dan makmur (cewah!!!)...


Errrr.... macam mana aku buleh tulis macam ni malam ni ye? Ish!

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA