KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Selasa, 6 Oktober 2009

LEMBU......

Malam tadi, masa TT dengan kawan-kawan... ada satu cerita daripada sorang kawan ni.. biaselah, bila duduk lepak-lepak gitu, macam-macam cerita yang keluar... dan biasenye cerita-cerita yang merapu... tapi aku tertarik dengan cerita ini.... "mesin canggih"... tajuk dia... tajuk ni aku sendiri yang bagi la....


Ade sorang anak ni... pegi belajar kat oversea... nun, kat Amsterdam... kira anak yang pandai le ni... beberapa tahun dia dok sana... selepas beberapa lama di sana... dia pun balik la ke kampung halaman dia... oleh kerana dia ni balik dari oversea... ada la sikit perasaan ek dan belagak kat dia.. ya la.. style musti mau ada.. cerita musti mau hebat....

Jadi, pada satu hari tu... dia dok sembang la dengan bapak dia.. dok bercerita tentang kehebatan dan kecanggihan negara yang di dok tu dulu... tak habis-habis lagi dok cerita... sambil-sambil tu dok kata negara kita ni tak canggih... apa lagi kat kampung tu.... bapak pun naik muak dah.. tapi layan gak la...

"Bapak... bapak nak tahu dak.. di sana kan... ada satu alat yang canggih... saya tak besa lagi jumpa kat tempat lain. Alat tu kan, nak proses lembu. Kita cuma masukkan sekor lembu ke dalam alat tu, nanti siap keluar daging seketul siap proses.." anak bercerita dengan penuh semangat dan bangga...

Bapa cuma mendengar dengan penuh loya... Rasa nak termuntah pun semua ada masa tu...

"Huh! Tak la hebat sangat alat tu. Kalu setakat alat tu, yang ada kat rumah ni lagi hebat la," kata bapak dengan muka selamba...

"Ya ka bapak? Alat apa pulak tu?" anak bertanya dengan selamba jugak.

"Alat ni kalu hang nak tau.... masukkan seketul daging, keluar sekor lembu..." selamba lagi si bapak menjawab..

"Hah???? Ya ka bapak? Bapak ada ka alat tu....????"

"Hmmmmm... lama dah aku ada alat tu... sebelum hang ada lagi..."

"Mana alat tu pak? Saya nak tengok la..."

Dengan memuncungkan mulutnya bapak menunjukkan ke arah alat tu ke dapur. Si anak menjenguk-jenguk dan tercari-cari alat tu. Yang dia nampak hanya emak dia je tengah dok potong sayur...

"Mana dia pak? Ni mak la... "

"Tu la alatnya.... Aku masukkan kan daging aku...... ke dalam mak hang... tekan.. tekan.. tekan.... keluar dah lembu tu..." slow and steady je bapak tu bagi tau...

"Laaaaa.... pak, mak beranak lembu ka? Mana lembu tu la ni?" anak bertanya dengan pelik bercampur heran dan tak pecaya...

"Ni la "lembu" tu... yang dok berdiri depan aku... yang aku hantar ke oversea tu..."
.
.
.
.
.
. . . . .
................................


Moral of the story?????????
Sape nak tulong jawab.......




APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA