KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Khamis, 27 Disember 2012

Hitam Itu Menawan Bagi Aku


Semoga engkau dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik buat diri aku dan juga keluarga aku, seperti mana yang terdahulu.

Ahad, 16 Disember 2012

CUTI-CUTI... LANGKAWI


Akhirnya, tercapai juga hajat dan hasrat aku untuk membawa family aku ke Langkawi. Alhamdulillah, rezeki yang ada, masa yang ada dan diizinkan Allah swt, dapat juga aku menggembirakan hati insan-insan yang aku sayang. Walaupun mungkin tidak dapat memenuhi sepenuhnya, tapi aku dapat melihat kegembiraan dan kepuasan hati anak-anak dan isteri aku. Alhamdulillah.... syukur kepada Mu Ya Allah.

Khamis, 29 November 2012

TINGGAL KENANGAN.... FERRARI KU...

Tinggal kenangan... walau sayang macm mana pun... perlu dilepaskan juga... selama 11 tahun memberikan khidmat cemerlangnya kepada aku dan family.... tanpa banyak ragam... memang berbaloi-baloi.... kalau ada jodoh lagi, mungkin kita akan bersama lagi... mana tahu kan? Terima kasih yang tidak terhingga....

Selasa, 13 November 2012

Boring lak cuti ni. Baru je minggu pertama.. Ada beberapa minggu lagi cuti... Dah rasa ketagih lak nak mengajar ni... Nasib baik ada FB. Buleh gak aku mengajar kat FB lak. Online studies... Hehehehe...
Ok la. Aku rasa nak mengajar jografi... Walaupun sekolah rendah tak dak sebjek ni... Saja nak bagi jeneral knowledge kat kawan-kawan.... Baik lah... Kita belajar tentang musim. Kalu kat Eropah, ada 4 musim utama ye, yaitu musim panas, musim sejuk, musim luruh dan musim bunga. Di tempat kita pulak, khususnya di Tukugho ni... Pun sedang ada musim (khusus masa la ni)... yaitu:
1. Musim Coti
2. Musim Hujan
3. Musim Durian
4. Musim Kenuri
5. Musim Mengawan

Cukup la pelajaran jogerafi hari ni. Dalam bab lain, kita akan belaja pulak ciri-ciri musim yang kita belaja tadi...


Ahad, 11 November 2012

Cuti sekolah yang panjang dah pun mula. Macam-macam perancangan yang ada untuk sepanjang cuti sebulan setengah ni. macam-macam juga permintaan anak isteri. Dua perkara yang paling popular untuk masa cuti... tentunya kenduri kawin dan makan angin.
Bila macam ni, bajet sangat penting. bukan kecik anak belanja yang keluar. bagi yang plan awal-awal, ok la, tentu dah ada simpanan untuk itu. itu bagi yang mampu lah. Bagi yang tak mampu pun... ada sesetengahnye terpaksa juga buat-buat mampu dan memampukan diri... ye lah, nak amik hati anak bini, mgkin juga hati sedara mara... mungkin juga kesian... dan mungkin juga ada yang sebab nak menunjuk-nunjuk... aku rasa macam tu la... bukan yng orang lain rasa....
Makanya, apabila keadaan yang sedemikiannya berlaku, perbelanjaan akan jadi bertambah bila saja cuti sekolah... bukannya semakin berkurangan.. Ada perbelanjaan yang tidak mengikut perancangan.. Berbelanja sakan tahap rabun mata.... Dengan hati yang bangga dan lupa diri...
Bila balik dari bercuti... Seronok bercerita membeli itu dan ini... Melawat sana dan sini... Lapangnya dalam hati, dapat menggembirakan anak bini....
Hujung bulan nanti, yang juga merangkap hujung tahun... Mulalah tak tenteram diri... Ada lagi yang wajib di beli... Pakaian sekolah anak-anak... Buku-buku sekoLah anak-anak.... Tak kan la tak nak beli.... Tapi, duit dah habis dibuat joli... Melancung merata seluruh negeri...
Tak apa lah... Duit boleh dicari... Biar teruk badan dan kaki... Biar teruk kena berdiri mahupun berlari... Setahun hanya sekali nak joli....
Buka sekolah, nasib baik bonus diberi... Yang makan gaji... Bukan kerja sendiri... Boleh la juga membeli... Baju sekolah anak-anak sendiri... Nasib baik yuran pun dah free...
Bila nak daftar anak kat sekolah... Ada yang suruh anak pergi sendiri... Ada yang suruh isteri yang pergi... Atau pun datang berdua laki bini... Bising-bising kat sekolah, marah-marah cikgu dan cikgu... Kerajaan kata belajar dah free... Tapi kenapa cikgu kutip yuran lagi...
Macam tu lah bahananya cuti... Tu tak masuk lagi kisah kenduri... Kisah penyatuan dua hati... Dari berlainan negeri... Buat kenduri berhari-hari... Ada yang jemput datuk menteri... Ada yang datang naik Ferrari... Tak kurang juga yang naik Camry.... Lagi ramai naik kereta kongsi-kongsi... Tak kurang juga yang naik teksi... Bila dah kena jemput, kena lah datang walaupun dengan berlari...
Ermmmm... Apa yang aku cerita ni... Entah apa aku dok merepek ni... Tajuk pasal cuti... Melarat ke kenduri... Kalau taip suka-suka hati, macam ni lah jadi...
Cuti sekolah baru je satu hari... Lagi banyak hari mau mari... Apa pun aku tak plan lagi... Nak pegi dalam atau luar negeri... Semua tu tak dak lagi dalam hati... Sebabnya aku kena kerja lagi... Ada la beberapa hari.... Nama aku dalam jadual duty....Walaupun nama dah bercuti...
Aku tengok dalam FB aku tadi... Dah ramai kawan yang dah sampai luar negeri...ada juga yang balik kampung sendiri... Untuk bercuti dan makan kenduri... Ada yang balik lama, ada yang balik dua tiga hari... Ada jugak yang balik hari....
Dalam musim cuti sebegini... Biasanya, ramai juga yang mati... Terlibat dalam nahas ngeri... Kereta kenari dilenyek lori... Pejalan kaki kena langgar lari... Penunggang moto bertembung Myvi... Pengayuh basikal digesel Bugati.... Jadi di sini, aku nak mengingati... Yang naik kapal terbang mahu pun yang jalan kaki.... Sentiasalah berhati-hati... Tak kira di laut atau pun jalan mati... Jagalah diri sendiri... Gunakan akal, jangan ikut hati....
Yang makan angin mahu pun kenduri... Aku nak berpesan juga kepada semua dan diri sendiri... Kalau makan tu, jangan sampai lupa diri... Takut nanti ada yang darah tinggi... Takut nanti ada yang kena kerat kaki, paling kurang pun kena kerat jari... Akibat garam dan gula yang tinggi.... Bila makan tu nanti, biar habis jangan tinggal baki... Ambillah sepadan dengan perut sendiri... Jangan tamak, orang belakang ramai dok menanti...
Cuti baru satu hari... Aku pun tak pegi mana-mana lagi... Hari ni hujan sepanjang hari... Satu kenduri pun aku tak dan nak pegi tadi... Dok rumah tengok muka anak bini... Bila perut berbunyi, aku buka la Almari... Selera mari bila tengok ada kari... Yang dah diperangat dua tiga kali... Kari ikan keli... Cicah dengan roti benggali...
Sudah la tu untuk post kali ni... Saja merapu melayan jari... Dah lama aku tak update blog aku sendiri.... Semua ni, hanya aku syok sendiri... Sapa-sapa pun jangan amik hati... Daripada aku, Yusri....

Rabu, 24 Oktober 2012

Aidil Adha

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1] Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.....

Jumaat, 19 Oktober 2012

Selasa, 16 Oktober 2012

Kesan Makan Cili Berlebihan

Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas.

Ada pula yang suka memakan cili seperti memakan ulam. Amalan memakan cili ini tidak digalakkan dijadikan sebahagian daripada tabiat pemakanan harian terutamanya bagi golongan wanita.

Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.

Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :

Meningkatkan asid perut
Rasa pedas pada cili di makanan pedas itu sebenarnya berasal dari kombinasi asam. Jika masuk dalam sistem pencernaan, dimana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi, maka asam dalam masakan pedas akan menambah jumlah asid di perut.

Gangguan perut akut
Peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus-menerus akan mencetuskan gangguan lambung akut di lambung. Gejalanya mual, muntah-muntah, demam, diare, sakit kepala dan muntah.

Peradangan
Hal ini adalah kelanjutan dari gangguan lambung akut, yang menyebabkan perut terluka. Luka parah di perut ini membuat nanah muncul dan keluar dari luka tersebut.

Sukar tidur atau insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan menyebabkan keluarnya keringat. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.

Untuk menurunkan kadar asam lambung yang meningkat, maka pengambilan susu dan air kelapa muda akan membantu menurunkan, sehingga anda terhindar dari gangguan pencernaan.
 
Sumber: Yahoo

Sabtu, 13 Oktober 2012

BAJU MELAYU : ASAL USUL, JENIS & FALSAFAH

Asal Usul Baju Melayu
Dipercayai telah di gunakan sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) iaitu lebih kurang 700 tahun yang lalu. Mengikut catatan dalam Sejarah Melayu baginda menyarung Baju Melayu (dipakai cara sarung, lengkap destar. Tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin).

Jenis-jenis Baju Melayu
Dalam sejarah Melayu juga dikatakan bahawa Baju Melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar Melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah Baju Melayu seperti sekarang.


Falsafah Baju Melayu
Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 butir kancing. Ada pendapat mengatakan ini diambil sebagai lambang keharmonian rumah tangga, 2 butir di bahagian atas melambangkan ibu dan bapa dan 3 butir di bawahnya melambangkan anak-anak mereka.
Tetapi pendapat ini di sanggah oleh Azah Aziz atau lebih dikenali dengan Mak Engku. Beliau berpendapat bahawa tujuh butir untuk kalangan bangsawan atau raja di istana. Ini bersamaan juga dengan salah satu seni pusaka orang melayu itu sendiri iaitu keris. Dalam rekabentuk keris = berlok 3 – 11. Lok 11 ialah milik Sultan & Ratu, lok 9 (Pewaris), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja.

Falsafah Baju Melayu Dan Islam
Sesetengah Ulama Nusantara menyatakan bahawa falsafah Baju Melayu adalah selari dengan Agama Islam. Ini di buktikan dengan menyatakan bahawa:
- 5 butir kancing melambangkan rukun Islam yang lima,
- 4 butir kancing melambangkan syariat, hakikat, tarikat dan ma’rifat dan
- 3 butir pula ia membawa maksud Islam, Iman dan Ihsan.
Indah sungguh seni pusaka tinggalan nenek moyang kita orang Melayu, cukup indah, berseni dan mempunyai falsafah yang tersendiri. Masih banyak rahsia Baju Melayu yang masih boleh di ungkai seperti mengapa Baju Melayu Johor hanya satu butang? mengapa diadakan pula poket Baju Melayu yang sebelum ini tiada poket ketika zaman kesultanan Melayu terdahulu? Mengapa baju Melayu perlu dipakai dengan sampin?

Namun artikel ini sekadar memberi info serba sedikit tentang pusaka orang melayu agar kita bukan sahaja tidak lupa bahkan tidak akan malu untuk memakai atau mengenakannya. Hendaklah kita berbangga dengan asal keturunan kita.

# hari Jumaat adalah hari berbaju Melayu....

Jumaat, 12 Oktober 2012

Demam....

Sakit... demam... semua orang nak elakkan daripada dapat.... jaga makan, jaga kesihatan dan jaga serba-serbi supaya tak dapat sakit demam... tapi, kalu dah dia nak datang, jagalah sebaik mana pun, dia tetap akan datang... walau diri sekuat mana seklipun, walau imune badan sehebat mana pun, dia tetap akan datang juga..... itu semua kuasa Tuhan, kita hanya mampu merancang dengan menjaga kesihatan....

Dengan sakit ni, biasanya akan buat kita insaf, walaupun hanya untuk seketika.... masa tu lah kita akan terfikir macam-macam..... masa tu jugalah kita akan azam macam-macam.... itu baru demam yang sikit jer... kalau demam lagi teruk punya... lagi kuatlah fikirnya dan azamnya tu.... Tapi, sakit ni adalah ujian dari Allah... nak tengok hambaNya hadapi macam mana....

Aku... memang jarang dapat sakit atau demam... tapi, sekali sakit demam tu datang, memang teruk jugalah aku... sepanjang lebih 20 tahun aku bekerja... boleh aku kira berapa kali jer aku amik cuti sakit (MC)... ya, kadang-kadang tu memang ada juga rasa lemah dan badan tak sihat, tapi biasanya aku gagahkan juga pegi keje.... malas sangat aku nak amik cuti sakit.... mungkin juga sebab aku malas nak pegi ke klinik...

Bila ada kawan-kawan yang tau aku MC sebab demam, macam-macam ayat lawak jenaka antarabangsa dema yang keluar...
- "demam jugak mu akhirnya di?"
- "huduhnya orang tua demam..."
- "orang kuat macam hang ni pun boleh demam ka?"
- "wei.... betoi ka hang demam ni?"
- "abah amik MC???" - ni ayat daripada anak aku sendiri....
(sekurang-kurang, ku tahu... masih ada kawan-kawan yang ambik berat lagi tentang aku)

Pada aku, selagi kita bernama manusia.... bukan perkara mustahil kita akan mendapat sakit demam macam tu.. apa yang pasti, kita tetap juga kena jaga kesihatan.... kalau dapat sakit tu, itu ujian untuk kita... supaya kita akan sentiasa beringat... selalu berjaga-jaga... tidak terlalu leka dengan diri dan dunia....


Isnin, 8 Oktober 2012

Kerja Tinggi....

 
 
 


Kerja... dalam dunia ni macam-macam kerja yang boleh dibuat untuk mendapat rezeki sesuap nasi (tapi budak-budak la ni kata... dapat duit untuk topup pun jadi la...). Ada kerja yang susah... tapi dapat upahnya sikit.... ada juga kerja yang senang, tapi upahnya lumayan.... bergantung kepada kita lah....

Setiap satu kerja tu pulak, perlu ada kemahiran... bukan semua orang boleh dan mampu untuk buat sesuatu kerja, terutama yang perlu kepakaran yang istimewa....

Bila ku tengok keadaan seperti dalam gambar tu.... aku respek sangat kepada si pemanjat tu.... kerja nak tebang pokok supaya tidak merosakkan rumah di sebelahnya tu, bukan satu kerja yang senang... perlukan kemahiran, kepakaran dan kerja yang teliti.... kesabaran sudah tentu sangat perlu.....

Bila aku masukkan gambar-gambar tu dalam FB aku, ada sahabat yang memberi komen macam ni, "Kalau la dia belajar bebetul di sekolah dulu, garenti dia yang duduk di bawah....tunjuk-tunjuk je...."

Mungkin juga ada benarnya.... sudah menjadi kebiasaan orang-orang kita, apabila melihat orang yang bekerja macam tu, tentu dalam fikiran akan timbul ayat-ayat macam tu.... lumrahlah tu....

Tapi, bagi aku... kalaulah benar si pemanjat itu orangnya seperti itu.... itu adalah satu kelebihan kepada diri dia, kerana orang lain tak mampu pun nak buat seperti mana yang dia sedang buat.... agaknya sudah banyak mana la khidmat yang dia telah berikan.... sudah berapa banyak jasa yang dia buat... sudah berapa banyak nyawa yang dia telah selamatkan, dengan memperjudikan nyawa dia sendiri...

Kalaulah dulu dia belajar pandai-pandai... dan jadi macam orang yang di bawah tu... tunjuk-tunjuk dan arah-arah jer.... SAPA PULAK YANG NAK NAIK KAT ATAS TU???? NASIB BAIK DIA TAK BELAJAR BEBETUL...... hehehehehe.....

Rabu, 3 Oktober 2012

SAJAK UNTUK AKU

SAJAK UNTUK AKU

Dikala aku bersendiri, aku termenung,
Termenung akan nasibku ini,
Aku terfikir, mengapa aku jadi sebegini,
Menjadi seorang yang tidak berfungsi.

Aku memerlukan seorang teman,
Seorang teman yang bisa membimbingku ke jalan yang benar lagi lurus,
Aku berdoa,
Memohon kepada-Nya agar memberikan keinginanku itu.

Lantas aku memejamkan mataku,
Membisukan mulutku,
Aku berdoa melalui hatiku kepada-Nya,
Memohon keampunan dan petunjuk daripada-Nya.

Aku melihat bayanganku,
Aku terfikir, adakah dia ditugaskan untuk mengawasi segala tingkah lakuku,
Lalu, aku pergi ke tempat gelap untuk menghilangkan bayangku dari terus mengekoriku,
Namun aku terfikir, kegelapan inilah yang menggelapkan pandangan ku,
Menggelapkan mindaku,
Menggelapkan hati dan perasaanku,
Akhirnya, aku melangkah keluar dari kegelapan itu,
Melangkah menuju ke tempat sinar yang berdiri tegak di situ,
Aku menyedari diriku tidak lagi didustai dengan segala penipuan itu.

Aku bersyukur ke hadrat Illahi,
Kerana memberi kesempatan yang tidak dapat dirasai orang lain.



Sabtu, 29 September 2012

BELANJAWAN & BELANJA WANG

Semalam, selesai sudah PM Najib kita membentangkan Belanjawan (Bajet) untuk tahun 2013. Aku tak la dapat tengok semua semasa dia bentangkan bajet tu... tak larat aku nak dok cokoh depan tv tu nak tunggu sampai selesai....
Pada aku, bajet yang dia bentang kali ni kira ok la.... mana tak ok nya kalu dia dapat bagi bonus satu setengah bulan.... sapa yang tak suka? Tapi, secara keseluruhan, aku tak tau nak kata apa... aku tak pandai sangat nak buat penilaian... yang aku faham, ramai rakyat yang dapat manafaat daripada bajet tu... terutama sekali orang muda.... tak pa lah tu... aku gak tak dapat, walaupun jiwa aku masih muda, tapi umor dah tua bangka.... huwaaaaa!!!!! Melepas lagi aku.....
Walaupun orang kata ini bajet sebagai strategi untuk pilihanraya yang dah dekat tu, tapi bagi aku, tak kesah lah... asalkan yang dapat faedahnya rakyat jugak. Tapi, kalu jenis yang suka nak membangkang tu, biasalah... mesti ada saja yang tak kena jugak....
Ada baiknya pembangkang ni.... kalu depa tak bangkang... asyik menurut jer.... xdak la rakyat dapat nikmat yang macam ni... pada aku juga, inilah hasil daripada pembangkang... ini pendapat aku sorang la... tidak menyebelahi mana-mana pihak pun....
PM Najib ni pun bagus jugak... dia memang jaga kebajikan rakyat... seingat aku la, sejak dia pegang potfolio Menteri Pelajaran dulu, lepas tu Menteri Pertahanan.... sinonim sanat dia dengan "naik gaji".... jadi, sejak dia jadi PM ni pun, dah beberapa kali ada yang naik gaji walaupun bukan semua.... jadi, dalam tempoh tak sampai 5 tahun dia jadi PM, pada aku dah banyak kebajikan yang dia buat untuk rakyat.... kalau lebih lagi.... tentu lebih banyak yang rakyat dapat, kan???
Apa-apa pun... tunggulah nak dapat bonus nanti..... Nak buat apa dengan bonus tu ye????
I-Pad? Mark II? Alza? Ducati?
Hehehehehehehe....

Jumaat, 28 September 2012

Khamis, 27 September 2012

Pakai Cincin - Kaedahnya......



Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali, jika memakai cincin, pakailah di:

1. Jari manis
2. Jari kelingking

Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari tengah (jari hantu) dan jari telunjuk. Kenapa? Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut berhias. Kaum Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka kepada-Nya.

Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Bukan sahaja jari manis dipandang, malah dapat pahala pula.

Jumhur fuqaha' berpendapat ia adalah sunnah Nabi; Imam al Baihaqi dalam al Jami' menjelaskan ia adalah sunnah. Imam az Zuhri meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahwa Nabi bersabda,aku diperintah memakai kasut dan cincin (alQadhi dalam kitab libas wal zinah min assunnah hal.172) 

Bahan/logam pembuatan cincin 
Imam al Baihaqi: perak bagi lelaki dan emas bagi wanita. Dalil diharamkan emas bagi lelaki, HR Ibn Abbas meriwayatkan Nabi telah terlihat seorang lelaki memakan cincin mas, baginda mengambilnya dan melemparkannya. (HR Muslim) Logam-logam lain: Ibn Rajab al Hambali; makruh memakai cincin besi, tembaga dan tembaga merah. Harus memasukkan batu permata pada cincin; kecuali batu permata atau seumpamanya yang berkaitan dengan khurafat. 

Hukum membuat tulisan pada cincin. 
Imam al Baihaqi: harus menulis tulisan pada cincin kerana berdasarkan amalan Nabi saw yang membuat sebentuk cincin dr perak dan menulis kalimah Muhammad RasuluLlah.Ibn Umar, Imam Syafi'iy, para khalifah dan hakim menulis nama-nama mereka pada cincin merka. Imam Nawawi (alAzkar) harus menulis kalimah zikrullah atas cincin 

Hukum memakai beberapa bentuk cincin 
Imam al Baihaqi: tidak ada keterangan melarang amalan memakai cincin lebih daripada satu. Ia terpulang kepada adat, tempat dan kumpulan manusia

Mana lebih afdhal, pakai pada tangan kiri atau kanan? 
Al Baihaqi: Rasulullah saw dan seluruh para khulafa arrasyidin memakai pada tangan sebelah kiri. Namun ia menjadi khilaf fuqaha': Malik dan Syaf'iy: afdhal tangan kiri; Hanbali dan Hanafi: sebelah kanan. 

Imam Nawawi: (kitab: syarah sahih Muslim) Jumhur fuqaha' berpendapat harus pada jari kiri tetapi tiada makruh memakai pada jari kiri atau kanan. 

Pada jari manakah lebih afdhal? 
Imam Malik, Syafi'iy dan Hanbali: yang paling utama ialah jari kelingking, sesudah itu jari manis (al binsyir) 

Keutamaan memberi cincin sebagai hadiah 
Ibn Hajar asqalani (al Isti'dad): HR Aisyah menceritakan sebelum Allah memasukkan ahli syurga ke Syurga , Dia mengutus Malaikat yang membawa pakaian dan sesuatu hadiah; ditanyakan apakah hadiah itu. jawab Aisyah: 10 bentuk cincin

Menjadikan cincin sebagai sebahagaian daripada mahar (maskahwin) 
Ia harus dan menjadi sebahagian daripada adat umat Islam menjadikan cincin sebagai tanda pertunangan dan mahar, Ini menepati dengan firman Allah dan kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka (wanita yang dikahwini) dengan mahar yang banyak.: (maksud s An Nisa': 20)

# macam mana pulak kalau pakai cincin kat ibu jari???

Selasa, 25 September 2012

Pesta PSKPP Peringkat Negeri Perak

Pesta PSKPP Peringkat Negeri Perak tahun ni diadakan di Taiping... PPDLMS sebagai tuan rumah @ penganjur kejohanan kali ni.... Selama 3 hari (21 - 23 September 2012)....

Ada rakan guru yang bertanya, apa dia PSKPP tu? Ada yang biasa dengar, tapi tak tahu apa pun. Ada yang pertama kali dengar... Lagi la tak tau apa-apa... Ada juga yang biasa dengar, bila tiap-tiap tahun kena paksa bayar yuran....

Yang pasti, PSKPP ni bukanlah satu benda yang baru... sejak aku mula kerja 20 tahun dulu dah ada persatuan ni.... ada yang anggap persatuan ni persatuan kroni-kroni perkhidmatan pendidikan... emmm... mana tak nya... kebanyakan yang terlibat dalam penyertaan pasukan tu, telah ada senarai siap.... maksudnya, kalu seseorang tu nak jadi wakil pertandingan bolasepak contohnya, pemain-pemain tu dah ada senarai walaupun kita penat-penat turun sesi pemilihan... tapi, aku rasa tak semua permainan yang mcm tu.... ini bukan aku kata, orang lain la kata... sebab dia oran dah banyak kali terkena macam tu... katanya lah....

Satu lagi, dalam barisan kepimpinan peringkat negeri... contohnya dalam mesyuarat perwakilan baru-baru ni... ada hamba Allah yang sempat menyuarakan kepada aku (apabila dia tengok aku pakai tag "media" dan tahu aku ni penulis buletin). Selepas aku tanya adakah ada sesi pemilihan dalam mesyuarat ni, (aku tanya sebab mesyuarat tu cepat sangat habis).... dia jawab, mana ada pemilihan.... semua jawatan exco yang kat atas tu adalah lantikan daripada jabatan.... dan kebanyakan yang dilantik tu adalah terdiri daripada orang-orang jabatan sendiri.... berapa orang je daripada kalangan orang PPD atau Pengetua atau GB atau pun kakitangan sokongan..... jadi, apa-apa masalah, susah nak disuarakan jika ramai orang jabatan dalam barisan exco.... itulah lebih kurang yang dia kata....

Emmmm... aku pun tak berapa faham.... bagi aku, itulah politik dalam pendidikan.... agaknya.... yang aku tahu pasal PSKPP ni, hanyalah berkenaan dengan pertandingan permainan... dan kutip yuran... dan kalu tak cukup, guru-guru kena bagi sumbangan lagi secara paksa rela.... ishhhh!!!! kesian cikgu-cikgu, kan? 

Apa-apa pun, bagi aku... pesta PSKPP ni... aku boleh kata macam ni jer.... "YANG SERONOK ORANG LAIN.... YANG SUSAH ORANG LAIN..." faham-faham je lah....

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 20 September 2012

Ahad, 16 September 2012

Perhimpunan dan Perarakan Basikal Tua Terbesar di Malaysia




Tarikh : 16 September 2012
Tempat : Mydin Mall, Ayer Keroh, Melaka

Pihak Malaysian Book of Record (MBR) telah mengisytiharkan bahawa perhimpunan dan perarakan basikal tua yang diadakan di sini hari ini merupakan satu rekod baru dan mereka telah bersetuju untuk mengiktirafkannya.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 13 September 2012

Kenapa Aku Guna Blackberry.....

Mula-mula aku guna Blackberry (BB) dulu, sebab aku rasa aku suka je... xdak sebab lain pun... dan aku pilih BB Torch model 9800 sebab memang aku suka hp yang jenis slide ni... tapi aku bukan la terus beli... aku buat servey lama jugak sebelum beli....

Sejak aku guna BB, aku pun macam biasa explore apa saja kegunaan yang boleh dapat daripada BB tu.... lama-lama, aku rasa memang aku tak rugi beli dan guna BB... kenapa? Sebabnya...

1. BB ada pakej khas dengan semua penyedia talian... Maxis, Celcom, U-Mobile, Digi.... aku pilih guna Maxis punya... dan aku langgan pakej BB RM20 sebulan.... dan selama sebulan tu, aku boleh guna internet dengan mudah... laju pulak tu.... aku tak payah nak harap wifi lagi... JIMAT KAN?

2. BB ada aplikasi BBM.... aku dapat berhubung walau hanya dengan teks sahaja dengan kawan-kawan lain yang turut guna BB.... kira macam free je sebab dan langgan pakej BB Maxis yang RM20 tu.... jadi, aku dah jarang sangat topup.... JIMAT KAN?

3. BB juga boleh install aplikasi WhatsApp.... sama macam sms dan BBM.... kita boleh teks dengan kawan-kawan lain yang guna smartphone... walaupun hanya dengan teks dan tak boleh call (memang aku pun jarang buat call, tunggu orang yang call aku.... hehehehe) ..... jadi, aku tak perlu lagi selalu topup... JIMAT KAN?

4. BB memang sebetulnya sebuah smartphone yang berbeza dengan hp lain.... sapa dah guna, dia tau lah.... aku nak discribe kat sini tak reti pulak......

Jadi, aku sangat puas hati guna BB.....

Rabu, 12 September 2012

UPSR 2012


Tahun ni aku masih lagi kena mengajar subjek UPSR.... Bahasa Melayu... yang memeberi 2 A dalam keputusan.... segala apa ilmu yang ada pada aku, telah pun aku turunkan untuk anak-anak murid SK Sungai Jernih ni.... Tapi, hati aku tetap rasa terkilan dengan keputusan tahun lepas di sekolah lama... tak pernah-pernah BM Penulisan jadi "killer subject"..... memang aku frust sangat dengan keputusan tu.... bertambah rasa bersalah aku apabila Asyraf yang sepanjang aku mengajar dia, dia tak pernah dapat B dalam ujian... tapi, dalam keputusan sebenar, itulah satu-satunya subjek yang menghalang dia mendapat full A.... masih terbayang-bayang lagi Asyraf menangis teresak-esak dengan keputusan dia... Entah lah. Aku tak pasti sama ada sebab aku... atau pun sebab dia sendiri..... Harap-harap kali ini tak jadi macam tu lagi....

Sabtu, 8 September 2012

Selasa, 4 September 2012

MAKSUD DI SEBALIK PEMAKAIAN SAMPIN

Samping adalah sebahagian daripada baju melayu. Tanpa samping, tidak lengkap baju melayu seseorang lelaki. Hari yang paling ramai kita dapat lihat kaum lelaki memakai baju melayu dan bersamping adalah pada hari raya.




Tapi tahukah anda maksud disebalik cara pemakaian samping ? Adakah selama ini anda main pakai saja tanpa bermaksud apa-apa ? (Ya, selama ni aku main pakai saje samping). Lepas dah baca fakta di bawah, bagi yang dah beristeri, tentu isteri anda tak benarkan anda keluar rumah kalau anda memakai samping singkat. hehehe..


Rabu, 29 Ogos 2012

DUIT RAYA



Tahun ni, aku pun dapat duit raya... dah lama tak dapat duit raya.... Duit raya pertama daripada Ayong... terimakasih Ayong....

Selasa, 28 Ogos 2012

RAYA TAHUN NI... 2012

Raya tahun ni... banyak kelainan... anak-anak dah besar... perbelanjaan pun tak teruk sangat.... Ayong dan bantu walaupun bukan aku yang minta... Baju raya aku tu pun dia yang belikan awal-awal... Beraya di rumah lain... (rumah mertua...)... Beraya tanpa bapa mertua...


Rabu, 1 Ogos 2012

RAMADHAN AL MUBARAK 2012

Selamat menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat.... semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas...

Ahad, 3 Jun 2012

New Post

Jumaat, 11 Mei 2012

TUTORIAL PHOTOSHOP

Di sini saya kongsi sedikit tips dan juga panduan kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk bermain dengan Photoshop. Anda boleh klik pada senarai di bawah dan save...... percuma jer... ILMU UNTUK DIKONGSI.....

1. SAMPLE PHOTOSHOP STEP BY STEP
2.
PHOTOSHOP 7 INSTRUKTOR
3.
TUTORIAL ADOBE PHOTOSHOP V7
4.
TUTORIAL PHOTOSHOP BAHASA MALAYSIA
5.
TUTORIAL PHOTOSHOP 02
6.
CARA MEMASUKKAN FRAME GAMBAR
7. EFEK
S TEKS BERAPI
8.
KERTAS MELENGKUNG / TERSELAK
9. TEK
S ANIMASI
10.
TULISAN BERIMEJ

Khamis, 3 Mei 2012

BENGKEL MEMBINA BLOG HARI KE-2

Selama dua hari berbengkel bersama-sama dengan peserta-peserta yang terdiri daripada Juruteknik Komputer Sekolah dan juga Guru-guru ICT Zon Batu Kurau. Aku cuba memberikan semampu aku pendedahan untuk membina sebuah atau pun lebih blog. Dengan latar belakang yang kuat berkaitan dengan IT, peserta-peserta bengkel aku ni tidak memberikan banyak masalah kepada aku. Satu aku cakap dan aku terang.... sepuluh yang dia orang buleh buat. Sebenarnya, aku ni pun bukanlah mahir sangat pun... tapi cuma aku berkongsi setakat apa yang aku tahu...... inilah antara hasil-hasil daripada para peserta... kalu nak diikutkan... onjektif tercapai juak lah... walaupun tidak sepenuhnya..... tahniah kepada semua peserta... terimakasih juga kerana mampu menerima secebis ilmu daripada aku.....











APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA