KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Isnin, 29 April 2013

Calun BN N.07 DUN Batu Kurau

DR MUHAMAD AMIN BIN ZAKARIA





Selasa, 23 April 2013

PRU 13 - PERANG REPLIKA

Pilihan Raya Umum Kali ke 13 (PRU13) akan berlangsung tak lama lagi (5 Mei 2013). Calon-calon juga dah tahu sapa yang bertanding. Banyak juga kejutan tentang calon-calon ni. Biasa lah, memang ramai yang kecewa sebab ramai sangat yang teringin nak jadi calon YB.
Makanya, sebaik sahaja selesai Hari Penamaan Calon pada 20 April lepas, maka bermulalah perang (sememangnya pun dah lama berperang). Perang poster, perang mulut, perang kempen, perang replika. Tapi, bagi aku, untuk PRU13 ni, aku rasa macam lebih meriah daripada yang dahulu. Terutamanya perang replika.... seronok pulak bila tengok macam-macam replika yang dibina. Ini menunjukkan bahawa orang Malaysia memang kreatif. Tapinya pulak, balik-balik replika kapal terbang, helikopter, kereta meriam... lebih menjadi pilihan. Ada la juga yang lain-lain... tapi tak banyak sangat.












Sabtu, 13 April 2013

JAM CASIO AKU

Al kisahnya....
Ahad , 7 April lepas, aku dengan lima orang lagi kawan-kawan aku ke Ipoh atas satu urusan.... dengan hanya menaiki sebuah MPV kawan.... bermula daripada R&R Sungai Perak, jalan mula jem.... hinggalah dekat-dekat Terowong Menora...ada bas yang rosak.... patut ler jem.... selepas melepasi tol Jelapang, oleh kerana penat dan dah masuk waktu asar, kami singgah solat di surau tol tu...

Selepas selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke destinasi.... dan ketika di situlah baru aku perasan, Casio kesayangan aku yang sentiasa berada di lengan kiri aku tiada.... baru aku teringat, ketika nak berwuduk, aku buka dan letak di atas tempat wuduk.... padahal, kebiasaannya aku masukkan ke dalam poket.... perasaan kecewa waktu itu susah nak gambarkan.... aku pasrah, mungkin jodoh aku dengan Casio aku tu dah tak dak lagi.... apa nak kata lagi....

Dalam perjalanan balik, kami singgah dan aku bertanya kepada sorang cleaner di situ... tapi jawapan yang amat hampa... dan aku betul-betul pasrah yang jodoh kami sudah tak dak.... mungkin dia sudah bersama dengan jodoh yang baru... aku redha... nak kata apa lagi.... aku betul-betul rasa ralat....

Hampir seminggu.... petang Khamis, Tajul @ Datuk Bandar @ Joe Flywing, sahabat lepak aku... call... katanya ada berita gembira berkenaan dengan Casio tu.... mungkin ada lagi jodoh... rupanya dia dalam perjalanan ke Ipoh lagi dan singgah lagi di situ.... terdetik hatinya untuk bertanya dengan cleaner di situ... dan diberitahu bahawa Casio aku tu selamat berada bersama pegawai PLUS.... tapi malangnya pegawai tu keje shif pagi.... lalu nombor mobile aku ditinggalkan....

Jumaat 12April, sepanjang hari aku menunggu panggilan hangit tu... sampailah lepas solat Jumaat.... tapi hampa... dalam hati aku, sah dah tak dak jodoh. Tapi, dalam perjalanan nak hantar wife aku pi kerja... aku dapat panggilan hangit tu..... waaaaaa... hati aku kembali gumbira berbunga-bunga.... aku diminta datang untuk menuntut semula Casio kesayangan aku tu...

Terus aku ajak Tajul.... tapi dalam hati masih tak berapa yakin, mana tahu kot-kot bukan aku yang punya.... sesampai saja kat tol tu, aku terus bergegas ke pejabat PLUS dan bertemu dengan pegawai bernama Encik Afendi.... lalu aku ditunjukkan benda alah tu.... sah!!!!! Memang Casio aku.... rasa macam nak peluk je pegawai tu.... tapi nasib baik dia dok dalam..... aku bertanya sapa orangnya yang amat jujur dan baik hati, yang telah jumpa dan serahkan Casio tu kat dia....

Selepas mengucapkan beribu-ribu lemon terima kasih, aku keluar dan menuju ke bangunan surau itu untuk mencari minachi cleaner yang jumpa Casio aku tu...... eeeeeeeeeee.... kalu amoi, dah tentu aku pelok-pelok dia sebagai tanda gumbira aku.... dan tanda terima kasih aku.... hahahahahaha.... apa pun, aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kat dia, walaupun aku tengok dia macam terkejut.... sebagai tanda terima kasih aku, sedikut buah tangan yang aku dah beli siap-siap aku bagi kat dia bersama sedikit RM......

Alhamdulillah.... jodoh aku dengan Casio ji masih panjang.... sujud syukur kepada Mu Ya Allah....
Terima kasih kepada sahabat yang perihatin... Tajul dan Jaha...
Terima kasih Encik Afendi, pegawai PLUS....
Terima kasih minachi.... masih ada yang jujur dalam dunia ini...

Rabu, 10 April 2013

CERITA LAWAK : LEWAT 4 BULAN....

Kita senyum-senyum sikit pagi ni... sebelum pegi gantung bendera....

"Lewat 4 bulan"


Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami Saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya....... ...."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

???????????? ???????.. ......... .........

Jumaat, 5 April 2013

PILIHANRAYA UMUM KE 13 (PRU 13)

Parlimen telah dibubarkan pada 3 April 2013...

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA