KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Jumaat, 26 Februari 2010

Jumaat, 19 Februari 2010

PENAGIHKAH AKU?

Tanda-tanda "Ketagih Facebook":


  1. Facebook menjadi homepage di komputer anda. (Aku : tak buat macam ni pun)
  2. Mengemaskini Facebook lebih daripada 5 kali sehari. (Aku : ikut keadaan la...)
  3. Apabila berjauhan dengan komputer, anda akan menyemak Facebook melalui telefon bimbit anda. (Aku : kalu kredit hp aku cukup la....)
  4. Teman anda melebihi 500 orang walaupun sesetengahnya tidak anda kenali. (Aku : 50 orang pun tak sampai... hu hu hu hu)
  5. Anda akan mula rasa resah apabila tidak menyemak Facebook dalam sehari. (Aku : steady jer...)

Maknanya: aku belum jadi penagih la.......

Korang macam mana pulak?

Rabu, 17 Februari 2010

MUSIM PANAS... RUMAH JIRAN TERBAKAR

Sebuah rumah yang terletak di kawasan belakang SK Toh Sajak, dan hanya lebih kurang 50 meter jaraknya dari rumah mertua aku, terbakar petang tadi. Waktu aku sampai, semua dah hangus.






Selasa, 16 Februari 2010

Isnin, 15 Februari 2010

DENGAN FACEBOOK..... AKU JUMPA BALIK...

Sorang lagi sekutu baik aku masa kat maktab dulu... lama dah tak jumpa, last sekali masa aku dok kat Ampang dulu... besa juga la dia datang dan tumpang tido kat rumah sewa aku tu... tapi, lepas-lepas tu... terus senyap... dia senyap... aku senyap... tapi bukan saja-saja senyap.. senyap sebab pakat-pakat tak tau macam mana nak kontek... terputus hubungan. Ye la... masa tu tak dak lagi henpon macam la ni....

Selepas terjumpa dengan Olan, aku dapat nombor henpon Si Kadir ni... beberapa kali aku SMS kat dia, tapi tak berjawab pon... aku kol pon dia tak angkat. Tapi, ntah macam mana hari ni, lepas aku kol lagi, walaupon dia tak angkat, dia kol aku balik... memang dia tak perasan sapa aku daripada suara jer... lepas aku kenalkan diri, baru la dia gelak besar.... tercapai juga hajat aku selama ni....


Dan daripada Kadir juga, aku dapat kesan sorang lagi kawan aku. Kawan sebilik aku dari mula di maktab, sampai la habis maktab. Daripada bilik di rumah kedai di Jalan Wong Ah Jang depan stadium, hinggalah ke bilik di Bangunan Wisma Bolasepak Pahang... sama-sama susah... sama-sama senang... aku tadak duit je, dia lah tempat aku "pau"... ha ha ha ha ha.... Dia pon terkejut jugak bila aku kol dia... sora masih dok macam tu... rupa tak tau la pulak.... hi hi hi hi... Dua tahun lebih duduk sebilik.... Dah macam sedara....
Seronok sangat aku rasa bila dapat kontek balik dengan depa tiga orang ni... Banyak sangat kenangan aku dengan depa... Kalu dapat jumpa nanti... macam mana la agaknya ye... macam-macam nak cerita... Apa pon... antara kami ni, Kadir tetap juara... juara anak yang ramai... 6 orang, ramai tu bro!!!!! Harap-harap, satu hari nanti, kita buleh jumpa......
Psssssssssssssstttt.... kita jumpa kita-kita je tau!!!!
He he he he he he he.....

Ahad, 14 Februari 2010

PANAS! PANAS! PANAS!

Fuhhhhhh!!!!!!!!
Panasnya cuaca la ni kan? Menyenggau-nyenggau! Apa nak buat... dah musim panas la ni... bukan saja cuaca kat luar tu panas terik... dok dalam rumah pon panas... kipas memusing ligat (pusing renik).... tak tahan betol... makan pun tak berapa selera... asik pulun ke minum jer, sampai naik kembong perut dengan air... minum ais, sekejap je hilang dahaganya... minum air masak, tak puas pulak.... Malam-malam yang selalunye sejuk kedinginan, yang biasanya cukup selesa nak berdakap.... pun masih terasa hangat... mandi malam.. sat je lepas tu... hmmmm....

Itu bab cuaca... bab lain pon la ni panas-panas jugak... Macam-macam isu yang panas sekarang ni... kes-kes mahkamah... kes-kes politik... kes-kes sosial... macam-macam lagi lah... panas-panas belaka.... Memanglah dah musim panas, jadi semuanya pon panas-panas....

Bila cuaca panas... isu pon panas-panas.... hati kita pon kekadang turut terikut jadi panas... rasa nak marah... rasa nak radang... rasa meluat... semuanya ada jugak... pandai-pandai la kita sejukkan... Tapi, macam mana nak sejukkan? Ermmmmmm.... Entah lah....

Eh... pi mandi sungai best ni..... berendam macam badak berendam.....
Best kan???



Khamis, 11 Februari 2010

KALAU KREATIF...

Sesuatu benda atau perkara, mungkin pada pandangan orang lain, biasa jer... mungkin tadak apa-apa yang menarik pun. Pada pandangan orang lain pulak, mungkin dia nampak sesuatu itu cukup menarik.. lalu terpegun tanda kagum. Tak terfikir pun, bahawa apa yang dilihat itu, boleh dihasilkan sebegitu cantik dan indah dan cukup kreatif... walaupun ianya sebenarnya cukup mudah dan ringkas....

Aku tengok ni cantik.... korang tengok macam mana? Cuba teka, pebenda tu.....

Rabu, 10 Februari 2010

HAPPY BIRTHDAY AYONG...


Sorang lagi anak dara aku sambut besday... anak sulong aku...
HAPPY BIRTHDAY AYONG..
Rasanya inilah kali pertama Ayong sambut besday jauh dari abah, ibu dan adik-adik.
Abah harapkan Ayong sentiasa success dengan apa yang Ayong buat sekarang.
Abah dan ibu sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraan hidup Ayong.
Belajar berdikari... tapi jangan lupa diri... ingat selalu di mana kita berdiri.
Abah tau Ayong anak yang sangat baik... jagalah budi pekerti.
Abah tau Ayong anak yang solehah... ingat selalu jangan lupa ibadah.
SELAMAT HARI JADI AYONG.
daripada ABAH, IBU & ADIK-ADIK

Selasa, 9 Februari 2010

SAH! 5 - 0!!!!


Sah dah! Semua dapat tahu dah... 5 - 0... bukan keputusan perlawanan bolasepak.. tapi keputusan pihak mahkamah tentang siapa yang berhak menerajui kerajaan Negeri Perak. Atas apa alasan sekalipun, aku harap keputusan tu tak dipertikaikan lagi. Sudah-sudah lah! Aku dah tak larat lagi nak tengok perbalahan tu semua... Jadi-jadi lah! Cukup-cukuplah! Kepada yang menang, itu satu tanggungjawab yang korang perjuangkan selama ni. Bila dah dapat ni, jangan buat sewenang-wenangnya lagi. Ingat! Rakyat yang lebih berkuasa... rakyat yang akan tentukan hala tuju itu....

Sudah-sudah lah dengan perebutan dan perbalahan yang penuh dengan kutukan, cacian, maki-hamun, tuduh-menuduh.... terima sajalah... aku tak masuk mana-mana pehak... tapi aku dah tak larat nak tengok semua ni... haru-biru jadinya.. malu la kat orang lain nu....

Tahniah kepada Dato' Seri Zambry... Semoga Negeri Perak akan terus gemilang dan terbilang di bawah kepimpinan mu... jangan lupa... rakyat perlu didahulukan... MELAYU diutamakan... tak kira fahaman, tak kira idiologi... kita rakyat Perak....

Isnin, 8 Februari 2010

AKU TERIMA SIAPA AJE...



Esok, 9 Februari 2010, satu tarikh yang ditungu-tunggu oleh semua rakyat Negeri Perak... aku kata semua, tapi mungkin jugak tak semua. Aku percaya, kalu dibuat tinjauan, aku rasa tentu ramai yang tak perasan pon dang mungkin tak tahu langsung apa yang akan berlaku esok bagi rakyat Negeri Perak. Aku....aku rasa aku ni seorang rakyat Perak yang prihatin jugalah. Walaupun aku bukanlah orang politik, sanggup turun padang dan berjuang untuk pihak-pihak tertentu, tapi aku banyak bergaul dengan golongan yang tu... Jadi, aku sendiri turut berasa bahana dan debarnya... apakah keputusan mahkamah esok... menyebelahi di pihak mana...
Bagi aku, kedua-dua ada kelebihan... kedua-dua ada kekurangan... itu dari pandangan mata aku sendir... yang tak pandai berpolitik... yang hanya kadang-kadang mengambil kesempatan atas platform politik (atau parti politik)... Cuma aku rasa cukup rimas dengan semua permainan politik yang aku tengok setiap hari... cukup-cukup rimas....
Bagi aku juga, apa saja perbalahan... apa saja perebutan yang berlaku di atas sana, semuanya merugikan rakyat... depa tu tadak rugi apa pon... Yang jadi susahnya... kitalah. Yang jadi kelam-kabut pon... kitalah juga. Yang jadi porak-peranda... kita-kita juga... Bermasam muka sesama kawan... putus sedara... putus sahabat.... putus segala-galanya... masing-masing nak pertahankan hak.... hak pemimpin... hak memimpin... habis... hak rakyatnya mana pulak? Ish... bodoh kot aku... tak reti pasal dunia politik... yang aku nampak cuma macam tu jer....
Apa-apa sekali pun, aku berdoa, esok akan ada satu keputusan yang terbaik bagi seluruh rakyat Negeri Perak... sebab aku anak Negeri Perak sejati (bukan asli)... Cuma, harapan aku lagi, kalu sapa-sapa pon yang menang (Zambry atau Nizar)... si balaci-balaci tu pulak, janganlah terlalu emosional... sebab tadi aku dah dengar di hujung-hujung cuping telinga aku... masing-masing dah rangka apa nak buat esok kalu depa menang.... nak pasang mercun la... bunga api la... nak berarak keliling kampong bawa bendera la... nak konvoi moto ramai-ramai... nak hon kuat-kuat dan panjang-panjang.... eeeeeeeeeeeeeeee.... sakit telinga aku dengar... tapi, apa yang boleh aku buat... aku cuma insan biasa... yang tak punya parti apa-apa... hu hu hu hu hu...
Esok... tengok je lah apa yang jadi... aku tetap berharap, semuanya jadi baik-baik... aku nak hidup kat bumi Perak ni dengan aman dan makmur (cewah!!!)...


Errrr.... macam mana aku buleh tulis macam ni malam ni ye? Ish!

Ahad, 7 Februari 2010

BESA TENGOK???

Awan.... biasa kita tengok yang macam lain. Tapi awan yang ni, jadi lain...
Pelik kan? Tapi, ni la kuasa Allah... apa saja dia buleh buat...
Aku ni, memang suke tengok awan... Suke ambik gamba awan.. Tapi, gamba ni bukan aku yang ambik la... ada kawan yang hanta e-mail...
Seronok, sebab kadang-kadang awan ni "membentuk" sesuatu...
Sebelum ni, ada banyak juga koleksi awan aku, tapi dah hilang sebab laptop kena virus...
yang dalam CD plak, dah lekang... sayang betol....
Nanti nak kumpul balik...

Jumaat, 5 Februari 2010

BUAH KELEKOK


BUAH KELEKOK. Sapa tau macam mana buah kelekok! Sapa besa makan buah kelekok. Mungkin ramai yang tak tau macam mana buah kelekok ni. Dulu-dulu memang banyak jugak la pokoknya. La ni dah payah nak cari. Ada yang baya-baya aku pon tak besa dengar nama buah kelekok. Jenuh la nak cerita macam mana rupanya dan rasanya buah kelekok ni. Ada yang panggil "ceri Malaysia". Setahu aku, nama dbuah ni orang kampong aku panggil "KELEKOK"... tak tau la kot tempat lain orang panggil apa... apa nama saintifik dia, lagi la aku tak tau.

Pokok buah kelekok ni dulu banyak tumbuh kot tepi-tepi sungai. Tapi, dulu ada sepokok tumbuh kat belakang rumah mak aku. Pokok dia batang berduri, jadi tak buleh panjat la...kecuali la sapa-sapa yang kulit tebal tu... panjat la! Buah dia... macam dalam gambar tu la... kalu muda warna hijau... Dah masak ranum, jadi merah... merah menyala... kulit dia licin... merening jer... berkilat.... Rasa dia? Tak manis pon... payah nak jumpa yang manis. Yang tentunya, buah kelekok ni rasa dia kelat... tapi yang buleh jadi sedapnya kalu "melacuk" dengan air belacan. Ada yang cicah dengan garam. Tapi buleh jugak makan terus gitu jer...

Gambar ni aku amik sebab memang dah lama aku cari buah ni nak tunjuk kat anak-anak aku... dan juga tunjuk kat korang semua mana-mana yang tak tau... he he he he... tadi, kat kantin aku tengok ada buah ni... lupa nak tanya sapa yang bawak...



YANG NI BUAH APA PULAK? SAPA YANG TAU?

(nak tau buah ape? letak cursor atas gambar dan sila tengok kat status bar)


Selasa, 2 Februari 2010

20 YEARS AGO...

Lepas aku habis je maktab dulu... masing-masing bawa diri ke tempat-tempat posting... berpisah la dengan kawan-kawan yang juga masing-masing kepala tiga suku... dalam tempoh tu juga aku tercari-cari mana-mana kawan yang buleh... ada yang jumpa... ada yang tak dengar kabar berita langsung... ada yang dengar berita tapi tak jumpa-jumpa... tapi, ramai la yang lost kontek....
Tapi, dok takdok minggu lepas, aku cuba-cuba meraban merayap dalam Facebook... Hah! Sungguh aku tak sangka terjumpa kawan aku yang sorang ni... memang lama sangat dah aku cari dia... al-hamdulillah... muka dok macam tu gak lagi... cuma misai je tabal... tapi, perangai... huh! dok lagu tu jugak... he he he he he....
Bercerita kisah dulu-dulu... masa zaman belia dulu.. memang best! Buleh lagi ke nak balik ke zaman tu??? Kalu lah buleh... tapi tentu tak buleh.... dah tua, buat la cara tua, kan? Mana-mana kawan-kawan yang lain-lain tu, akuharap sangat dapat terjumpa dalam alam maya ni... kalu tak dapat jumpa berdepan pun tak pa... sekurang-kurang buleh jugak tahu perkembangan depa... aku pasti... ramai dah yang kembang... terutama yang pompuan-pompuan tu....

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA