KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Isnin, 31 Ogos 2009

MERDEKA DAN POSA...

Jarang-jarang kita dapat mengalami keadaan macam ni... sambutan merdeka negara kita dalam bulan posa... seingat-ingat aku dan 40 tahun hidup ni... baru kali ni lah.. tahun lepas hampir-hampir jer... Apa-apa pun sambutan tetap jugak diadakan.... cuma tak la yang hebat-hebat nye... Kat tempat aku ni... dibuat juga sambutan yang bermula selepas solat terawih kat Dataran Bangunan UMNO... sebelum detik countdown tu... ada la acara makan-makan kerang rebus... acara tak la sehebat mana, tapi mungkin boleh meninggalkan kesan yang mendalam kalau betul-betul menghayati... mungkin laaa.... Aku, terlibat secara langsung sebagai salah seorang tenaga kerja untuk menganjurkan program tu.... cuma sebagai pencacai jer.... apa-apa pun, SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA YANG KE-52....







Sabtu, 29 Ogos 2009

SIAP-SIAP NAK RAYA...

Posa baru seminggu... raya lagi tiga minggu... semua orang dah kalut pasal nak raya... Sapa yang tak suka raya kan? Tua muda, kecik besar, miskin kaya... semua orang nak raya... Bila bersiap-siap nak raya, bergantung la kepada kemampuan masing-masing... setakat mana yang mampu... tapi sederhana adalah yang semolek-moleknya... Jangan lepas raya, kita sendiri yang terok... biasa lah tu....
Bila nak raya jer... pakat-pakat dok pikir:
  • baju raya
  • kueh raya
  • duit raya
  • tiket bas nak balik kampung
  • servis keta nak balik kampung
  • kampung mana nak balik raya
  • cuti berapa lama
  • perhiasan rumah
  • zakat fitrah
  • .......................................

Errmmm... banyak jugak yang kena fikir... Raya punya pasal... Tu belum masuk dok fikir harga barang yang setiap kali nak raya... mestinya naik harga... barang tak dak stok... macam-macam lagi.... Itu bagi kebanyak orang lah... bukan semua orang yang fikirkan hal tu...

Macam aku ni... tak payah nak fikir sangat hal-hal nak balik kampung, pasal minyak kereta, pasal tiket bas, pasal berapa lama dapat cuti, pasal perhiasan rumah... tak dak! Aku tak fikir sangat pasal tu.... Apa yang aku fikir?????? Aku fikir hal ni tahun ni:

  • anak-anak aku nak pereksa
  • adik aku nak kenduri

Jumaat, 28 Ogos 2009

HUJAN DI BULAN POSA

Hari ni dah 6 hari kita posa. Dah 6 hari juga kita cuti. Cuti??? Hmmm... nama jer cuti, tapi macam tak cuti.... Sedar-sedar dah dekat nak habis cuti... Ya la... cuti-cuti pun kena duty... mana anak-anak yang dok kalut tusyen lagi... x per la tu...
Posa... pon tak sedar dah dekat seminggu... best gak posa macam ni... cuaca sejuk jer... ye la, hujan tiap-tiap hari... tak la terasa panas sangat... Kalu cuaca macam ni selalu setiap kali posa, bukan ka best, kan? Anak-anak pun tak merungut sangat... Bila cuaca sejuk macam ni, segala-galanya orang kata "cool" jer... Hati kita pun buleh "cool" jugak.... Kurang rasa penat... Seharian posa tak lah terasa sangat... Ini lah nikmatnya kurniaan Yang Maha Esa...
Hujan ni banyak rahmatnya, walaupun adakalanya hujan ni bawak bala... Selain kita posa dalam cuaca yang sejuk, dingin dan nyaman (hi hi hi hi hi....)... rezki kita pun jadi murah jugak... itu pada kita la... tapi tidak kepada yang berniaga di Pasar Ramadhan... Mana taknya, hujan setiap petang turun jer... Makanan yang depa jual tu tak berapa laku... HI hi hi hi hi... boleh beli 1 dapat 3... beli 3 dapat 5.... sedekah... depa kata... tapi, bagi depa... rugi lah yang depa dapat kan? Kesian jugak depa ye.... tapi, nak buat lagu mana.... Hujan kerja dia turun la, kan?
Tapi... ada satu lagi yang tak best nya bila jadi lagu ni... Aku dah terkena... rasa-rasanya memang dah terkena... Ya la... kuih-kuih tu depa juai tak habis petang ni... nak sedekah pun tak habis jugak... jadi, depa perabih la petang esok... Hmmm... ada jugak yang sanggup buat lagu tu... benda dah expired pun depa sanggup juai lagi no! Kita pulak, beli jer... Hah! Dapat yang masam basi la... kesian anak aku.... Jangan la buat lagu ni.... Tak baik di bulan posa ni pulak....

Isnin, 24 Ogos 2009

TERAWIH

Sebelum ni, aku ada post kat sini pasal Fadhilat Terawih... bukan apa, untuk renungan aku sendiri... sambil-sambil tu buleh jugak kongsi-kongsi dengan kawan-kawan... sekurang-kurang kita tahu apa fadhilatnya... tak kira la, kita sempat atau tak nak bertarawih...
Teringat balik terawih masa zaman budak-budak dulu... memang rasa cukup seronok... cukup meriah.. masa tu, memang buat penoh la... Yang seronok tu, bukan nye sebab bertarawih, tapi sebab morey (moreh) nya... hebat dulu... bukan macam la ni... siap macam kenduri lagi...
Macam biasa, ada giliran yang telah pihak surau aturkan... setiap rumah secara individu atau berkumpulan akan menyediakan atau menyumbangkan makanan untuk morey... tapi dulu, siap masak di surau tu... sebab tu aku kata macam kenduri... LPeas terawih, baru la morey dihidangkan... lepas morey tu... pakat-pakat la secara gotong royong basuh pinggan, mangkuk, periuk, belanga dan kawah yang ada... dah tengah malam baru la siap... seronok... sape yang penah rasa, tau la macam mana seronoknye tu...
La ni... jarang dah yang ada buat macam tu... walaupun ada lagi surau-surau lama, tapi penyediaan morey tu tak lagi macam dulu... semua nak kira senang. Sapa-sapa yang kena gilirannya, kumpul duit... order je ape-ape yang sesuai dan hantar ke surau atau masjid...
Lagi pun, kebanyakkan surau atau masjid la ni, selepas rakaat terawih yang ke-8, ramai yang berderu-deru keluar... balik atau singgah kedai kopi... tak tunggu lagi morey yang disediakan... yang dok tunggu tu hanyalah budak-budak dan juga orang-orang tua jer... kekadang tu, berlebihan pulak makanan morey tu...
Teringat juga aku dulu, lepas terawih dan morey... lepas basuh pinggan mangkuk, aku dengan kawan-kawan tido kat surau tu... bukan apa... nak tunggu pagi sikit... nak kejutkan orang kampung bangun sahur... hi hi hi hi... seronok la bab ni... sebab pe tau? Kita orang kejutkan orang kampung untuk bangun sahur dengan cara "katok kalok" (pukul kelantong)... dengan irama atau lagu yang tersendiri... awal-awal sebelum mula puasa, kami masing-masing cari kayu yang bagus untuk dijadikan pemukul.... sekarang ni... ada lagi ke macam tu?????
Hmmmm... banyaknya yang dah takdak sekarang ni.......

SEMENTARA TUNGGU BERBUKA...

Sementara dok tunggu masok waktu untuk berbuka posa ni... aku saja-saja jenguk blog ni lagi... bukan jengok apa pon... saja-saja jer... sambil-sambil tu, jengok pulak blog kawan-kawan lain... rameinya dok bercerita pasal bulan posa ni... lebih banyak kepada kenangan masa kecik-kecik dulu... Ya la... masa kecik-kecik dulu la seronok posa ni...

Kalu nak imbau balik kenangan, posa aku dulu... masa kecik-kecik dulu, kalu nak bandingkan dengan masa la ni... masa anak-anak aku la ni... memang jauh beza... lani kalu bab makan, sebut je nak makan pe... petang-petang pi la cari kat pasar ramadhan... dulu mana ada orang berjual kat pasar ramadhan... tak dak... Yang ada pon, ada la orang yang bukak gerai tepi jalan.. jual kuih-kuih...

Satu yang tak dapat lagi anak-anak aku tengok... dan juga anak-anak orang lain tengok.. jual air batu... la ni air batu buleh buat sendiri dalam peti ais.. tak pun, pi beli ice-cube je... Dulu, bila dekat-dekat nak posa, sebuk la cari peti atau kotak air botol, tak pon buat sendiri... nak buat apa? Nak buat jual air batu la...
Air batu kena pi ambik kat pekan Batu Kuro nu... jauh.. 5 batu.. naik basikal.. kayuh pi sana.. ambik air batu dari kedai cina.. bubuh dalam peti tu tadi, yang siap ada serbuk kayu... ya la, kalu tak boh serbuk kayu, cepat cair la... yang jadi mangsa, kedai papan Atai kat Kampong Jabi tu... habis serbuk kayu dia... he he he...
Dalam pukul 5 lebih tu... dah dengar dah budak-budak yang dok jual air batu, "Aissss! Aisss!".. melalak kuat-kuat... "Aisss!! Aiss!!"... rindu la nak dengar lagi yang macam tu... Jual air batu tu, bungkus pulak dalam daun keladi yang besar tu... habis la daun keladi kot tepi jalan....
Seronok la dulu-dulu......
Nanti sambung cerita bab terawih dan morey pulak....

BICARA TEMAN...

Aku terjumpa kata-kata ni dalam salah satu blog kawan-kawan aku... aku suka kata-kata ni...
SESUATU YANG BERLAKU, ADA HIKMAHNYA...
SESUATU YANG BENAR, TETAP BENARNYA...
SESUATU YANG SALAH, TETAP SALAHNYA...
YANG BENAR TIDAK BOLEH DISALAHKAN...
DAN YANG SALAH, TIDAK BOLEH DIBENARKAN...

Sabtu, 22 Ogos 2009

PANDUAN PUASA RAMADHAN

PUASA - makna yang paling mudah untuk kita faham ialah, "tidak makan dan tidak minum"... itu adalah pengertian yang cukup mudah... pengertian yang kita mulakan untuk mendidik anak-anak kecil kita yang baru mula nak belajar puasa. Tapi, puasa itu mempunyai pengertian yang lebih mendalam, bukan setakat tidak makan dan minum pada siang hari sahaja. "Tidak makan dan tidak minum di siang hari" hanyalah untuk memberikan pengertian kepada anak-anak, tetapi kita sebagai bapa atau ibu kepada anak-anak (atau pun mungkin boleh disebut kanak-kanak dewasa...), perlu mengetahui dengan lebih mendalam lagi pengertian puasa ini.
Cuba-cubalah kita fahaminya. Klik je kat sini... jom kita tengok, baca, faham & amal... insyaallah... http://www.sabah.org.my/solat/artikel/puasa/panduan_puasa_ramadhan.htm

FADHILAT TARAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Jumaat, 21 Ogos 2009

Khamis, 20 Ogos 2009

DAH NAK POSA....

Diam tak diam... dah nak posa lagi... Ramadhan datang lagi... rasa macam baru semalam atau minggu lepas je posa yg lalu... ni dah datang lagi... Ish!!!! BUkan tak suka... suka sangat... bulan yang penuh dengan keberkatan.. bulan yang memberi kita seribu pengajaran... itu pon kalu betol-betol kita menghayatinya...
Macam mana yang dikatakan "menghayati ramadhan" tu ye???? Yang aku nampak sekarang ni, orang asik dok kalut pasal ramadhan dan syawal... orang lebih pikir bulan syawal lagi, daripada ramadhan.... ye la... jarang sangat pon dengar orang dok sebut pasal terawih... pasal baca Quran.. pasal sedekah... Yang banyak dok dengar selalunya... orang dok sebut dan kalut pasal kuih raya, baju raya, nak balik raya... tiket bas... jalan raya, hantu raya... semua pasal raya jer... Aku kompius!!!
Kepada semua kengkawan, semoga kita betol-betol menghayati Ramadhan.....

Isnin, 17 Ogos 2009

MACAM-MACAM RASA....

Dalam hidup kita ni...
ada hari yang kita rasa cukup ceria dan seronok...
dan ada juga hari dan ketikanya kita rasakan hari-hari tu, kosong jer...
membosankan yang amat sangat...
ada juga hari dan ketikanya, kita rasakan macam 24jam sahari tu macam tak cukup,
rasa macam nak tambah jam...
kadang-kadang rasa nak siang tu lama sikit daripada biasa...
kadang-kadang rasa pulak malam tu diharapkan lebih panjang daripada biasa,
kadang-kadang juga biarlah masa tu tak berubah lagi....
kadang-kadang jugak kita rasa nak pergi balik masa yang dah lepas...


Dalam hidup kita ni...
suka, duka....
seronok, nestapa...
sihat, sakit...
senang, susah...
muda, tua...
sekejap, lama...
cantik, lawa...
dan apa-apa lagi...
silih berganti datang kat kita.....

Dalam hidup kita...
Ada orang yang boleh paham kita... walaupon baru kenal..
Ada orang yang boleh ikut kita.. walaupon tak tahu kita sapa..
Ada orang yang boleh sayang kita.. walaupon kita tak seelok mana...

Dalam hidup kita...
Macam-macam yang ada...
Pandai-pandai la kita urus...
Kita sendiri yang bentuk...
Kita sendiri yang ukir semolek-moleknya..
Boleh ke orang lain yang nak tentukan hidup kita?
Atau, boleh ke kita yang nak tentukan hidup orang?

Khamis, 13 Ogos 2009

LAMA TAK JUMPA...

Dia ni boleh dikatakan kawan baik aku jugak la masa dok sekolah asrama dulu, di Ipoh. Duduk sebilik, berkongsi satu katil dua tingkat. Tapi dia ni senior sikit dari aku. Memang baik dia ni. Lepas habis sekolah di Ipoh tu, kami dah lost contact. Tak terfikir pun nak terjumpa lagi. Malam kelmarin, aku saja ikut member pegi ke satu program politik la. Saje-saje nak menjengok dan mendengar isu politik semasa. Kebetulan yang diwar-warkan datang sama, YB Dato' Sri Khir Toyo... alaaa... bekas MB Selangor dulu... sekarang dah jadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Negeri di Selangor... kena gantung lagi dari Dewan tu... hi hi hi... Ish! Bukan nak cerita pasai dia la...

Pasai kawan aku tadi. Bila aku sampai, program dah pon mula. Ku nampak sorang pemidato dengan penuh semangat tengah dok berucap. Dari jauh ku nampak dia ni macam ku kenal... Ku dengar sampai habis la... berapi-api... berasap-asap... bergegar-gegar... Tapi kesian gak ku tengok. Dia punya bersemangat berucap sampai nak terkeluar anak tekak... tapi orang ramai buleh dok gelak!!!!! Kesiannnn......

Bila dia habis berpidato (melalak kot)... juru acara pun sebut nama dia, "Terima kasih kepada Saudara Abdul Halim Tuah bin Rahmat.....". Hah! Sah. Kawan aku. Lama tak jumpa. Aku mesti jumpa dia. Mesti cari peluang nak jumpa. Pendek cerita, masa aku dok belakang dewan, dia keluar, terusaku panggil nama dia. Rupanya dia pun masih kenal dia. Hebat dah dia. Jadi pemidato dah. Dulu kat sekolah pun dia memang pandai pidato. Kerja sendiri katanya. Baguslah. Soalan biasa bila jumpa kawan lama... "anak berapa orang?"... dia tanya aku dulu... aku jawab la.. lepas tu, aku tak dan tanya, dia jawab sendiri, "anak aku 7 orang, dengan dua isteri...". Hah!!!???? Hebat hang.... Dah rezki dan jodoh...... hi hi hi hi.... (Ni la penyakit H1W2)...

Ahad, 9 Ogos 2009

LAYAN JERR....

Minggu lepas, masa kat Pangkor, sempat la juga aku tunggu tengok sunset... Aku memang suka tengok sunset ni... Ntah la... aku rasa tenang setiap kali dapat tengok sunset ni... Tambahan pula sunset yang kat tepi laut macam ni... Tapi, aku ingat lagi pesan sorang tok guru aku, waktu-waktu macam ni, tak elok dok tepi laut macam ni... banyak benda-benda yang tak elok dok berkeliaran... Tak pe la... bukan nak dok lama pon... sat jer... Bleh snap mana-mana yang aku nak... pastu balik le ke hotel....
Oleh kerana masa yang amat singkat aku di Pangkor kali ni, hanya sepetang je yang ada... aku pun gagahkan jugak diri aku bangun dari katil yang tak serupa macam katil kat rumah aku tu.. untuk merakamkan pemandangan yang bagi aku Maha Indah ni... Bagi aku, amat rugi kalu aku tak rakam... Bukan untuk apa pon, cuma sekadar untuk koleksi aku sendiri... dah banyak juga yang aku simpan... yang jadi koleksi aku... tapi tak lah secantik macam jurugambar pro tu....

Asalnya... tak lah molek setara mana pon gambar-gambar ni... tapi aku touch up sikit-sikit ler dengan Photoshop.... bagi nampak molek sikit jer... bukan pro pun kan???? Janji... hati aku rasa puas....


Hajat aku, satu hari nanti kalu ada rezki... nak ambik gambar matahari terbit dari puncak Gunung Kinabalu.....


Selasa, 4 Ogos 2009

DEMAM... TAK LARAT...

Semalam dan hari ni, aku meneruskan lagi kursus yang perlu aku & the gang habiskan. Ambilan 5 untuk SJKC dan Ambilan 6 untuk SJKT... hari dan selesai... lega rasanya... bukan ape, terus terang la cakap... dah boring le pulak... hi hi hi... asik nak bercakap benda yang sama jer... walaupun pendengarnya tak sama... kali ni, aku tak nak la cerita pasal kursus tu lagi... takde benda yang menarik sangat pun....

Semalam, aku rasa tak berapa sihat... kena pulak dok dalam ekon... lagi la.. kalu selsema ni, dok pulak dalam ekon... paham-paham je lah... tak tau la aku, sama ada aku dijangkiti... atau aku yang menjangkitkan virus selsema ni... debab dan comey dan 2-3 hari bersilih-ganti tak pergi sekolah... melarat pulak kat ayong... nor pun dah ada tanda-tanda tu... hari semalam, aku pulak... balik jer ke rumah, aku terus je landing... lena.. tak larat sangat dah... hidung rasa kembang kempis jer.. rasa macam besar je hidung ni... tersumbat... pukul 8 lebih baru la aku bangun untuk solat maghrib... lepas tu... binggggggg.... sambung lena lagi.... hmmm... telinga dok dengar depa dok bising-bising... aku tak kira dah... lantak lah depa... aku tak kesah dah... aku nak lena... hanyuttttttttt.... sedar-sedar, jam dah pukul 4.30 pagi... isyak aku belum lagi....

Dalam kepala aku ni, pagi ni... macam nak ponteng jer... tak larat sungguh rasanya nak pergi... tapi, "ku gagahkan jua diriku untuk melaksanakan tanggungjawab ku"... cewah!! Nasib baik la hari ni ku tak perlu nak bercakap banyak.... ye la... semalam untuk SJKC... Tan yang banyak ambik alih... hari ni pulak, SJKT, Loga yang ambik semua... lega la sikit....

Demam... aku demam, anak-anak aku pun demam... sepupu aku pun tengah kritikal... Abang Rasyid... masuk wad... suspek H1N1.... tapi, keputusan ujian darah belom tau lagi.... harap-harap tak lah... walaupun dia tenat....


ESOK.... back to school... kembali ke sekolah... aku tak tahu apa pulak kerja yang sedang tunggu aku....


Ahad, 2 Ogos 2009

INFLUENZA H1N1... JANGAN BUAT MUDAH...


Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 2 Ogos 2009

Pada 2 Ogos 2009 sejumlah 39 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 2 kematian dilaporkan. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Daripada 39 kes yang dilaporkan hari ini, 35 merupakan kejadian dari 8 kluster baru dan 4 kes sporadik atau terpencil.
Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 2 Ogos 2009 adalah sebanyak 1,429 kes dengan 6 kematian. Daripada 1,429 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (40%) merupakan kes import dan 855 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,394 kes (98%) telah sembuh, hanya 19 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sepuluh (10) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.
Terdapat sebanyak 8 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, di mana 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(2) dan imuniti rendah(2).
Maklumat berkaitan dengan kes kematian ke-enam, kes adalah seorang budak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 29 Julai 2009 dengan symptom demam selama 1 hari. Tiada simptom batuk dan lain-lain tanda-tanda gangguan pernafasan. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pada 30 Julai 2009. Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 11.00 pagi 1 Ogos 2009. Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30pagi 2 Ogos 2009 semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi.
Maklumat berkaitan 8 kluster baru influenza A(H1N1) adalah seperti di Lampiran 1. Manakala 4 kes sporadik, terdiri daripada 2 kes kematian, seorang wanita hamil 7 bulan, dan seorang pesakit luar.
Merujuk kepada situasi global, sehingga 2 Ogos 2009, sejumlah 183,826 kes dengan 1,301 kematian telah dilaporkan daripada 167 negara. Peningkatan sebanyak 940 kes dengan 95 kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Pertambahan negara adalah Channel Island dan Moldova.
Bagi memastikan rawatan awal dengan antiviral influenza dapat diberikan dengan segera bagi mereka yang berisiko tinggi dan menunjukkan simptom-simptom jangkitan influenza, Kementerian Kesihatan telah membuat ketetapan dengan serta-merta seperti berikut;
bahawa semua kes-kes yang mempunyai simptom jangkitan influenza serta mempunyai faktor risiko(mengandung, obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetik dan golong imuniti rendah), hendaklah diberi rawatan antiviral influenza sertamerta tanpa perlu membuat ujian pengesahan influenza A(H1N1). Ini adalah untuk kes-kes yang dikesan dalam masa 48 jam selepas onset.
Ujian pengesahan jangkitan influenza hanya perlu untuk kes-kes yang dirawat di hospital.
Bagi pelajar sekolah termasuk institusi pengajian tinggi adalah diingatkan bahawa mereka yang bersimptom hendaklah mengelakkan diri daripada menghadiri kelas atau kuliah termasuk aktiviti berkumpulan. Mereka hanya dibenarkan menghadiri aktiviti-aktiviti ini selepas 1 hari bebas simptom jangkitan influenza A(H1N1).
Maklumat semasa Influenza A (H1N1) termasuk aktiviti pencegahan boleh didapati melalui laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my ataupun melalui Talian Hotline influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan 0388810200 dan 0388810300 yang beroperasi antara 8.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am.
Kementerian Kesihatan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, penularan influenza A(H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua.
Sekian dan terima kasih
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 2 Ogos2009
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN H1N1: http://h1n1.moh.gov.my/

PENYAKIT BERJANGKIT....

Sana sini la ni orang dok cerita pasal penyakit ni... Pakat-pakat dok takut dengan penyakit ni.. mudah berjangkit... Tapi, yang takot pun, kaum-kaum Hawa jer... kaum sejenis aku senyum lebar je... tak pun senyum sinis... Mungkin jugak ada yang senyum dengki...

Kalau dalam paper dan TV dok heboh pasal penyakit yang satu ni.. H1N1... yang aku kata ni pulak bukan la penyakit tu... tapi penyakit lain... ada la kawan-kawan aku dok buat lawak... Penyakit ni memang mudah berjangkit... dan memang dok berjangkit dah pun kot kawasan aku.. dan merebak dah kata depa... Kaum Hawa... berjaga-jaga la, katanya... sebab sedang menular di kalangan kita...

Yang sebenarnya, penyakit ni bukan la baru... lama dah... dulu-dulu lagi dah ada dah... ada yang memang tak suka... tapi ramai yang suka... ada yang dok berharap, berdoa siang malam supaya tak terkena penyakit ni (kebanyakkannya orang pompuan la....)... yang laki-laki pulak dok berdoa supaya terkena penyakit ni... hi hi hi hi... ape-ape aje lah.... Zaman P.Ramlee dulu pun dah ada cerita macam ni... "jarang-jarang, kadang-kadang, sikit-sikit... banyak-banyak...." kata P.Ramlee.... Penyakit ni bukanlah penyakit H1N1 yang tengah dok merebak ni... tapi, penyakit ni kawan aku kata virus H1W2..... apa dia tu..daripada babi jugak ka???? Ha ha ha ha... KO PIKIR LA SENDIRI......

LAMBAT PUNYA PASAL... BETUL-BETUL NAYA...


LAMBAT 2... EPISOD 3...



Kami sampai kat PPD lama, tempat aku tinggalkan Ferrari kesayangan aku semalam, selepas hantar Suhairi dan Sifoolan.. dah jam 6.45... ikut jam tangan aku la... Alamak!!!! Pintu pagar berkunci.... macam mana nak ambik kereta aku ni????? Aku jerit-jerit bagi salam panggil jaga... senyap jer... Ketok-ketok pintu pagar besi tu... tak dak sapa jugak pon...Naya ni.... Tak pe la... sat lagi jaga mai la tu... aku pon dok tunggu la depan pagar tu... (aku pulak yang jadi jaga)...


Pukul 7.30 malam... nampak lampu-lampu menyala.. hah!!!! ada dak kot jaga... ku jengok-jengok, tak dak sapa pon... sapa pasang lampu??? Hantu ke.... Owh! Tentu guna timer.....


Pukul 8.00 malam... pi kat K.E Corner sebelah tu... tekak dah haus... minum dulu... satgi jaga mai la tu....


Pukul 9.00 malam... badan aku dan naik belengas... hati dah rasa semacam... nak marah ada... nyesal ada... sakit kepala ada... boring ada... dari tadi dok tunggu depan ni... jadi jaga le pulak aku ni.... Geramnye aku... siap kau jaga... kau datang nanti... aku nak sembor jer...


Pukul 9.30 malam... adoiiiiiiiiiiiiiiii..... mana dia jaga ni... tak kerja ke... ponteng ker... lari ker.... Kalu tak mai jugak... ???? Naya aku!!!


Ntah pukul berapa, aku tak dan nak tengok jam... baru la jaga tu sampai... panas gak hati aku ni... tapi... ntah la... dengan muka bersalah jaga tu tengok aku... macam cemas semacam jer...


"Laaaaa.... cikgu tunggu lama dah ke?"

"Tak la... sat jer... dari pukul 7 tadi" aku jawab selamba...

"Laaaaaaa... cikgu... saya minta maap la... saya ingatkan cikgu nak balik esok... Maap banyak-banyak la cikgu... Saya hari ni masok kerja dari pukul 7 pagi tadi... saya kerja 24 jam hari ni... ingatkan tak dak sapa la nak masuk... saya balik sat nak mandi dengan ambik makanan..."


Kita ni, bila orang cepat-cepat minta maap... hati kita cepat lembut... nak marah yang meluap-luap tadi... langsung hilang macam tu jer.... tak pe la bang... tak kesah la.... Ferrari aku tu pun selamat je... dok ok jer.... tak pe lah....


Sebelum tu... sempat juga la kesej kat kawan-kawan tu... aku pun minta maap pasal janji nak jumpa petang tadi pasal kerja yang nak buat tu.... Sorry ek!!!!

LAMBAT PUNYA PASAL LAGI... KES NAYA...

LAMBAT 2.... EPISOD 2...

Tak habis lagi aku nak cerita kes lambat ni... orang kata, biar lambat, asal selamat... beto la tu... tapi, kadang-kadang kita kena jugak buat cepat-cepat... masa... jangan dok buang masa.. kalu orang meniaga... hancor la bisness... sebab lambat... tapi, bab ni walo pon bukan meniaga, bagi aku bab masa dan ketepatan masa ni... aku ambik berat... (konon)....

Aku dengan Sifoolan kalut check-out... ye la... dah terlewat... dah terlebih masa dok hotel... pukul 2.30 kami berdua check-out... bagi balik kunci hotel... wei... dema lain tak serah kunci lagi.... Laaaaa... dok ingatkan kami berdua yang lambat... Cisss!!! Dema lain lagi lambat... Tak pa la... tunggu je kat lobi....

Selesai semua, naik feri... dema shoping sikit... aku tak pun... Naik keta MPV tu... fuhh... bestnye dok dalam keta tu... nak pulak, orang lain yang bawak... kita dok relax je kat belakang.... hi hi hi... Bleh tido ni....

Aku tengok kawan aku ni, tak ikut jalan biasa... tanya dia, nak pi mana ni... dia kata, kita ikut Sitiawan sat.... dia ada hal sikit.... Laaaaaaaaa.....!!!! Mamat ni buat lagi... !!! Musti lambat lagi la ni..... Dia singgah kat EON... dekat sejam dia masuk situ ntah pebenda yang dia buat.... terkulat-kulat... terkebil-kebil... tertanya-tanya... lagi, apa ter... ter... lagi la.... LAMBAT!!!!!

Aku ada janji dengan kawan, ada 2-3 perkara nak selesaikan bila aku balik ni... dah bagi tau kawan, petang ni aku sampai rumah, aku akan pegi jumpa muma... nak buat keja tu..... Comey & Debab lak dok mesej...

"Abah dah sampai mana......?"
"Abah nak sampai rumah pukul berapa??"
"Agak-agak, pukul berapa abah nak sampai??"

Kita dah menumpang... macam tu lah... memang aku nyesal tumpang... baik la aku bawak Ferrari aku tu semalam.... tentu masa ni pun dah sampai rumah.... Hmmm... xpe la... bukan selalu pun kan? Lan, Suhairi, Nasa... aku tengok memang dah rimas dah... tapi, kawan aku yang punya MPV ni... selamba rock je dia.... Tak pe lah... janji sampai rumah nanti....

LAMBAT PUNYA PASAL LA....


LAMBAT 1... EPISOD 1...

Minggu lepas, aku kena pegi ke Pangkor untuk mesorat Kuiz Bulan ICT Daerah LMS... Khamis dan Jumaat... ikut jadual, pukul 2.30 petang Khamis tu dan mula mesorat dah, kat Coral Bay Resort... Yang kena pegi tu semua 12 orang je termasuk aku... kena pegi sendiri la.. atau kongsi kereta... mula-mula, berpakat nak naik keta kawan aku sorang tu... MPV... buleh naik ramai.. tapi, aku tau dah, pe'el kawan aku tu, selalu lambat....

Jadi, aku ingat nak pegi sndiri je.. bawak keta Ferrari merah aku tu... lagi senang... Tapi, bila call kawan-kawan, pakat-pakat cadang nak tumpang jer kereta kawan aku tu... tak pa la... buat janji pukul 10.30am kumpul kat PPD... Belum jam 10, aku dah sampai PPD.. ada la sorang kawan dari Selama dah sampai... Sifoolan... jadi, aku dengan dia pun tunggu la kawan yang punya MPV tu mai...

Jam 10.30.... dok tunggu... tak nampak kelibat apa-apa lagi pun... air dah habis segelas... rokok dah berbatang-batang... ketiak dah belengas...

Jam 11.00 am... kawan yang punya MPV tu call... tanya aku dah sampai ke belum? Huh! Wei... dari tadi lagi aku tunggu dengan Lan ni... Dia kata, aku on the way.... dalam 20 minit aku sampai... kata dia...
Jam 11.40am... baru la nampak dia dengan En. Nasa mai... hmmmm... singgah dulu kat PPD tu nak ambik barang.... laaaa... ambik masa lagi dia... aku nak letak keta kat dalam PPD tu, tak buleh lak... ya la... kawasan dah sempit... nak letak kat luar tu... takut nanti ada pulak yang berkenan kat Ferrari aku ni... jadi, baik aku letak je kat PPD lama... ada bumbung lagi... ada jaga jugak.. harap-harap selamat la...

Lepas tu, pegi pulak ambik Suhairi kat rumah dia di Simpang... ha ha ha ha ha ha... pakat-pakat dok gelak ke dia... Suhairi dok bersidai di grill rumah.... lama sangat dok menunggu la tu (gaya macam orang dok dalam lokap tu).... Jam dah 12.30 tu..........

Lepas tu, En Nasa kata baik la kita cari makan dulu... perot dah bunyi... jadi, pi singgah kat R&R Simpang... kita makan dulu.... (sepatutnya masa ni dah sampai jeti dah kot!). Pukul 2.40 baru la sampai jeti Lumut dan ambik tiket feri yang pukul 3.00.... Hu hu hu hu hu... sepatutnya mesorat dah mula jam 2.30 tadi... ni, pukul 3 baru naik feri... terserempak lak dengan En Ravi... nampak dia tarik muka.... "Ai..!!!! 2.30 dok sini lagi???? Ape ni korang? Mesorat macam mana?????"

Jam 3.30pm, sampai hotel, check-in... (bayar sendiri beb!!!! Bukan dibayar tau....) En Ravi dengan muka orang atasan cakap.... "Lagi 15 minit jumpa kat bilik meeting"... Laaaa... Penat tak habis lagi ni... Penat tunggu... penat dalam keta.... penat dalam feri.... penat... penat...penat.... Lepas tu... ok la... semua berjalan lancar.....

Operasi memerah dan memeras otak......



Salam semua... kita berjumpa semula... dekat-sekat seminggu jugak aku tak update blog aku ni... ada juga kawan-kawan yang hantar mesej... "wokpa tak update blog mu ni... banyak keja kae.." (sape-sape yang buleh paham... paham la bahasa ni...)... ada juga kawan-kawan yang rindu nak baca blog merapu aku ni... hi hi hi... tima kasih la kepada sapa-sapa yang selalu dok jenguk blog aku ni... ada jugak kawan-kawan yang bagi cadangan nak bagi molek lagi blog ni... tak pa la... aku bukan nak masok pertandingan buat blog pun... blog aku ni, mula-mula ku buat dulu... untuk privacy jer... untuk diri aku sendiri jer... tapi... ada kawan-kawan yang minta nak tengok juga... tak pa la... kita kongsi-kongsi cerita aje la.... hmmm... ada banyak cerita juga la yang aku nak kongsi-kongsi dengan muma semua... tak tahu la... muma suka ke tak... hi hi hi hi hi.....

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA