KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Ahad, 2 Ogos 2009

LAMBAT PUNYA PASAL LA....


LAMBAT 1... EPISOD 1...

Minggu lepas, aku kena pegi ke Pangkor untuk mesorat Kuiz Bulan ICT Daerah LMS... Khamis dan Jumaat... ikut jadual, pukul 2.30 petang Khamis tu dan mula mesorat dah, kat Coral Bay Resort... Yang kena pegi tu semua 12 orang je termasuk aku... kena pegi sendiri la.. atau kongsi kereta... mula-mula, berpakat nak naik keta kawan aku sorang tu... MPV... buleh naik ramai.. tapi, aku tau dah, pe'el kawan aku tu, selalu lambat....

Jadi, aku ingat nak pegi sndiri je.. bawak keta Ferrari merah aku tu... lagi senang... Tapi, bila call kawan-kawan, pakat-pakat cadang nak tumpang jer kereta kawan aku tu... tak pa la... buat janji pukul 10.30am kumpul kat PPD... Belum jam 10, aku dah sampai PPD.. ada la sorang kawan dari Selama dah sampai... Sifoolan... jadi, aku dengan dia pun tunggu la kawan yang punya MPV tu mai...

Jam 10.30.... dok tunggu... tak nampak kelibat apa-apa lagi pun... air dah habis segelas... rokok dah berbatang-batang... ketiak dah belengas...

Jam 11.00 am... kawan yang punya MPV tu call... tanya aku dah sampai ke belum? Huh! Wei... dari tadi lagi aku tunggu dengan Lan ni... Dia kata, aku on the way.... dalam 20 minit aku sampai... kata dia...
Jam 11.40am... baru la nampak dia dengan En. Nasa mai... hmmmm... singgah dulu kat PPD tu nak ambik barang.... laaaa... ambik masa lagi dia... aku nak letak keta kat dalam PPD tu, tak buleh lak... ya la... kawasan dah sempit... nak letak kat luar tu... takut nanti ada pulak yang berkenan kat Ferrari aku ni... jadi, baik aku letak je kat PPD lama... ada bumbung lagi... ada jaga jugak.. harap-harap selamat la...

Lepas tu, pegi pulak ambik Suhairi kat rumah dia di Simpang... ha ha ha ha ha ha... pakat-pakat dok gelak ke dia... Suhairi dok bersidai di grill rumah.... lama sangat dok menunggu la tu (gaya macam orang dok dalam lokap tu).... Jam dah 12.30 tu..........

Lepas tu, En Nasa kata baik la kita cari makan dulu... perot dah bunyi... jadi, pi singgah kat R&R Simpang... kita makan dulu.... (sepatutnya masa ni dah sampai jeti dah kot!). Pukul 2.40 baru la sampai jeti Lumut dan ambik tiket feri yang pukul 3.00.... Hu hu hu hu hu... sepatutnya mesorat dah mula jam 2.30 tadi... ni, pukul 3 baru naik feri... terserempak lak dengan En Ravi... nampak dia tarik muka.... "Ai..!!!! 2.30 dok sini lagi???? Ape ni korang? Mesorat macam mana?????"

Jam 3.30pm, sampai hotel, check-in... (bayar sendiri beb!!!! Bukan dibayar tau....) En Ravi dengan muka orang atasan cakap.... "Lagi 15 minit jumpa kat bilik meeting"... Laaaa... Penat tak habis lagi ni... Penat tunggu... penat dalam keta.... penat dalam feri.... penat... penat...penat.... Lepas tu... ok la... semua berjalan lancar.....

Operasi memerah dan memeras otak......



2 ulasan:

onnie berkata...

dalam byk2 gambar, saya tertarik dgn 1 gmbr yg ada blog cikgu iaitu gmbr JU India bernama Mohd Ravi.Muka JU tu sebijik cam ckgu yang prnh mengajr saya english form 4&5 n ekonomi form 6 di SMDK,kami pggl ckgu tu Mr.Ravi n nama penuhnya if x slp le MOhd Ravi JC Abdullah. If betul le JU tu Mr Ravi yg saya kenali, smpaikan salam saya kat dia ye.....

U-Seri berkata...

Onnie...
Mmg btl itu Mr Ravi JC Abdullah..
dan dia bukan JU.. tapi, dialag pegawai kami di situ... sekrang dia bekerja di Pejabat Pelajaran Daerah LMS sebagai salah seorang Penolong PPD... Insyaalah, sy akansampaikan salam Onnie... apa nama Onnie yg sebenar...

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA