KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Sabtu, 13 April 2013

JAM CASIO AKU

Al kisahnya....
Ahad , 7 April lepas, aku dengan lima orang lagi kawan-kawan aku ke Ipoh atas satu urusan.... dengan hanya menaiki sebuah MPV kawan.... bermula daripada R&R Sungai Perak, jalan mula jem.... hinggalah dekat-dekat Terowong Menora...ada bas yang rosak.... patut ler jem.... selepas melepasi tol Jelapang, oleh kerana penat dan dah masuk waktu asar, kami singgah solat di surau tol tu...

Selepas selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke destinasi.... dan ketika di situlah baru aku perasan, Casio kesayangan aku yang sentiasa berada di lengan kiri aku tiada.... baru aku teringat, ketika nak berwuduk, aku buka dan letak di atas tempat wuduk.... padahal, kebiasaannya aku masukkan ke dalam poket.... perasaan kecewa waktu itu susah nak gambarkan.... aku pasrah, mungkin jodoh aku dengan Casio aku tu dah tak dak lagi.... apa nak kata lagi....

Dalam perjalanan balik, kami singgah dan aku bertanya kepada sorang cleaner di situ... tapi jawapan yang amat hampa... dan aku betul-betul pasrah yang jodoh kami sudah tak dak.... mungkin dia sudah bersama dengan jodoh yang baru... aku redha... nak kata apa lagi.... aku betul-betul rasa ralat....

Hampir seminggu.... petang Khamis, Tajul @ Datuk Bandar @ Joe Flywing, sahabat lepak aku... call... katanya ada berita gembira berkenaan dengan Casio tu.... mungkin ada lagi jodoh... rupanya dia dalam perjalanan ke Ipoh lagi dan singgah lagi di situ.... terdetik hatinya untuk bertanya dengan cleaner di situ... dan diberitahu bahawa Casio aku tu selamat berada bersama pegawai PLUS.... tapi malangnya pegawai tu keje shif pagi.... lalu nombor mobile aku ditinggalkan....

Jumaat 12April, sepanjang hari aku menunggu panggilan hangit tu... sampailah lepas solat Jumaat.... tapi hampa... dalam hati aku, sah dah tak dak jodoh. Tapi, dalam perjalanan nak hantar wife aku pi kerja... aku dapat panggilan hangit tu..... waaaaaa... hati aku kembali gumbira berbunga-bunga.... aku diminta datang untuk menuntut semula Casio kesayangan aku tu...

Terus aku ajak Tajul.... tapi dalam hati masih tak berapa yakin, mana tahu kot-kot bukan aku yang punya.... sesampai saja kat tol tu, aku terus bergegas ke pejabat PLUS dan bertemu dengan pegawai bernama Encik Afendi.... lalu aku ditunjukkan benda alah tu.... sah!!!!! Memang Casio aku.... rasa macam nak peluk je pegawai tu.... tapi nasib baik dia dok dalam..... aku bertanya sapa orangnya yang amat jujur dan baik hati, yang telah jumpa dan serahkan Casio tu kat dia....

Selepas mengucapkan beribu-ribu lemon terima kasih, aku keluar dan menuju ke bangunan surau itu untuk mencari minachi cleaner yang jumpa Casio aku tu...... eeeeeeeeeee.... kalu amoi, dah tentu aku pelok-pelok dia sebagai tanda gumbira aku.... dan tanda terima kasih aku.... hahahahahaha.... apa pun, aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kat dia, walaupun aku tengok dia macam terkejut.... sebagai tanda terima kasih aku, sedikut buah tangan yang aku dah beli siap-siap aku bagi kat dia bersama sedikit RM......

Alhamdulillah.... jodoh aku dengan Casio ji masih panjang.... sujud syukur kepada Mu Ya Allah....
Terima kasih kepada sahabat yang perihatin... Tajul dan Jaha...
Terima kasih Encik Afendi, pegawai PLUS....
Terima kasih minachi.... masih ada yang jujur dalam dunia ini...

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA