KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Ahad, 31 Januari 2010

BLOGGER

Selama dua hari aku di Hotel Casuarina Ipoh menghadiri satu Program Perbengkelan yang melibatkan media baru dan juga secara tak langsung menghimpunkan blogger-blogger seluruh Perak dan juga beberapa orang blogger luar Perak. Bila dah berkumpul ramai-ramai macam tu.. boleh juga la bertukar-tukar fikiran dengan mana-mana blogger yang memang brutal macam mamat sorang tu... sapa lagi si Aduka Taruna tu la... (eh! brutal ke dia?????).
Aku ni bukanlah blogger yang brutal macam blogger-blogger yang lain...yang kebanyakkannya menyembunyikan identiti masing-masing.. (dan yang pastinya depa tu tak besa pon tinggalkan nombor akaun bank macam mamat sekor tu).... Tapi, entah macam mana, aku mendapat jemputan untuk hadir. Kira ok la... antara nak dan tak nak pegi... last-last aku pegi jugak....

Tujuan perjumpaan atau perhimpunan tu, cuma untuk berbincang dan bertukar-tukar skill berblog... tatacara dan etika berblog... isu-isu untuk diblogkan... dan macam-macam lagi lah... berkebetulan le pulak, dengan kes "Si Duka Merana" tu yang tengah dok panas lagi... tak pasal-pasal dia pulak jadi tabung uji dalam bengkel tu... tak kesah lah.... belasah jer....


ADUKA TARUNA YANG BERDUKA MERANA...

Kecoh seantero Malaya pasal mamat sorang ni... jari punya pasal... badan yang merana... Nama samaran ADUKA TARUNA... sekelip mata tak pasal-pasal dapat gak glemor dia ni... semua orang teringin nak tengok muka sebenar dia... ni la ha muka dia... tak la ensem mana pon... kaki kutik orang rupanya dia ni... ermmm... elok la pulak... sekarang ni, giliran orang pulak dok kutuk dia... dia kutuk orang lain kaw-kaw punya... orang pulak la ni kutuk dia lebih kaw-kaw lagi... kalu orang-orang biasa dan orang-orang politik tu.... memang jadi makanan kutukan dia lah... habis semua bahasa carut marut dia gunakan... sampai yang takdak dalam kamus pon dia belasah guna jer... agaknya, sebab dah jadi makanan blog dia la kot... sampai sultan yang mangkat pon jadi bahan kutukan dia... ish ish ish.... tadak brek punya mulut (eh! jari la... menaip bukan guna mulut kan?)... pada aku... apa-apa pon... kita kena hormat orang yang dah pergi ke alam lain tu.. tak kira la masa kat dunia ni kita suka dia atau tak... yang kita nak pi cakap tak tentu hala tu pasal apa.... macam mana pulak nanti diri kita? orang kata kat diri kita yang dah mati tu?

Jumaat, 29 Januari 2010

HAPPY BIRTHDAY COMEY....


Hari ni, anak dara aku yang ni dah masuk umor 11 tahun... Hmmm... dah besar pon... Memang dah cukop umor pun dia ni... Semoga dirimu menjadi anak yang solehah... dan berjaya di dunia dan akhirat... Aminnnn!!!!

Rabu, 27 Januari 2010

AGAMA KITA DIHINA!!!!!!

AKU TAK TAU NAK CAKAP APA... TAKUT NANTI TERSALAH CAKAP PLAK... SILAP-SILAP AKU PUN KENA MASOK LOKAP.... TAPI AKU RASA SAPA-SAPA YANG MASUK DALAM BLOG AKU NI... CUBA LA TENGOK KAT LINK SAHABAT (KLIK KAT SINI) AKU NI... SATU PENGHINAAN TERHADAP AGAMA KITA...
SUBHANALLAH....!!!!
SEMOGA SATU HARI NANTI, ALLAH MEMBUKA HATI BUDAK-BUDAK NI UNTUK MEMELUK ISLAM....

Sabtu, 23 Januari 2010

MARI KITA SAMA-SAMA CUBA....

Assalamualaikum w.b.t. ,

sila klik disini ye:

http://www.catcheye.com.my/?r=55367


Daripada korang on9 je, hasil pon xde, mesti BOSAN kan???
haaaa, nie die...sambil on9, sambil cari duit..beri saya masa 5 minit je boleh??
Please. .please.. TRY je..X paksa korg join..just try n tgk sendiri..
mari sertai saya di catcheyes jom..
Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini,
ya,mudah saja,
klik2 iklan tak sampai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..
katakan anda menaja 10 orang di level 1,
kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level,
tahu tak awak akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1 iklan,
kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110,
jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..banyak tu .. awak tak nak ke?
JOM la JOIN saya..benda ni 100% percuma..
tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..
benda free xkan tak boleh ajak...
untuk maklumat awak,
keahlian catcheye telah mencecah 54,221orang sekarang..
jangan berlengah lagi..
( x caye leh check ari2...keahlian semakin meningkat )
Cara nak register:
1. klik link yg kt bwh.
( http://www.catcheye.com.my/?r=55367 )

2. klik join catcheye now
3. isi maklumat diri, I/C dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)
4.Isi jawapan:
- soalan 1 jawapan A (atas sekali),
- soalan 2 jawapan B (yang tengah),
- soalan 3 jawapan A (atas sekali).
p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)
5. klik agree and proceed..
6. Anda wat confirmation dgn tgk kt email kowg.. Ok siap
kemudian apa perlu buat?
1. klik sign in
2. lepas sign in klik Goto panel
3. Anda lihat akaun anda ade RM1 (bonus) dan link anda.
4. Copy link anda dan gantikan link saya ini dengan link anda.
5. postkan risalah saya ni ni buletin myspace/facebook & emailkan kepada kawan2.
6. Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.percayalah!!! sebab benda ni percuma dan mana tau ni REZEKi kita insyaallah.

DAFTAR KAT LAMAN WEB BAWAH NI....FREE JE...
( p/s: mender free x rugi try kannn huhuhu )

sila klik link ni :D

http://www.catcheye.com.my/?r=55367

SELAMAT BERJAYA... (",)...

RIUH BALIK...

Dah lebih kurang 3 minggu rumah aku ni tak rasa macam suasana biasa. Rasa macam luar biasa. Mana taknye... dah 3 minggu rasa macam dok tempat lain pulak. Rasa macam dok dunia lain je... Ye la... selalunya riuh rendah dengan sora-sora gelak, jerit dan tempik anak-anak aku tu (yang semuanya 3 dara pingitan)... (yang bertempik tu... sapa lagi... ibunya laa... hi hi hi hi)... tapi, dalam 3 minggu ni terasa betul sunyi sepinya... mana tak nye... yang ada kat rumah la ni, cuma Si Comey tu je.. sorang-sorang dia... dia ni pulak bukannye jenis banyak cakap... kadang-kadang aku tengok dia termenung... aku tau dia rindukan kakak-kakak dia... Kakak-kakak dia masing-masing dah bawa diri.... Satu hari nanti, tentu dia pun akan pegi bawa diri jugak macam tu... Huh! Habis tu... sapa lagi yang ada? Cuma kami berdua je lah... alahaiiii... sayu gak hati keras aku ni..... Ni belum betul-betul tua lagi... tapi dah rasa macam mana mak abah aku tu rasa....
Minggu ni, kebetulan... pakat-pakat buleh balik... Anyah buleh balik... Lepas tu Ayong pulak balik... Comey... nampak sangat dia seronok... "Dah lama tak tido ramai-ramai,"... itu yang terkeluar dari mulut dia... ha ha ha ha ha.... Aku? Control jer... walaupun terasa jugak macam sebak.... Rindu aku nak makan masakan Ayong.... Ibunye? Ntah ler... tapi memang nampak sangat la seronoknye tu.... makan pun nampak selera lagi....
Teringat pulak aku kat cerita-cerita popular semenjak dua menjak ni yang terbit dalam paper... Kesah bapak-bapak yang dibuang anak-anak... Adusssss!!!! Apa yang salah sampai jadi macam tu?? Bapak? Anak? Salah ibu mengandung?? Tapi, yang pasti bagi aku, salah asuhan dan salah asuhan... Kalu semua dididik dengan baik dan sempurna... pasti tak kan jadi macam tu... Teringat ustaz Ulul Azmin kata masa mengaji dulu...
"Apa-apa kejahatan yang kita buat sekarang, mungkin Allah tak balas sekarang, tapi, percayalah... setiap kejahatan yang kita buat sekarang, cerminnya adalah anak-anak kita nanti.... Apa yang mereka buat nanti, adalah apa yang kita buat dulu....."
Moga perkara macam tu tak jadi pada aku nanti... Masyaallah! Subhanallah! Jauhkanlah....
Dunia dah nak kiamat!!!! Aku pasti.....

Selasa, 19 Januari 2010

DAH MAMPOS RUPANYA!!!!


Ke sana sini aku pegi... betol-betol aku tak ingat langsung pasai dia.... hari tu, ada juga la tengok... tapi nampak dok hidup lagi... Jadi, aku pon buat tak peduli lagi la... lambat lagi kot... masih buleh bernapas lagi.... Dok tak dok... baru aku rasa nak tengok dia.... baru la aku perasan... dah mati rupanya... nasib baik la tak kena apa-apa dan tak jadi apa-apa masa tu....

Rabu, 13 Januari 2010

ABAH HILANG JARI...


Tengah hari tadi, aku baru je nak mulakan meeting.. Mak su kol.. Ah! Kalu mak su yang kol, tentu pasal abah.. Tentu abah sakit.. Hah! Memang betul pun..
Tangan abah kena seret dengan jerat lembu dia.. Ambulan bawa ke hospital.. Kelam kabut aku habiskan meeting... Sampai sana, aku diberitahu, abah masuk wad 14... Dari luar, aku nampak abah masih boleh senytum.. Boleh lambai-lambai lagi.. Dok tak lama, doktor panggil aku, tunjukkan keadaan jari-jari abah.. Jari telunjuk dan manis yang dah terkulai.. Doktor kata, dah tak boleh selamat lagi.. Apa nak buat... Tapi, abah cool lagi steady je... Itulah abah...
Abah, selama ni, jarang sakit.. Apa lagi kena masuk wad.. Jadi, ni la first time dia kena masuk wad...

Isnin, 11 Januari 2010

'SERBUK' PISANG GORENG DAN DUIT LIMA DUIT...


Dua benda dalam tajuk entri aku yang ni, memang sangat nostagia bagi aku.. Kenangan masa dok maktab dulu... Goreng pisang dan 'serbuk'nya yang 'very-very crunch' menjadi pelapik peruk aku dan kawan-kawan masa elaun dah kering... Dengan 4 keping duit lima duit (yang aku aku buat sebagai koleksi dari zaman sekolah dulu), aku beli 2 ketul pisang goreng... Kemudian aku mintak, 'Bang, bagi serbuk dia ni sekali lebih ya..'. Dan, dengan 2 ketul pisang goreng dan serbuk yang free tu la (nilainya yang hanya dua kupang) aku dengan kawan-kawan melapik perut yang bernyanyi macam-macam irama tu.. Itu semua kenangan aku...

Ahad, 3 Januari 2010

SEKOLAH DAH MULA... DEBAB MASUK ASRAMA....


Aku tau. Debab teruja sangat nak masuk asrama... walaupon bukanlah asrama seperti yang diharap-harapkan... Seminggu menyiapkan barang dan berkemas.... fuhhhh!!! Jenuh juga la poket aku..... Hari ni pendaftaran dia di sekolah tu... Aku tak bimbang sangat dia dok asrama... maksudnya, dia dah biasa berjauhan dengan rumah.... Aku tau dia boleh berdikari macam aku dulu... Tak lorat sangat la....

Masuk Tingkatan 1, bukan Darjah 1... tapi aku tengok tadi, ada juga yang masih macam budak Darjah 1 nak masuk kelas..... nak kata tak mau sekolah, mungkin tak.... aku syak, mungkin dia tak minat nak belajar di situ... atau pun tak mau tingglkan hp (henpon) yang dah jadi teman setia selama ni... nasib baiklah Debab tak macam tu.....

Ada jugak yang aku tengok, anak selamba rock jer.... tak kalut pon... tapi, terlebih kalutnya si mak tu... berbakul-bakul meninggalkan pesanan kepada anak, siap topup pesanan kat kawan anak di katil sebelah lagi.... Bapak? Relak jer.... cooooooool........

Sabtu, 2 Januari 2010

MAIN BOWLING JOM....

Bukan selalu dapat main bowling... Dan amat jarang juga dapat jemputan main bowling bersama dengan YB.. Bila dapat jemputan macam ni, belasah je lah... Lagi pon dah lama juga aku tak main bowling... Bila main bowling ni, aku teringat pulak dengan "Geng 6 Jahanam" masa kat USM dulu... asal rasa tensyen je bila studi... main bowling le tempatnye kat Kompleks Bukit Jambul... Ada dua jenis jenis juara... Satu juara strike.... satu lagi juara longkang... juara longkang tu aku la, sapa lagi.... Dan ada satu gaya yang cukup menarik masa tu... Gaya Beruang... itu Dr. Azmi lah....
YB Keptan Najmuddin bin Haji Alias

Macam ni la kot "Gaya Beruang" tu...

Yang ni, ntah apa gayanye pulak ntah!!!!

Ayong ada gaya gak ler....
Debab... macam-macam gaya.....

Comey???? Bola terlepas kebelakang... ha ha ha ha ha....

# Sambil-sambil celebrate birthday Nor.....

HAPPY BIRTHDAY SAYANG....



Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


"HAPPY BIRTHDAY AYANG.... "

Jumaat, 1 Januari 2010

APA YANG BARU?

Tahun baru... 2010.. dah sedekad tahun 2000 berlalu...
Tahun baru ni... macam-macam yang baru...
Yang paling terbaru... harga gula... dah pon harga baru... hu hu hu hu...
Itu baru satu... mungkin ada lagi yang beribu-ribu...
Tentu lah ramai yang akan mengaru-garu kepala yang tadak kutu...

Sekolah pon bukak sesi baru...
Kat sekolah pon macam-macamada yang baru...
Yang dah tentu kalu... budak-budak ramai yang pakai baju baru...
Cikgu-cikgu pon ada jugak dah tukar kereta baru...
Mungkin la jugak dengan azam yang baru... kecuali aku!!!!

Aku?
Apa yang baru?
Aku pun tatau....
Rasa-rasa macam dok lagu tu.. dari dulu-dulu...
Merepek... merapu... itu la aku...
Tanduk tak la tumbuh... cuma bulu-bulu...
Cuma... sekali sekala, keluar gak kuku...

Aku?
Sapa aku?
Aku bukan kamu...
Aku adalah aku...
Kepala hotak tiga suku...
Jangan kata aku macam hindu...
Itu aku tak setuju...
Jangan jugak kata aku macam lembu!!!
Sampai mati aku tak mengaku...

Back tu "apa yang baru"...
Tentu, tahun baru macam-macam yang baru...
Yang aku sendiri pun tak tentu kalu...
Semua tu, kena tunggu la dulu...
Aku akan cerita satu persatu...
Bila sampai masa dan waktu...
Itu pon, kalu aku tak pegi dulu....
Ke tempat yang ada dua batu tu.

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA