KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Isnin, 23 November 2009

COTI DAH MULA

Pejam celik... pejam celik... cuti akhir tahun sekolah dah bermula... terasa masa begitu cepat berlalu... tahun 2009 tak lama lagi akan berlalu pergi... akan datang pulak 2010... Dalam kesibukan mengejar dan dikejar kerja, tak terasa pun rupanya sudah setahun sesi sekolah 2009 berjalan... SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA GURU DAN MURID-MURID...
CUTI!!!!
Satu ungkapan yang sememangnya memberikan satu keseronokan kepada sesetengah orang... dan sememangnya juga kepada kebanyakkan orang... Cuti juga amat sinonim dengan Guru.. "Seronok la jadi cikgu... cuti banyakkkk..." Itulah ungkapan yang selalu kita dengar.... Betul ke?????
Tapi, bagi aku... cuti tidak memberikan makna yang begitu banyak kepada aku. Apa ada pada cuti kalu dalam masa cuti tu lebih banyak kerja daripada masa bukan cuti... Memang, bukan semua orang yang macam tu... memang ramai yang tertunggu-tunggu akan cuti.. buleh rehat... buleh jalan-jalan... buleh buat urusan-urusan lain... macam-macam buleh dibuat kalu cuti... Apa lagi cuti yang panjang macam sekarang ni....
Dulu-dulu... memang aku sendiri pun serenok dengan cuti ni... buleh hurey sana... hurey sini... Dan yang paling serenok, masa mula-mula aku kerja dulu dan jugak masa aku sekolah menengah dulu... bila cutu... ermmm... ada masyuuukkk.... aku buleh motong... he he he...
Serenok motong ni... walaupon ada aroma yang tersendiri, tapi aroma kertas berwajah agong mengatasi segala-galanya... dah lama aku tak motong... dah lama jugak aku tak mencium bau aroma getah sekerap... tapi yang paling best aromanya... aroma uniform gi motong tu... fulamak!!!! memang rindulah dengan aroma tu... bila aku cerita kat kawan-kawan yang aku ni dulu motong, ramai yang tak pecaye... tapi, itulah sebenarnya... nak harap duit mak abah... apalah sangat... sabtu ahad, aku motong... buleh juga la tambah duit poket... masa mula-mula kerja dulu... balik kampung bila cuti... motong jugak... buat duit nak beli tiket balik sana pulak... ya la... mula-mula kerja dulu, starting gaji bukan macam la ni... depa la ni bertuah yang amat sangat... mula-mula kerja pun dah masuk mata ribu... aku dulu dan yang seangkatan dengan aku, jenuh la nak berdayung dengan starting gaji masa tu... tapi, yang aku heran, buleh pulak aku hidup di KL tu....
La ni... aku dah tak dan lagi nak motong... walaupun dengar cerita, harga lebih mahai dari dulu... kadang-kadang, terasa rindu jugak nak mengukir kat batang pokok getah tu... itu bab motong, bab buat bendang pulak... lagi la lama tak buat... la ni bendang orang dah guna mesin... lebih mudah, lebih cepat... tak ramai yang kena turun bendang, tak macam dulu... meriah di bendang bila musim bendang....
Berbalik kepada cerita cuti tadi... cuti ni banyak jugak dapat jemputan kenduri... biasa lah, cuti panjang... ramai ambik peluang ni... senang adik beradik nak balik kampung... Dalam banyak-banyak jemputan kenduri kali ni, ada satu jemputan yang menarik perhatian aku... kendurinya pada 20hb baru-baru ni... mula-mula cuti tu... tapi dibuat sebelah malam... tempatnya pulak di Dewan Majlis Bandaran... tentu hebat la kalu dah buleh buat di tempat yang macam tu kan... Masa aku terima jemputan tu, selain diberikan kad jemputan yang lain daripada yang lain, penjemputnya siap berbisik kepada aku, "YUS, PAKAI BAJU MERAH NA...". Ish!!!! Macam tu ka? Ada tema tu... tapi, bagi aku, rasa lain pulak... rasa macam tak lepas nak pegi... Ye la... sepaham aku, si pengantin tu, perempuan, kerja pun bagus.... kawin pun dengan orang yang bagus-bagus... lagi pulak cuma dua beradik... dia yang sulong... tentulah nak buat semeriah yang buleh... mak bapak dia pulak, memang nak yang terbaik lah... tapi, aku rasa macam tak lepas nak pergi... dan memang aku tak jadi pegi pun... tak pandai la aku nak bawak diri dalam majlis yang macam tu... mungkin nampak macam kuno lagi aku ni... ermmm... tak tau la apa hukumnya pulak bila aku tak pergi..... tak pa lah....

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA