KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Khamis, 13 Ogos 2009

LAMA TAK JUMPA...

Dia ni boleh dikatakan kawan baik aku jugak la masa dok sekolah asrama dulu, di Ipoh. Duduk sebilik, berkongsi satu katil dua tingkat. Tapi dia ni senior sikit dari aku. Memang baik dia ni. Lepas habis sekolah di Ipoh tu, kami dah lost contact. Tak terfikir pun nak terjumpa lagi. Malam kelmarin, aku saja ikut member pegi ke satu program politik la. Saje-saje nak menjengok dan mendengar isu politik semasa. Kebetulan yang diwar-warkan datang sama, YB Dato' Sri Khir Toyo... alaaa... bekas MB Selangor dulu... sekarang dah jadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Negeri di Selangor... kena gantung lagi dari Dewan tu... hi hi hi... Ish! Bukan nak cerita pasai dia la...

Pasai kawan aku tadi. Bila aku sampai, program dah pon mula. Ku nampak sorang pemidato dengan penuh semangat tengah dok berucap. Dari jauh ku nampak dia ni macam ku kenal... Ku dengar sampai habis la... berapi-api... berasap-asap... bergegar-gegar... Tapi kesian gak ku tengok. Dia punya bersemangat berucap sampai nak terkeluar anak tekak... tapi orang ramai buleh dok gelak!!!!! Kesiannnn......

Bila dia habis berpidato (melalak kot)... juru acara pun sebut nama dia, "Terima kasih kepada Saudara Abdul Halim Tuah bin Rahmat.....". Hah! Sah. Kawan aku. Lama tak jumpa. Aku mesti jumpa dia. Mesti cari peluang nak jumpa. Pendek cerita, masa aku dok belakang dewan, dia keluar, terusaku panggil nama dia. Rupanya dia pun masih kenal dia. Hebat dah dia. Jadi pemidato dah. Dulu kat sekolah pun dia memang pandai pidato. Kerja sendiri katanya. Baguslah. Soalan biasa bila jumpa kawan lama... "anak berapa orang?"... dia tanya aku dulu... aku jawab la.. lepas tu, aku tak dan tanya, dia jawab sendiri, "anak aku 7 orang, dengan dua isteri...". Hah!!!???? Hebat hang.... Dah rezki dan jodoh...... hi hi hi hi.... (Ni la penyakit H1W2)...

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA