KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Jumaat, 30 Oktober 2009

KEM... KEM... KEM...

Salam 1 Malaysia... cewahhh....!!!
Pe kaba semua... lama tak update blog ni... bz la... bz sangat-sangat.... jenguk tu, jenguk la, tapi nak update tu je yang tak dan.... tak pe... sekali-sekala update... ok gak kot....
Selepas balik dari Pangkor minggu lepas, minggu ni aku berkampung pulak di Kem PLKN Tegas Mesra, Ijok. Ini program 1 Malaysia. Untuk murid-murid Tahun 6 bagi Daerah LMS ni.
Tak de pe sangat yang ku nak cerita pasal kem ni. Biase-biase jer. Tapi, ada yang menarik. Bukan menarik yang macam mana, bukan menarik yang seronok, tapi pasal kejadian kemalangan yang berlaku kepada satu program yang sama di tempat lain. Di Kuala Dipang, Kampar. Program yang sama macam ni jugalah. Sedih, hiba, simpati.... kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Kesian dan juga simpati... kepada petugas-petugas yang terlibat dengan program tu. Bayangkanlah... bebanan yang terpaksa ditanggung... Kejadian kemalangan yang melibatkan nyawa.... Tentu jenuh nak menjawab... dan segala kesalahan yang tak dijangkakan terpaksa ditanggung... menjawab segala persoalan... dan mungkin juga segala tuduhan....
Inilah risikonya apabila mengadakan program yang melibatkan anak-anak sekolah. Kemalangan sentiasa mengikut. Segala prosedur perlu dituruti. Kemalangan tak berbau. Kalu nak berlaku juga, bagi aku itu adalah takdir....
Teringat aku kepada satu pesanan sebelum aku mula bertugas sebagai guru ni. "NAK JAGA BUDAK-BUDAK KECIK NI, LEBIH KURANG NAK JAGA KAMBING... HANG PI KEPUNG BELAH NU, YANG BELAH NI LARI, HANG PI KEPUNG BELAH NI, YANG BELAH NU PULAK LARI...". Memang betul. Bukanlah menyamakan budak-budak sekolah ni dengan kambing, tapi pe'el tu lebih kurang la....
Al-hamdulillah, kat tempat ni, semua berjalan lancar, tanpa ada apa-apa kemalangan atau perkara-perkara yang tak elok berlaku. Walaubagaimana pun, kami sebagai urusetia dan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program tu, sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan. Tak tido malam dibuatnya. Bukan nak mengungkit, tapi itulah hakikatnya... ada pihak yang memandang kerja yang kami buat ni sebelah mata sahaja, malah ada yang memperlekeh.... tapi tanggungjawab dan risiko yang perlu kami tanggung.... Terima kasih kepada kawan-kawan yang bertanya khabar dan keadaan aku di sana....
Selesai program yang ni... aku cuma dapat balik berehat di rumah sehari jer... Jumaat... berehat daripada program di luar macam tu... tapi, sebaik aku jejak kaki pagi-pagi Jumaat tu di sekolah... bermacam-macam kerja lain yang tunggu... rehat lah tu kononnye.... biase lah....
Sabtu hingga Isnin, aku masuk balik ke kem tu... kali ni untuk Program Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform Daerah pulak.... berkampung lagi aku di situ... tinggalkan lagi anak bini... hu hu hu hu hu hu hu....
Minggu depan pulak, 5 hingga 8 haribulan... dengan Program Indahnya Negeriku... merempat pulak di Ipoh selama 4 hari tu....
Penat!!!! Tapi puas...... Itu lah yang dapat aku katakan.

Tiada ulasan:

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA