KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Selasa, 26 Mei 2009

PHD

Assalamulaikum,
Sama-sama kita hayati sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Hadis riwayat dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :

“Jangan kamu saling dengki mendengki, jangan kamu menipu pada jual beli, jangan kamu bermusuh, jangan kamu saling tidak bertegur sapa dan jangan kamu berjual beli di atas jual beli orang. Jadilah kamu semua hambah Allah yang bersaudara, jangan menzaliminya dan jangan menghinanya dan jangan memboikotnya. Takwa itu terletaknya di sini, sambil baginda menunjukkan ke dadanya 3 kali, mengikut kejahatan seseorang yang menghina saudara Muslimnya. Setiap individu Muslim ke atas Muslim yang lain itu diharamkan nyawanya, hartanya dan kehormatan saudara seagama dengannya..” - Riwayat Muslim

Berdasarkan maksud hadis di atas dapat kita mengambil “istimbat” atau pengajaran yang amat berguna yang menunjukkan bahawa ikatan persaudaraan itu bukanlah semata-mata ikatan atau tali persaudaraan yang berdasarkan hubungan kekeluargaan semata-mata. Rasulullah s.a.w telah menjelaskan kepada kita bahawa konteks persaudaraan yang sebenarnya ialah yang berdasarkan kepada ikatan agama Islam atau sesama Muslim. Ikatan yang berdasarkan IMAN dan TAKWA merupakan ikatan persaudaraan yang paling kukuh dan mantop mantap.


Hadis di atas juga melarang kita dari melakukan beberapa perbuatan yang boleh menjejaskan kestabilan hubungan sesama Muslim seperti hasad dengki, iri hati, marah, berdendam, menipu, membeli atas belian saudaranya sendiri dan sebagainya. PHD amat terkenal di kalangan masyarakat kita hari ini dan penyakit yang paling sukar untuk dibuang (Wal ‘iyazubillah). Tahukah anda PHD ini merupakan penyakit yang pertama timbul di kalangan Bani Adam dan seterusnya virus PHD ini berterusan tersebar dan menyerang Umat Islam dari dulu sehingga sekarang dan menyebabkan Umat Islam dan Kerajaan Islam itu sendiri telah beberapa kali menghadapi perpecahan akibat penangan PHD ini.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :


” Kamu telah diserang oleh penyakit yang pernah menyerang Umat sebelum kamu, hasad dengki dan marah. Ianya merupakan pencukur, bukan aku maksudkan mencukur rambut tetapi mencukur agama.” -Riwayat At-Tirmizi
Oleh itu hasad tersangat merbahaya kepada manusia terutama sesama Muslim dan penyakit ini akan membawa kerugian yang amat besar kepada diri kita, masyarakat, negara dan agama itu sendiri.-- Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat mela'nati, (QS. 2:159)

2 ulasan:

Tiniedia berkata...

Perhhh, tgk tajuk tadi...rase terkedu kejab...igt cikgu dah dlm process nak buat PhD..bangga sekejab tadi..

U-Seri berkata...

hajat tu ada... cuma masa lum mengizinkan...

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA