KAU FIKIRLAH SENDIRI....

Cari Blog Ini

Rabu, 21 Oktober 2015

HEGHOK PEITOK & CAMNI-CAMTU


Buat kali pertamanya sebuah novel telah dihasilkan oleh seorang sahabat, Bang Wie @ Pak Long Meghi @ Zamri Tajuddin. Istimewanya novel ini ialah bahasanya yang digunakannya, iaitu menggunakan 100% bahasa tempatan, bahasa Batu Kurau loghat Pattani: HEGHOK PEITOK.  Terasa sangat bangga dengan hasil yang telah diterbitkan ini. Usaha beliau tentulah untuk mengetengahkan bahasa atau loghat tempatan yang semakin lama semakin ditinggalkan oleh generasi muda. Semestinya kita tidak perlu malu untuk bertutur dan menggunakan bahasa tempatan walaupun ada sesetengahnya menganggap sebagai kuno atau kekampungan, tetapi inilah identiti seseorang yang semestinya berasal dari Batu Kurau.

Bahasa atau loghat Patani ini bukan sahaja dituturkan oleh orang-orang Batu Kurau, malahan turut dituturkan dibeberapa daerah lain seperti Baling, Sik, Yan, Lenggong, Changkat Ibol dan semestinya beberapa daerah di Selatan Thailand.

Sebuat lagi terbitan berbentuk buku turut diterbitkan hasil nukilan anak tempatan Batu Kurau ialah CAMNI-CAMTU. Penulisnya Cikgooden @ Khairudin bin Ahmad. Beliau merupakan seorang guru sekolah menengah yang sangat aktif dengan ilustrasi dan karikaturnya. Buku yang berkonsepkan anekdot ini memaparkan sketsa atau cerita pendek diikuti dengan ilustrasi yang berkisahkan dengan cerita tadi. 

Sebagai sahabat kepada kedua-duanya dan juga sebagai anak jati Batu Kurau yang sangat berbangga dengan dialek tempatan, saya berasa sangat bangga dengan kedua-dua terbitan ini.

SYABAS SAHABAT-SAHABAT!!!

KIPIDAP! DON GIBAB!

Tiada ulasan:

APC

APC
Pagi2 td Boss panggil... habaq pasai ni...

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak

Kem Anugerah Rambu Negeri Perak
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak di SM Sains Teluk Intan pada 24-26 April 2009

bunga di dinihari di PLKN

bunga larut malam di Kem Intan Suraya

nak naik kapal Fajar Samudera... syok sgt...

Berkayak... aku suka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARIPADA KAMI SEKELUARGA